CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11709|Reply: 9

11 Smartphone Harga Bawah RM500 terkini 2020

[Copy link]
Post time 26-6-2020 02:59 PM | Show all posts |Read mode
Bagi tahun 2020 ini, sebenarnya masih ada lagi telefon harga bawah RM500 tetapi tidaklah banyak pilihan berbanding telefon pada harga yang lebih tinggi.



Telefon harga bawah RM500 ini telah dikelaskan dalam kelas bajet dimana lebih ramai lagi yang mampu untuk dapatkan telefon pada harga ini. Ada juga kelas pertengahan iaitu RM1000 kebawah dan lepas daripada RM1001 berada di dalam kelas mewah yang mungkin hanya beberapa golongan sahaja yang mampu.

Telefon ini pastinya mensasarkan golongan yang kurang berkemampuan, pelajar atau mereka yang mahukan telefon ke-2 sebagai tambahan. Dengan harga yang ditawarkan, anda tidak mampu untuk dapatkan kualiti yang seperti telefon yang lebih mahal sebaliknya ianya bersesuai dengan harga.

Mungkin ada antara kita mahukan telefon pada harga RM500 ini kerana ianya adalah telefon ke 2 yang mungkin digunakan untuk whatsapp bagi urusan perniagaan sahaja. ataupun ibu bapa yang sudah tua tetapi ingin berkomunikasi bersama anak-anak menggunakan whatsapp dan video call. Rasanya kelas bajet ini sudah cukup bagi mereka.


Kalau anda ingin dapatkan chipset dan RAM yang tinggi dengan harga ini, pasti anda kecewa. Nak buat main game, edit gambar, dan beberapa perkara yang perlukan chipset dan ram yang besar, anda perlu pergi ke kelas pertengahan atau kelas mewah 9 (flagship).

Kebiasaanya telefon pada kelas bajet dibawah harga RM500 bagi tahun 2020 ini mempunyai RAM sebesar 2GB, camera dengan 8MP/2MP, Memory sebesar 16GB/32GB, Chipset  Snapdragon 439 atau Helio P22, dan bateri sebesar 3000 mAh. Ini merupakan perkara minima yang sepatutnya ada pada telefon harga bawah RM500

Telefon Harga Bawah RM500 Bagi Tahun 2020Senarai ini tidak mengikut harga atau rekomendasi daripada penulis sebaliknya ianya adalah secara rawak. Ianya juga disediakan pautan Lazada dan Shopee bagi anda dapatkan telefon ini pada store yang dipercayai.

Sebelum anda buat pembelian, anda boleh dapatkan Cashback terlebih dahulu dengan klik pautan dibawah





#1. Realme C2



Telefon ini telah dikeluarkan pada pertengahan 2019. Ianya masih releven untuk dibeli dan digunakan untuk tahun 2020 ini. Telefon ini dijual secara rasmi di Malaysia dengan warna pilihan Diamond Blue dan Diamond Black.


#
Ciri-Ciri
Spesifikasi

1
Saiz skrinIPS 5.45" HD
2
Kamera13 MP / 5 MP
3
Android9.0
4
ChipsetSnapdragon 439

5
RAM2 / 3 GB

6
Memory16 / 32 GB

7
Bateri4000 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:           

#2. Honor 8S



Honor juga merupakan syarikat daripada China yang bersaing dalam arena teknologi terutamanya pada telefon bimbit. Honor 8S berada di dalam senarai telefon harga bawah RM500 bagi tahun 2020 ini. Telefon ini sebenarnya masih baru dimana mula dijual pada Disember 2019. Ianya menawarkan 3 pilihan warna iaitu Black, Blue dan Gold

#
Ciri-Ciri
Spesifikasi

1
Saiz skrinIPS 5.71" HD+
2
Kamera13 MP / 5 MP
3
Android9.0
4
ChipsetMediatek Helio A22

5
RAM2 / 3 GB

6
Memory32 / 64 GB

7
Bateri3020 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:           


#3. Vivo Y11 (Recommended)



Vivo juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan telefon di dalam kelas bajet iaitu Vivo Y11. Ianya mula dijual di Malaysia pada Oktober 2019 dan tidaklah terlalu lama. Masih boleh diterima dan diguna sehingga tahun 2020 ini. Vivo Y11 hadir dengan 2 pilihan warna iaitu Coral Red dan Jade Green.

