CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8260|Reply: 67

[Tempatan] Nak suruh saya derita berapa lama lagi, sudahlah” – Anwar derita tak jadi PM.Kes

  [Copy link]
Post time 23-6-2020 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 23-6-2020 02:17 PM

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengalaman yang panjang menyebabkan beliau dan partinya curiga untuk memberikan ruang sekali lagi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri selama enam bulan sebelum menyerahkan jawatan tersebut.

Apatah lagi dalam percaturan terbaharu ini, kata Anwar, beliau diwajibkan menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah Dr Mahathir yang disifatkan sebagai kesukaran maha besar untuk ditanggung.


“Nak suruh saya derita berapa lama lagi, sudahlah,” katanya ketika bersiaran langsung di laman Facebook malam ini.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau dan PKR telah memberi kepercayaan dan peluang kepada Dr Mahathir sebelum ini selain merundingkan pelbagai perkara dengan bekas perdana menteri itu.


Pengalaman tersebut, katanya, menyebabkan beliau curiga apabila diminta sekali lagi untuk memberi peluang dan ruang kepada Dr Mahathir yang dikatakan boleh mendapat jumlah ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau juga mendedahkan perasaan curiga itu turut menghantui rakan-rakan dalam Pakatan Harapan apabila mereka mengusulkan pelantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kesembilan perlu melalui proses dokumentasi lengkap termasuk menurunkan tandatangan serta terikat dengan beberapa syarat yang jika tidak dipatuhi maka ahli-ahli Parlimen akan menarik balik sokongan mereka.

Anwar berkata, isu jawatan perdana menteri itu turut dibincangkan dalam pertemuannya dengan rakan-rakan di Sarawak di mana beliau diundang ke bumi kenyalang Selasa lalu.

“Kawan-kawan kata kalau tak cukup, boleh tak kita beri pilihan kedua kepada Tun Mahathir kerana Tun Mahathir dalam mesyuarat berulang kali minta jadi perdana menteri.

“Mula-mula dia minta enam bulan dan dalam mesyuarat berikutnya minta jadi perdana menteri setahun dan apabila perkara ini ditekankan oleh Shafie (Datuk Seri Shafie Apdal) dia setuju enam bulan.

“Dan dia tak nak tolak ansur langsung dalam hal ini,” katanya.

Anwar yang juga Pengerusi PH menjelaskan ‘perang kenyataan’ di media sosial dalam kalangan pemimpin-pemimpin PH termasuk Mohamad Sabu, Anthony Loke dan Khalid Samad mengenainya pencalonan beliau sebagai perdana menteri.

Katanya, dalam mesyuarat yang beliau sendiri pengerusikan, kesemua pemimpin bersetuju namanya dicalonkan sebagai perdana menteri malah menurut Anwar persetujuan itu dilafazkan dan didengar sendiri oleh beliau.

“Ini keputusan dan kami minta Tun bersetuju, tetapi Tun tidak bersetuju dan perkara ini kita hujahkan. Saya kata hampir 24 tahun sudah menjadi perdana menteri bagilah orang lain ikut giliran,” katanya sambil menambah di sebalik segala hujah Dr Mahathir tetap berkeras.

Menurut Anwar, beliau percaya jika Dr Mahathir dilantik menjadi perdana menteri untuk tempoh enam bulan, keadaan tidak akan berubah dan berbalik semula kepada soal ini dasar Mahathir dan itu dasar Anwar sehingga boleh menggagalkan hasratnya untuk memperjuangkan ekonomi rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Beliau juga menafikan Dr Mahathir telah mempunyai angka atau sokongan mencukupi sebaliknya cakap-cakap mengenai ‘cukup jumlah’ itu hanyalah teori dan beliau diminta untuk bersandarkan kepada kepercayaan tersebut sebelum diangkat menjadi perdana menteri.

“Kawan-kawan kata, Anwar kami mahu kamu jadi perdana menteri tetapi laluan tak mudah kerana kita perlu jumlah, ada yang percaya Tun Mahathir boleh dapat tetapi sampai kini belum dapat. Jadi kita beri dokongan (kepada Tun Mahathir), baru saudara diangkat,” katanya

Anwar juga menepis tuduhan bahwa beliau dan PKR merupakan pengkhianat apabila menolak pencalonan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kesembilan jika PH memerintah kelak.

