CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2694|Reply: 10

Cinta Rohingya: Mahar puluhan ribu ringgit tak apa, asal bahagia

[Copy link]
Post time 23-6-2020 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Walaupun hidup sebagai pelarian dan terpaksa menyerah nasib dengan menumpang di negara orang, namun ia bukan alasan untuk gadis warga Rohingya untuk tidak memilih bahagia.
Mempunyai suami penyayang dan bertanggungjawab serta anak-anak sebagai penyeri rumah tangga tetap menjadi idaman mereka, sama seperti insan lain.
Umumnya mereka memang berdepan dengan ketidaktentuan nasib sejak dari dalam rahim ibu masing-masing lagi. Apabila semakin membesar, kadang-kadang berserah kepada takdir di tengah laut.
Dapat menjejakkan kaki di tanah orang - seperti Malaysia - kemudiannya adalah sinar harapan baru. Ia tentu akan bertambah indah jika dapat mendampingi pasangan hidup bergelar suami.
Menariknya, apabila selamat tiba di Malaysia, seseorang gadis etnik Rohingya secara langsung mempunyai 'nilai tinggi' dan mahal di mata lelaki senasib mereka di negara ini.
Justeru, bukanlah aneh untuk seorang lelaki Rohingya di Malaysia sanggup mengeluarkan kos yang tinggi untuk mengahwini gadis terbabit sebagai pilihan pendamping hidup walaupun berstatus pelarian.
Untuk bergelar suami isteri, mas kahwin yang perlu dilunaskan lelaki Rohingya dalam bentuk wang tunai atau barangan kemas boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.
Ada beberapa faktor yang diambil kira bagi menentukan kadar mas kahwin berkenaan. Misalnya, kos dan cabaran kedatangan gadis Rohingya terbabit ke Malaysia, umur, kebolehan dan paras rupa.
Nisbah lelaki, perempuan berbeza
Malah, bagi sesetengah kes, mahar perkahwinan ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak jauh lebih awal, iaitu sebelum si gadis tiba di Malaysia lagi.
Ia dibuat melalui perjanjian lisan di antara wakil keluarga gadis itu dengan bakal suaminya.
Malaysiakini berkesempatan menyelami cabaran lelaki Rohingya untuk berkeluarga di sebalik kehidupan dalam pelarian mereka khususnya di Kelantan.
Bagi Martullah Abu Bakar Siddik, 30-an, dia menerima hakikat bahawa memang lumrah dalam kalangan pemuda Rohingya untuk bekerja keras dan gigih menabung untuk mendanai perkahwinan masing-masing.
Katanya, walaupun dalam berdepan pelbagai kegetiran dan bersusah-payah mereka tetap sanggup menyediakan mahar yang tinggi demi memiliki seorang suri hidup.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mas kahwin perlu ditanggung oleh pihak lelaki kebiasaannya mencecah RM10,000. Ini nilai biasa, tapi ada juga hingga mencecah RM15,000 atau RM20,000, malah RM25,000," katanya ketika ditemui di Kota Bharu semalam.
Tambah Martullah, antara faktor yang menyebabkan mahar itu tinggi ialah, realiti bahawa tidak ada ramai gadis Rohingya di sini dan jumlahnya sangat tidak seimbang dengan lelaki.
Katanya, dalam keadaan tertentu akan ada seseorang gadis dibawa khas dari Myanmar untuk dikahwinkan dengan lelaki yang sudah lama tinggal di sini.
"Misalnya adik ipar saya baru berkahwin pada awal Mac lalu dengan mas kahwin RM15,000.
"Isterinya itu tiba di Malaysia kira-kira dua minggu sebelum perkahwinan mereka," katanya.
Bagi pasangan Shah Alam Goni Mia, 19, dan Yasmin Abdul Kader, 18, (gambar atas) perintah kawalan pergerakan (PKP) sekarang mungkin menjejaskan pencarian rezeki mereka.
Namun pada masa yang sama PKP juga memberi ruang kepada mereka 'berbulan madu' dengan cara tersendiri. Mereka baru saja diijabkabulkan seminggu apabila PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.
Nilai mas kahwin dipersetujui
Shah Alam berkata, dia bekerja sebagai pencari dan penjual besi buruk. Pendapatannya itu ditabung sejak lima tahu lalu untuk menyiapkan diri berkahwin.
"Alhamdulillah akhirnya saya dapat mengahwini Yasmin. Kawan-kawan dan kakak ada tolong juga. Saya tak cukup duit RM15,000 jadi mereka bagi pinjam.
"Sebelum Yasmin datang ke Malaysia, saya sudah berjanji untuk beri mas kahwin RM15,000. Lepas dia sampai sini, tidak lama kami pun berkahwin," katanya.
Sebagai rekod, apabila pasangan Rohingya berkahwin mereka akan diberikan sijil pengesahan nikah yang dikeluarkan oleh Persatuan Ulama Masyarakat Rohingya Malaysia.
Selain Shah Alam, adik perempuannya juga sedang bersiap-siap dinikahkan. Kini berusia 14 tahun, adik Shah Alam bakal bergelar isteri pemuda senegara mereka apabila PKP ditamatkan nanti.
Untuk adik Shah Alam itu, mas kahwin dudah dipersetujui kedua-dua pihak, iaitu RM20,000, dan katanya ia bukanlah sesuatu yang asing untuk seorang gadis muda Rohingya di Malaysia.
Kata Shah Alam, walaupun masih muda, adiknya itu sudah bersedia untuk berkahwin dan belajar untuk menguruskan rumah tangga.
"Walaupun masih muda, dia sudah pandai memasak, sudah belajar fardu ain dan hal-hal berkaitan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Memandangkan usianya masih muda itulah maka mahar yang ditetapkan untuknya lebih tinggi dan ia sudah dibincangkan serta dipersetujui bakal suaminya," jelasnya.
Bagi Mohamad Jubair Mohamad Muzar (gambar) pula, dia boleh dikatakan sedang menghitung hari menanti detik diijabkabulkan dengan gadis Rohingya apabila keadaan mengizinkan, iaitu selepas PKP ditamatkan.
Pemuda berusia 24 tahun itu berkata, bakal isteri saya baru tiba di Malaysia, iaitu sebelum PKP mula dikuatkuasakan dulu.
"Dia ada di Ipoh, Perak dan tak sempat sampai ke Kota Bharu. Saya harap masalah Covid-19 di sini cepat selesai dan saya boleh berkahwin dan bekerja seperti biasa.
"Saya berjanji untuk memberi mahar RM15,000 kepada bakal isteri, insya-Allah saya sudah kumpul sejak lima tahun lepas dengan melakukan pelbagai jenis pekerjaan," katanya.


