CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15592|Reply: 109

[Tempatan] ASTRO buat testing. Tonton guna smart TV. Tak perlu lagi decoder. Boleh layan si

  [Copy link]
Post time 27-6-2020 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Astro Memulakan Ujian Aplikasi Televisyen Pintar Untuk Tontonan Tanpa Dekoder
Diterbitkan pada 1 jam lepas oleh Effi Saharudin.

Pernah suatu ketika satu-satunya cara untuk menikmati kandungan Astro ialah dengan melanggan kepada perkhidmatan mereka. Ini memerlukan pengguna melanggan setiap bulan dan menanti pemasangan dekoder (dan piring satelit) di tempat kediaman. Dalam masa terdekad era penggunaan dekoder untuk menonton Astro pada televisyen akan berakhir dengan bermulanya ujian aplikasi Astro TV Beta yang baru diumumkan.

Pada waktu ini Astro sedang melakukan ujian aplikasi Astro TV Beta yang membolehkan kandungan distrim dari TV dan peranti pintar. Menerusi ujian Beta selama dua bulan ini, pengguna boleh menstrim 43 saluran dan juga 10,000 kandungan secara VOD dengan bayaran serendah RM1 sebulan.

Aplikasi Astro TV walau bagaimanapun hanya boleh digunakan pada model tertentu televisyen pintar yang menggunakan sistem operasi Android TV keluaran Sony dan Sharp sahaja pada waktu ini. Pada peranti pintar, pula pengguna Android 7.0 dan iOS 11 dan ke atas sahaja disokong. Ujian Astro TV Beta dijalankan secara tertutup tetapi pelanggan boleh memohon menerusi pautan ini.

Langganan menerusi aplikasi tanpa dekoder adalah evolusi seterusnya yang maakul pada waktu ini selari dengan pesaing mereka yang tidak memerlukan pemasangan perkakasan khusus. Sebagai bekas pengguna kami hanya mengharapkan aplikasi Astro TV akan ditawarkan juga untuk televisyen jenama lain dan sistem operasi lain seperti Tizen dan tvOS.

Sumber Rujukan: Astro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2020 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dok ulang sampai ajm, baik tak payah uji kaji
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau kawasan yg sambungan internet tak seberapa memang nak tak nak guna decoder satelit jugak
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 12:44 PM | Show all posts
kalau drama sampah juga yang di tayang maaf lah iols akan kekal dengan netflix...
hbo tu pun duk ulang tayang filem yang dah berkurun tahun... silap2 semua dalam filem tu dah mati dah pun masih duk tayang lagi... bergentayangan arwah2
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kowser nk pakai astro lg
akak pakai android box jah
bleh tgk siaran tv seluruh dunia lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 27-6-2020 12:56 PM
kowser nk pakai astro lg
akak pakai android box jah
bleh tgk siaran tv seluruh dunia lagi

Nak tanya.. Android box ni.. Kita kena guna internet juga kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2020 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Asyek ulang programmsampai nak muntah Astro
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla, ada juga initiatives utk tak bergantung pada siaran satellite dan dekoder.
Pas ni, silalah bersaing dengan lebih berhemah dengan pengendali perkhidmatan yg lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2020 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-6-2020 01:09 PM
Nak tanya.. Android box ni.. Kita kena guna internet juga kan?

Of course sarah.. Kene connect to internet..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 27-6-2020 01:31 PM
Of course sarah.. Kene connect to internet..

Aku kadang2 blur.. Aku boleh sambung kat phone atau aku kena beli router? Maaf na.. Aku kalau tak tau aku tanya mcm2 sampai aku faham
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-6-2020 01:34 PM
Aku kadang2 blur.. Aku boleh sambung kat phone atau aku kena beli router? Maaf na.. Aku kalau tak  ...

Ntah la.. Mungkin android box yg skrg ni ada function wireless connect to router/access point. Yang aku pasti, semua android box ada port RJ45, untuk connect ke LAN - - >router/access point.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 27-6-2020 01:53 PM
Ntah la.. Mungkin android box yg skrg ni ada function wireless connect to router/access point. Yan ...

Payah juga.. Baik stick pada injoy je la...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 02:22 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 27-6-2020 12:56 PM
kowser nk pakai astro lg
akak pakai android box jah
bleh tgk siaran tv seluruh dunia lagi

yang ni cerdik sikit... boleh tengok channel satu dunia termasuk north korea.. kaka kalau boring2 tengok doraemon north korea bagi ucapan. dia marahkan sista vokuru sebab lambat masak telur mata kerbau
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 02:24 PM | Show all posts
10 tahun lepas waktu network tv macam CBS semua dah pegi digital streaming macam CBS All Access, Astro sembang kencang nak invest dalam IPTV... ujung2 dah 2020 pun tak masuk2 market... ikutkan astro byk potensi lawan hypptv/unifitv yang sendu tuu sebab dorg byk in house program. ni pergi tied akaun astro on the go dengan akaun astro rumah... pikir logikla baik org tgk kat rumah terus...

skrg ramai dah subs netflix and netflix pun byk in house production by country / original netflix baru astro hegeh2 nak ikut masuk
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 27-6-2020 01:09 PM
Nak tanya.. Android box ni.. Kita kena guna internet juga kan?

iya sis.iols amik unifi jah.bayar 89/bln unlimited data.pehtu bleh layan cenel satu dunia terus.beratus2 cenel bleh tgk
iols beli android box kat midvalley jah
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 27-6-2020 02:22 PM
yang ni cerdik sikit... boleh tengok channel satu dunia termasuk north korea.. kaka kalau boring2  ...

ingatkan doraemon apa tadi.rupanya kim jong un gomok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2020 02:40 PM | Show all posts
ada bagusnya channel Astro byk ulangan
yg duduk dlm wad hospital
TV ada channel Astro
sure tension kalau tgk siaran
nak hilang tension tgk siaran ulangan Astro, cepat-cepat la discharge  
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 27-6-2020 02:34 PM
iya sis.iols amik unifi jah.bayar 89/bln unlimited data.pehtu bleh layan cenel satu dunia terus.be ...

Wokies.. Faham2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tgok Runningman dekat Astro pun subtitle selalu hilang tetiba. Hilang pulak masa Running man tgah bergelak ketawa ttbe lost diorg ketawa psal apa. Byak kali hurkeh !
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 03:20 PM | Show all posts
sarah82 replied at 27-6-2020 01:34 PM
Aku kadang2 blur.. Aku boleh sambung kat phone atau aku kena beli router? Maaf na.. Aku kalau tak  ...

hotspot hp tak kuat sarah..
dia tak jalan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.332015 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list