Katanya, apa yang berlaku adalah perbezaan pendapat di mana beliau hanya mahu melakukan yang terbaik untuk rakyat dan menuntut supaya mandat rakyat dikembalikan.

Beliau juga percaya jika Dr Mahathir diberi peluang sekali lagi biar pun untuk tempoh enam bulan perkara-perkara seperti rasuah, kronisme dan mengkayakan golongan tertentu tidak akan dapat dihapuskan.

“Khianat ini tidak timbul, orang yang bagi kipas kepada pengkhianat itulah pengkhianat,” katanya mengungkit semula Langkah Sheraton yang menurutnya bukan bermula seminggu dua sebaliknya telah diatur dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan sehingga tersungkurnya kerajaan PH. – MalaysiaGazette

Sos : https://malaysiagazette.com/2020/06/22/nak-...sudahlah-anwar/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2020 01:43 PM | Show all posts
mati adalah penawar terbaik utk madey nuar
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tobby at 23-6-2020 01:48 PM

yg terbaru sekali Bang Non dedah sebenarnya atok pun tak ada number klu PKR x sokong atok.  Bang Non  juga cakap dia x boleh terima formula  jadi TPM bawah Atok & tak yakin janji atok nak pegang PM 6 bulan sebelum atok sukarela menobatkan Bang Non sbg PM ke 10. lagi pun kuasa PM memilih siapa pun penggantinya tidak boleh dicabar di mahkamah.  

tanpa 6 kerusi geng atok,  bang non pun x ada number.  Bergasak la korang.   satu dunia ketawa kan korang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumthing funny here...

Dok sibuk nak jadi Perdana Menteri..pegang 6bulan la...pegang jawatan PM 12 bulan la....Ye ye benor,macam la dah kompom dan sahih kalao dah setujuk dalam PH sapa jadi PM maka akan naik tahta PM la sejurus tu

Peliknya....sapa yg memerintah sekarang? Kalao PRU sekalipun....dalam tangan ke PH boleh menang?
Nak amik balik melalui SD ka atau undi tak percaya ka...PN sekarang lebih 3 kerusi..

Kelakar la Bang Non nih

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian....

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 02:01 PM | Show all posts
wahai macai macai PKR..tak kesiankah kamu dgn ayahanda kamu tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2020 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ceh.. Serupa Dr MLK pulak dia punya seksaan..

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 02:09 PM | Show all posts
Ya ampunn....desperate nya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2020 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh terima hakikat rupanya.
Saya tidak mahu anda jadi pm. Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 23-6-2020 01:58 PM
Kesian....

derita apanya masih duduk banglo harga juta2 dgn pengawal.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 02:26 PM | Show all posts
alaa... atuk nego la.. 3 bulan je dulu.

dah dapat jadi PM, atuk scam la lagi sekali.

bangnon ni hati tisu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 23-6-2020 02:17 PM
derita apanya masih duduk banglo harga juta2 dgn pengawal.

Oh kesian... Macam cite madu 3.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 02:42 PM | Show all posts
Kalau Anwar tak dapat jadi PM dah tahap derita, rakyat cemana la pulak tahap kederitaan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 02:46 PM | Show all posts
manusia paling kesian dalam sejarah politik malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Perasaan menanti sesuatu yg kita tak pasti bila - satu keadaan yang paling susah nak hadap
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 03:04 PM | Show all posts
“Nak suruh saya derita berapa lama lagi, sudahlah,”

rakyat tk derita ke klu dia jd PM?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2020 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang tak hingin pon ko jadik pm. Sedehhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 03:17 PM | Show all posts
baca tajuk pun dh terhibur
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
bole derita ye tak dpt jd PM...

bw ngucap la bangnon... Allah Maha Berkuasa.. jika mmg ditakdirkan ko menderita sbb tk jadi PM, redha dan pasrah la...

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 23-6-2020 01:43 PM
mati adalah penawar terbaik utk madey nuar

bila tu ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.208763 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list