** sorry news ni agak ketinggalan zaman skit.  tapi aku heran gak, camne rohingya ni

1. bleh ada duit berpuluh ribu nak bayar mas kawen mahal2?
2. camne bakal2 bini tu leh sampai ke malaysia ngam2 2-3 minggu sebelum kawen? ko nak dtg sini pun sindiket dah RM15? sape tanggung?
3. siap ade persatuan ulamak rohingya?
4. budak baru 14thn pun nak dikawenkan?
5. apa status anak2 diorg? takkan sekolah nanti pun kerajaan malaysia tanggung?

sis harapkan pendedahan ni membuka mata rakyat malaysia diorg ni dahla beranak mcm tikus kt malaysia ni. mcm ade agenda je diorg ni. nak jugak kawen sesama rohingya. kenapa agaknye...

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2020 06:56 PM | Show all posts
mengada betol berumahtangga, pastuh beranak pinak mengalahkan tikus kat sini. pegi balik kpg sendirik lah. kat Rakhine pun dah aman damai, menipu sgt masih bergolak.

dahlah rakyat msia sendiri beranak tak ramai, mana lah nak kalahkan pembiakan puak Chittagong nih. lg 10-20thn, mereka akan claim etnik Rohingya Malaysia ya, mengaku rakyat sini. mark my words.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboiii..siap dah pasang angan2 beranak pinak kat sini.tak padan self claim pelarian,tapi mas kahwin kalah anak dara tempatan berlulusan ijazah..20ribu kaww.bukan kaleng2..cukuplahhhh,dorang ni bukan pelarian tp pendatang asing.pelarian celah mana kalau hantaran kahwin dah puluhan ribu..kosser lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2020 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana NGOk y bersuara nak bela sgt puak2 ni?dorg dtg beranak pinak kt sini,xmustahil suatu masa nanti dorg akn rebel kt gomen mcm puak2 n bangsa lain y bukan penduduk asal tanah melayu..

Tolong ler..htr balik SEMUA puak rohingya nih..dgn perangai cam cibai,xdenye dorg akan kenang jasa gomen bela dorg..dorg akn rebel nanti..percayalah
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2020 02:22 PM | Show all posts
So sweet..kisah cinta teragung sanggup bergadai nyawa ditengah lautan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2020 04:01 PM | Show all posts
dani-rox replied at 23-6-2020 06:56 PM
mengada betol berumahtangga, pastuh beranak pinak mengalahkan tikus kat sini. pegi balik kpg sendiri ...

macam pakistan...  dah ada puak tuntut penerimaan etnik pakistan malaysia...  hahaha...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2020 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow di Kelantan pun dah bertapak ya. ni lah antara perintis untuk membiakkan keturunan mereka kan. Tengok lah lagi 10 tahun. Ahh 2 tahun pun dah cukup makin ramai berhijrah ke Kelantan nanti. So apa tindakan kerajaan? Nak biar je mereka bermastautin kat sini?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
mahalnya hantaran?? aku ingat diorg kawin dgn org msia.. rupanya kawin sesama geng pn mahal??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2020 11:20 AM | Show all posts
terpaling replied at 26-6-2020 12:41 AM
mahalnya hantaran?? aku ingat diorg kawin dgn org msia.. rupanya kawin sesama geng pn mahal??

Sesama geng dijamin ada dara kot! Mrk xpercaya dgn org msia. Tu yg umur 14 thn pun nak dikahwinkan.
Pastu mcmana yg pompuan boleh masuk msia!! Ni mesti sindiket juga
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 11:30 AM | Show all posts
Kiranya ya g dah sampai sini lebih mahal maharnya berbanding dengan yang masih disana mungkin macam tu cara penafsiran mereka
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenggg sungguh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.510196 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list