CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10898|Reply: 20

[Jenayah] Video NGERI remaja OKU masalah pembelajaran 19 tahun tanpa jenayah lampau ditemb

 Close [Copy link]
Post time 18-6-2020 09:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 18-6-2020 02:19 PM

Rompak bank: Suspek umur 19 tahun mati ditembak [METROTV]
Khamis, 18 Jun 2020 @ 7:29 PM

[youtube]QEthwFMxtgU[/youtube]
SEORANG penjenayah maut ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi, dalam satu insiden rompakan membabitkan tebusan, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah berkata, kes cubaan samun dan cubaan bunuh itu berlaku jam 2.04 petang.

Katanya, suspek seorang lelaki tempatan berumur 19 tahun yang bersenjatakan sebilah sabit masuk ke kawasan perkhidmatan bank dan mengacukan senjata di leher seorang wanita tempatan yang juga pelanggan bank terbabit.

"Bertindak atas keselamatan pelanggan dan pekerja bank, pegawai keselamatan yang bertugas melepaskan tembakan menggunakan 'pump gun'.

"Tembakan itu mengenai rusuk kanan suspek. Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat. Dalam insiden ini tiada sebarang kecederaan pada orang awam termasuk tebusan mahupun pekerja bank," katanya dalam satu kenyataan.

Ashmon berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2020 09:44 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 18-6-2020 01:56 PM

Makcik itu menangis dan merayu minta tolong

[youtube]geZEbrm-iUE[/youtube]
Kawan dalam pukul 2 petang lebih macam tu gerak la ke Maybank Air Tawar 5, sebab nak bank in duit. Sampai je depan bank nampak orang ramai beratur panjang nak masuk bank, yelah time-time Covid ni, mana boleh masuk bank terus, ada limit. Parking je kereta, nak pergi beratur je, tetiba ada seorang lelaki, muka balut kain, bawa sabit terus terkam perempuan yang beratur dekat dengan barisan hadapan. Orang ramai apa lagi, terkejut, cemas, gelabah semua. Sabit bro kat leher perempuan tu, takkan nak tunjuk hero pergi selamatkan dia, takur kena sembelih je akak ni.
Lepas dia terkam, dia heret akak tu sambil sabit kat leher masuk bank, pintu bank yang macam pintu kedai tu dia tarik dari atas. Kawan gelabah la, nak tolong tak boleh, terus call 999, operator kata polis on the way. Nak jadikan cerita, ada seorang pak cik taik pintu kedai bank tu kasi tutup habis, perompak dah kat dalam dah, dia minta tolong orang ramai tahan pintu tu, kawan pun dekat situ pun tolong la juga, hati debar weh, tangan dah mengigil dah ni.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2020 09:47 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 18-6-2020 02:10 PM

Orang semua bertembior...

[youtube]gsUbaGbdX2w[/youtube]
Aleeya Humaira Arwah pemegang kad oku...mental disorder..lurus budaknya.. mempunyai masalah pembelajaran....pe yg bermain di fikiran sy...mst ada pihak yg mempengaruhi nya utk bertindak sedemikian rupa..jika dia normal...mane mungkin kn snggup merompak seorang diri...mungkinkh ada mastermind di sebalik semua ini....namun...apa2 pun..alhmdulillah..mangsa selamat....tidak membela suspek..hnya menerangkn kondisi sebenar suspek kpd mrka yg tidak mngenali siapa suspek.....semoga jd pngajaran kpd kita semua..
Mohd Ikhmal arwah ni asal semenchu dan pernah bekerja di kedai saya selama sehari. arwah ni masa sekolah pendidikan khas.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2020 09:59 PM | Show all posts
'Perompak masuk, tarik wanita sedang beratur' - saksi
Khamis, 18 Jun 2020 @ 7:49 PM




"INI kali pertama berlaku kejadian rompakan dengan senjata dan tebusan. Suasana panik ketika kejadian dan ia berlaku terlalu pantas," kata Nurul Izzati Kamali, 23, saksi kejadian rompakan di bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi, petang tadi.

Nurul Izzati yang berniaga berdekatan kawasan itu berkata, pada waktu itu, kawasan deretan kedai tenang dan tidak sibuk dengan orang ramai yang berurusan.