Vivo Y11 mempunyai 2 kamera dibelakang berbeza dengan senarai yang lain. Pastinya memberikan kelebihan jika dibandingkan dengan telefon-telefon lain

#
Ciri-Ciri
Spesifikasi

1
Saiz skrin6.35-inch FullView Display
2
Kamera13+2 MP / 8 MP
3
Android9.0
4
ChipsetSnapdragon 439

5
RAM3 GB

6
Memory32 GB

7
Bateri5000 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:           

#4. Xiaomi Redmi 8 (Recommended)



Kita pasti biasa dengar telefon daripada Xiaomi yang mengfokuskan telefon dengan spesifikasi yang hebat dengan harga berpatutuan. Ianya juga termasuk Redmi 8 ini. Ianya telah mula dijual di Malaysia pada Oktober 2019 dan masih diperkatakan sehingga kini. Telefon ini menawarkan 3 pilihan warna iaitu Sapphire Blue, Onyx Black dan Ruby Red.

Redmin 8 juga mempunyai 2 kamera dibelakang sama seperti Vivo beserta kapisiti bateri yang agak besar dengan tanda harga bawah RM500. Xiaomi Redmi 8 merupakan telefon yang dicadangkan terbaik pada tanda harga tersebut.

#
Ciri-Ciri
Spesifikasi

1
Saiz skrinIPS LCD 6.22" HD+
2
Kamera12+2 MP / 8 MP
3
Android9.0
4
ChipsetSnapdragon 439

5
RAM3 / 4 GB

6
Memory32 / 64 GB

7
Bateri5000 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:           

#5. Oppo A5S


BACA JUGA

Seterusnya adalah telefon berjenama Oppo A5S. Oppo kini semakin lama sudah menampakkan kepercayaan dikalangan rakyat Malaysia. Dengan sponser yang diberikan pada beberapa program di tv pastinya lebih ramai lagi lebih percaya dengan telefon keluaran Oppo terutamanya Oppo A5S yang diperkenalkan pada April 2019 yang lepas.

Walaupun sudah menjangkau hayat selama 1 tahun, Oppo A5S masih lagi menerima pembelian daripada orang ramai. Telefon ini menawarkan 4 variasi warna iaitu Red, Black, Gold dan Green

#
Ciri-Ciri
Spesifikasi

1
Saiz skrinIPS 6.2" HD
2
Kamera13 MP / 2 MP
3
Android8.1
4
ChipsetHelio P35

5
RAM2 / 3 / 4 GB

6
Memory32 / 64 GB

7
Bateri4230 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:           




Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2020 03:00 PM | Show all posts
sambungan

#6. Nokia 3.2



Jenama telefon yang pernah gah sebelum ini dan mula hilang hujung tahun 2010. Tetapi kini mereka kembali untuk terus bersaing iaitu jenama Nokia. Nokia series banyak terdapat dipasaran kini dan mengikut tanda harga RM500 dan antara yang terbaru adalah Nokia 3.2. Ianya mula diperkenalkan pada pertengahan 2019 yang lepas.


Paling menarik pada telefon jenama Nokia, kini mereka menggunakan platform Android One yang mana antara telefon yang terawal memeperoleh kemaskini Android termasuk Nokia 3.2 ini. Variasi warna yang ditawarkan adalah hitam dan kelabu.

#
Ciri-Ciri
Spesifikasi

1
Saiz skrinIPS 6.26 HD+
2
Kamera13 MP / 5 MP
3
Android9.0 (Android One)
4
ChipsetSnapdragon 429

5
RAM2 / 3 GB

6
Memory16 / 32 GB

7
Bateri4000 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:           

#7. Huawei Y5



Walaupun Huawei kita biasa dengar dengan telefon jenis pertengahan tetapi masih ada beberapa telefon yang berada di kelas bajet seperti Huawei Y5 yang dikeluarkan pada Mei 2019. Mereka juga tidak lupa dengan golongan sasaran bajet ini. Dengan harga bawah RM500, variasi warna yang diperkenalkan seperti Midnight Black, Modern Black, Sapphire Blue dan Amber Brown

#
Ciri-Ciri
Spesifikasi

1
Saiz skrinIPS 5.71" HD+
2
Kamera13 MP / 5 MP
3
Android9.0
4
ChipsetMediatek Helio A22

5
RAM2  GB

6
Memory16 / 32 GB

7
Bateri3020 mAh


Info Lanjut Dapatkan Di:           

#8. Neffos X20



Kita biasa dengan barangan TP-Link seperti alatan wifi dan sambungan. Tahukah anda syarikat ini juga mengeluarkan telefon sendiri atas jenama Neffos dan ianya berasal daripada China dan sudah secara rasmi masuk ke Malaysia. Jenama telefon ini juga berada di dalam semua kelas termasuklah kelab bajet ini dengan Neffos X20. Ada 3 variasi warna yang dikeluarkan iaitu Aurora purple, hitam, merah dan biru.

