Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
2713
View
48
Reply

[Tempatan] Masih Terngiang Suaranya Merintih, Ibu Tak Sangka Suara Minta Tolong Pagi Subuh Rupanya Anak Sendiri, Dibelasah Hingga Meninggal Dunia

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-7-2020 08:42 AM | Show all posts |Read mode



MARANG, 1 Julai (Bernama) Masih terngiang-ngiang suara anak saya merintih dan meminta tolong dalam hening subuh yang sunyi, kata seorang wanita, 51, ibu kepada mangsa, 28, yang meninggal dunia dalam satu pergaduhan dengan tiga lelaki di Kampung Bukit Gasing, di sini, awal pagi tadi.

Menceritakan kembali kejadian wanita itu berkata, peristiwa malang tersebut berlaku kira-kira pukul 6 pagi, di satu lorong kecil, kira-kira 200 meter daripada kawasan rumahnya yang didiami bersama suami, 52, seorang pesara tentera dan dua anak yang lain.

Katanya ketika kejadian, beliau sedang bersiap-siap untuk solat Subuh sebelum terdengar rintihan seseorang yang dalam kesakitan, meminta tolong daripada arah belakang rumah.
Memang kalau ikutkan jarak rumah saya dengan tempat kejadian agak jauh, tetapi dengan kuasa Allah saya dapat mendengar suara tersebut, yang pada mulanya saya sangkakan suara jiran.

Tetapi selepas diamati ia adalah suara anak saya, dan tanpa berlengah saya terus bergegas ke tempat kejadian dalam keadaan yang masih gelap, katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Bukit Gasing, di sini, hari ini.

Menurutnya ketika sampai di tempat kejadian, beliau terkejut apabila melihat anaknya terbaring di atas tanah dalam keadaan terlentang dan mendapati terdapat sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki sedang cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, cubaan lelaki tersebut pada mulanya tidak berjaya kerana dalam keadaan tergesa-gesa cuba melarikan diri, tayar kereta suspek tersekat oleh tunggul pokok dan beliau sempat mengecam dua daripada tiga lelaki berkenaan, yang juga rakan sekampung.
Saya sempat bertanya kepada salah seorang daripada suspek alasan dia memukul arwah sehingga teruk sebegitu. Dia hanya jawab yang anak saya ada berhutang wang sebanyak RM1,000 lama dahulu dan belum menjelaskannya.

Malah lelaki itu juga sempat memberi amaran, bahawa dia masih belum menyelesaikan urusannya dengan mangsa dan akan datang lagi pada masa depan, katanya yang masih tidak percaya kehilangan anak sulungnya itu dalam sekelip mata.

Wanita itu berkata, beliau kemudiannya memapah arwah anaknya ke dalam rumah dan menelefon ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Bagaimanapun, mangsa yang juga menghidap penyakit asma menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 7 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Deputi Supt Mohd Zain Mat Dris berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu kira-kira pukul 8 pagi tadi.

    Siasatan awal di lokasi tidak menemui sebarang objek dan dipercayai pergaduhan hanya menggunakan tangan.

Identiti dua suspek sudah dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Nur Zahirah (HSNZ), katanya.

Sumber: BERNAMA

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 2-7-2020 08:48 AM | Show all posts
kesiannyaa..

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Xdpt bygkn perasaan maknya...anak dibela dr kecik..mati dlm pangkuannya sndr..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Trauma la mak arwah seumur hidup.. Hanya sebab 1k.. Ketiga2 bakal ke tali gantung kalau didapati bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak de nya ke tali gantung.. n
Salah gaya hukum 15yahun bg 3 org.....sorang 5tahun je...

Sbb tak jumpa alat utk memukul...jadi kes diklasifikasikan membunuh tanpa niat...dah 3 barbie tu pun ada ckp nk dtg lagi selesaikn dgn arwah.....bermakna dorang tak sangka arwah mati dgn pkl mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:04 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 2-7-2020 09:01 AM
Tak de nya ke tali gantung.. n
Salah gaya hukum 15yahun bg 3 org.....sorang 5tahun je...