"Ada beberapa orang yang sedang beratur menunggu giliran masuk membuat urusan di bank. Secara tiba-tiba perompak datang, tarik seorang wanita yang berada di barisan hadapan dengan senjata seperti sabit, dan dengar pintu bank ditutup serta dengar jeritan dari dalam yang meminta duit," katanya hari ini.

Menurutnya, penduduk yang berada di lokasi kejadian segera membuat panggilan kecemasan.

Katanya, ada juga penduduk yang tunggu di luar pintu bank di bahagian depan dan belakang supaya perompak tidak terlepas.

"Selepas beberapa minit ada dengar ketukan dari arah pintu bank, polis sudah bersiap sedia ketika itu sekiranya perompak yang keluar.

"Tetapi beberapa pelanggan dan pekerja meluru keluar. Ada yang menangis ketakutan dan terkejut," katanya.

Sejak petang tadi, tular beberapa video di Facebook (FB) dan WhatApps mengenai kejadian rompakan bersenjata serta tebusan di sebuah bank di Air Tawar 5.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah berkata, suspek lelaki berusia 19 tahun maut ditembak oleh pengawal keselamatan bank terbabit.

"Tiada kecederaan dilaporkan terhadap tebusan dan pekerja bank terbabit. Mayat suspek dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 10:01 PM | Show all posts
good job pengawal keselamatan
kurang seekor perompak di bumi Malaysia
elok dibunuh masa muda2
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 10:04 PM | Show all posts
mana video bunyi pump gun?
Now you see me, now youre dead. ujur guard sambil melepaskan tembakan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2020 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
nuno replied at 18-6-2020 10:04 PM
mana video bunyi pump gun?
Now you see me, now youre dead. ujur guard sambil melepaskan tembakan.

Kira tepat sasaran jgk pak guard ni..takde berterabur kena org ramai.askor bersara ke haper kot wh?seriau wei. Sabit tu..kalo pisau tshan lagik
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Takutnya sabit kat leher salah langkah tersadung ke tembus cangkuk kat leher tersiat terus kulit.

Mesti akak tu terpikir keluarga masa merayu. Kesian dengarn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2020 10:18 PM | Show all posts
Ayam, ce kalau bukak thread tu, x yah sampai 4 5 post dengan berita yang sama dr pelbaga sumber.
Rimas nengoknye
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 18-6-2020 10:08 PM
Kira tepat sasaran jgk pak guard ni..takde berterabur kena org ramai.askor bersara ke haper kot wh ...

Itula..dah macam dia lock tengkuk. Takder maknanya nak cuba2 tepis
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian la pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam, ko reti tengok dulu tak thread dah ada ke belum sebelum buka tu.. Asyik repeat berita sama je ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 10:40 PM | Show all posts
nuno replied at 18-6-2020 10:04 PM
mana video bunyi pump gun?
Now you see me, now youre dead. ujur guard sambil melepaskan tembakan.

ko ni...

menambahkan perisa cerita ..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2020 10:59 PM | Show all posts
Semoga menjadi sempadan
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 11:57 PM | Show all posts
aku rasa dia mmg nk bunuh diri je

rompak pakai sabit, klu dpt pun, bape sen sgt..

lainla bawa team rompakan
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 12:17 AM | Show all posts
pakcik guard tuh bekas sniper ke?.. tepat kene sasaran... mcm movie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2020 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Lembam tak lembam. Letak sabit kat leher orang layak mampus ditembak...tak.kesian langsung. Selyaknya....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry no alfatihah for you
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 12:53 AM | Show all posts
Hero la pak guard bukan calang calang, senang keje polis, dia pon tembak rusuk kanan tapi dah ajal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
setelah meneliti komen netizen  dlm fb, arwah anak yatim.. oku lembam pembelajaran .. mak arwah byk bergantung kepada arwah, baru mggu lepas abg arwah bakaq moto arwah sbb tak puas hati dgn arwah .. abg arwah seorg penagih, dan kaki parang .. org kampung percaya arwah dimanipulasi oleh abg dia utk merompak.. maybe betul sbb merompak bank sorang2 is one suicide mission.. rompak kedai runcit, sorang takpala.. anyway aku simpati gak la kalau oku dipergunakan sampai mcmtu.. and aku jugak simpati kat tebusan tu.. and aku faham situasi guard tu.. sekian.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.174587 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list