#
Ciri-Ciri
Spesifikasi

1
Saiz skrinIPS 6.26" HD
2
Kamera13 MP / 5 MP
3
Android9.0
4
ChipsetMediaTek Helio A22

5
RAM2  GB

6
Memory32 GB

7
Bateri4100 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:           

#9. ZTE Nubia N2 Lite



Mungkin ini antara jenama termurah daripada senarai telefon harga bawah RM500 ini iaitu datang daripada Nubia N2 Lite. Ianya diperkenalkan pada tahun 2019 juga. Mungkin telefon ini masih belum dikenali ramai di Malaysia terutamanya.

#
Ciri-Ciri
Spesifikasi

1
Saiz skrinIPS 5.45" HD
2
Kamera13+2 MP / 5 MP
3
Android8.1
4
ChipsetMediatek 6739

5
RAM3 GB

6
Memory32 GB

7
Bateri3300 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:           

#10. Redmi 8A



Mula diperkenalkan pada September 2019 dan antara model yang diterima baik daripada orang ramai. Harganya murah sedikit berbanding Redmi 8 dan hanya membezakan jumlah kamera dibelakang sahaja. Redmi 8A hanya mempunyai 1 kamera di belakang manakala Redmi 8 mempunyai 2 kamera. Warna yang ada seperti Midnight Black, Ocean Blue, Sunset Red

#
Ciri-Ciri
Spesifikasi

1
Saiz skrinIPS LCD 6.2" HD+
2
Kamera13 MP / 2 MP
3
Android9.0
4
ChipsetSnapdragon 439

5
RAM2 / 3 GB

6
Memory32 GB

7
Bateri5000 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:           


Bonus


#11. Realme C3




Telefon tahun 2020 yang baru diperkenalkan pada 3 Mac yang lepas. Telefon terbaru selepas keluaran siri C sebelum ini iaitu realme C2. Paling menarik mungkin dengan adanya triple kamera yang diperkenalkan pada realme C3.

Jika anda nak dapatkan lebih awal, anda boleh dapatkan melalui kedai rasmi atas talian realme di Shopee. Ada pautan di sediakan dibawah. Dengan harga RM499 anda akan dapat extended 6 bulan warranty.

#
Ciri-Ciri
Spesifikasi

1
Saiz skrinIPS LCD 6.5" HD
2
Kamera12+2+2 MP / 5 MP
3
Android10.0
4
ChipsetHelio G70

5
RAM3 GB

6
Memory32 GB

7
Bateri5000 mAh

Info Lanjut Dapatkan Di:     

Itulah antara 10 senarai telefon harga bawah RM500 yang anda boleh dapatkan di pasaran untuk tahun 2020 ini. Ianya berdasarkan review daripada orang ramai dan juga fungsi yang masih baik dan tidak outdated apabila menjelang tahun 2020 ini. sumber

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2020 03:01 PM | Show all posts
5 telefon terbaik bawah RM600 di Malaysia (Februari 2020)





------------------------


korang layan lah banyk juga rupanya yang harga murah
tapi kualiti masih ok tu..


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
waa..terbaikkk mod...sepantas kilat memenuhi permintaan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2020 03:28 PM | Show all posts
cloud_jade replied at 26-6-2020 03:26 PM
waa..terbaikkk mod...sepantas kilat memenuhi permintaan..

haha.. layanlah dulu tengok apa yang ada
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 05:15 PM | Show all posts
kalau gaming, go to realme c3

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-6-2020 06:12 PM | Show all posts
syaeyedan replied at 26-6-2020 05:15 PM
kalau gaming, go to realme c3

awak layan game mana dalam  smartphone? hehe
saya layan kereta aje,bolehlah sedap la juga
sementara2 tengah kat luar tunggu2 orang ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 03:32 PM | Show all posts
trunks replied at 26-6-2020 06:12 PM
awak layan game mana dalam  smartphone? hehe
saya layan kereta aje,bolehlah sedap la juga
sement ...

macam2. call of duty, pubg, worm.io, pes2020. hahaha
paling selalu call of duty.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2020 12:19 PM | Show all posts
Dah try redmi 8a...beli mase tu rm299.....tp kamera nk tggu brg smpai berejam la..... nice utk capture screen kat personal desktop wpun 13mp.....bateri pn superb....tp sbb selalu gune utk hotspot semata2 so 2ari bateri habis....yg x bestnye selalu kena bukak airplane mode bile internet start slow....x tau la internet problem ke hp problem....adik saya pakai redmi note 5 ke note 7 tah hadapi masalah internet yg same....kena selalu on off airplane mode....leceh ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
selamat dah beli redmi 8. setakat nak layan fb dgn forum ni kira bebaloi la dgn harga. yang plg best bateri tahan lama la dr phone sblm ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.068736 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list