Mcm tu ke..kalau kena 15 tahun boleh bahagi 3 pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga makcik tabah dgn kehilangan anak sulung...meraung kut kematian anak...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 2-7-2020 09:08 AM
Boomibulat replied at 2-7-2020 09:04 AM
Mcm tu ke..kalau kena 15 tahun boleh bahagi 3 pulak..


Selalu membunuh tanpa niat ni tak denya penjara seumor hidup....kekdg 7-8 tahun dah bebas.  Turun naik mahkamah dah 3thn.....hakim kata, hukuman bermula dari tarikh ditangkap  ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 2-7-2020 01:01 AM
Tak de nya ke tali gantung.. n
Salah gaya hukum 15yahun bg 3 org.....sorang 5tahun je...


Membunuh tanpa niat??
Lawyer confirm akan mintak kan
Banyak cantik, senang gitu je terlepas.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 2-7-2020 09:07 AM
Membunuh tanpa niat??
Lawyer confirm akan mintak kan
Banyak cantik, senang gitu je terlepas.

Tu wartawan dok ulang dari smlm kata tak jumpa alat yg digunakn utk pkl simati....jadi dorang pkl guna tgn.....dari smlm aku baca wartawan tulis mcm tu... n

Peguambela pun akn kata, dorang bertiga tak de niat nk bunuh...sbb tak bawak apa apa senjata pun....lin le dah memang standby kayu nk pkl arwah...tu mgkin belas belas thn jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sumpahan pari2 ikan asdan..

Sebab tu kalau berhutang, kena langsaikan.. sebab manusia akan jadi bodoh demi duit..
Kena ragut, rompak, curi.. semua sebab duit...
Jadi macai, barua dap pun demi duit
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:39 AM | Show all posts
innalillah.. kesian mak nya.. hadapi semua ni...

mungkin dah mbara sangat kot hati sbb lama x bayar hutang.. daku faham perasaan kutip hutang ni.. sakit hati nengok si penghutang tu.. nasib la daku bertahan xde smpi mbunuh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:39 AM | Show all posts
anak bila dh mintak sgt dapatla..tu lah siang malam keluar berkawan tak igt balik mendapatla. kesian si emak yg terpaksa melihat anak mati dulu. dibiar salah dimarah salah anak ni kadang.

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:40 AM | Show all posts
wahh
mcm dlm drama sangat


takziah ye



Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:40 AM | Show all posts
anak dia askar ke?
hutang ni jangan dibuat main..
ramai je dah hutang liat nak bayar..
yang bagi pinjam pulak jadi bangsat nak minta duit sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:41 AM | Show all posts
ada kawan lama iols kes bunuh 302..selamat dh hepi life skrg. kes bunuh tanpa niat duk dalam 4-5 tahun tk silap. tapi muka memang ganas..kalau bunuh pon org pecaya. tapi dia ada alibi yg buat dia tak kena life sentence.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:50 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 2-7-2020 09:11 AM
Tu wartawan dok ulang dari smlm kata tak jumpa alat yg digunakn utk pkl simati....jadi dorang pkl  ...



betul. boleh jatuh hukum membunuh tanpa niat.

dari segi teknikal, forensic akan nyatakan sebab kematian bukan sebab pukulan, tetapi asma atau sebab lain.

tetapi tetap sedih sebagai seorang ibu hilang anak depan mata dan kenal pulak suspek2 tu.

namun, waris tetap kena bantu langsaikan hutang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:53 AM | Show all posts
aduh manusia...patutlah thanos nak petik jari
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:57 AM | Show all posts
Akuan Nazak
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Hutang pya pasal klu ikut amarah mmg mcm ni la...Klu la aku blh belasah makcik tua yg pinjam duit aku kan best jgk...pinjam rm500 ms laki masuk wad kena gout.....lps tu aku minta sambil kias2 dia ckp xde duit...lakinya plk dh dihntr duk ngan anak tiri..dia xde anak ngan laki ni..Sblm aku sampai dr jauh aku nmpak rt gajah bsr dkt tgn...masa bbual pun bbekas lg lekuk pakai gelang tu...klu tak sebab org tua,nk je aku tolak sampai jatuh tersembam...bila aku ngadu dkt suami dia ckp sape suh bg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list