CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6451|Reply: 64

[Dunia] Penduduk Arab Saudi terpaksa lupakan zaman mewah. VAT naik tiga kali ganda.

[Copy link]
Post time 2-7-2020 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk Arab Saudi terpaksa lupakan zaman mewah
TERJEMAHAN SINAR HARIAN | | 2 Julai 2020


Orang ramai berjalan ketika membeli-belah di sebuah kedai di Riyadh baru-baru ini. - Foto AFP


PENDUDUK Arab Saudi berdepan dengan kenaikan tiga kali ganda dalam cukai nilai tambah (VAT) pada Rabu lalu, langkah penjimatan yang tidak popular selepas dua kejutan berlaku iaitu pandemik koronaviris (Covid-19) dan penurunan harga minyak.

Ia sekali gus mencetuskan kemerosotan ekonomi negara itu buat pertama kali dalam tempoh berdekad-dekad lamanya.

Para peruncit di negara itu melaporkan peningkatan kecil dalam jualan pada minggu ini dalam pelbagai barangan daripada emas dan elektronik kepada kereta serta bahan-bahan pembinaan ketika pekedai berusaha untuk menambah stok sebelum cukai VAT naik daripada lima peratus kepada 15 peratus mulai 1 Julai.

Kenaikan itu mampu mencetuskan kemarahan orang awam dan membebankan pendapatan isi rumah, meningkatkan inflasi dan mengecewakan perbelanjaan pengguna ketika negara tersebut keluar daripada perintah berkurung selama tiga bulan.

"Di mana-mana sahaja, potong, potong, potong (subsidi)," kata seorang guru Arab Saudi di Riyadh kepada agensi berita AFP yang mengeluh tentang kehilangan subsidi ketika pendapatan masih lagi tidak naik.

"Pendingin udara, televisyen barang-barang elektrik," tambahnya yang bercakap dengan lancar tentang senarai barang yang dibelinya pada minggu lalu sebelun cukai VAT dinaikkan.


Penduduk Arab Saudi membeli-belah di sebuah kedai emas di Riyadh sebelum cukai VAT dilaksanakan pada Rabu lalu. - Foto AFP

"Saya tidak boleh membeli barang-barang itu bermula daripada hari Rabu," ujarnya.

Berikutan kekayaan minyak yang banyak dan membiayai ekonomi terbesar dunia Arab itu, negara beraja tersebut mempunyai masa berdekad-dekad lamanya untuk mendanai perbelanjaan besarnya tanpa sebarang cukai dikenakan.

Hanya pada tahun 2018, Arab Saudi memperkenalkan VAT sebagai sebahagian daripada usaha untuk tidak bergantung kepada pendapatan menerusi minyak.

Dalam usaha untuk meningkatkan kewangan kerajaan yang menghadapi penurunan harga minyak dan krisis Covid-19, ia mengumumkan pada bulan Mei lalu bahawa cukai VAT akan dinaikkan tiga kali ganda dan menghentikan elaun sara hidup bulanan kepada penduduknya.

Langkah itu menggambarkan bagaimana Arab Saudi yang pernah bermewah dalam perbelanjaan kini hanya menjadi satu perkara sudah berlalu dengan terhakisnya sistem kebajikan sekali gus meninggalkan kebanyakan generasi muda untuk berdepan dengan pengurangan pendapatan serta penurunan gaya hidup.

Keadaan itu mencetuskan bebanan terhadap kontrak sosial yang sudah berusia berdekad-dekad lamanya yang mana penduduk diberikan subsidi sebagai pertukaran kepada kesetiaan terhadap sistem monarki diraja.

Peningkatan kos hidup mungkin menyebabkan ramai penduduk bertanya kenapa dana kerajaan yang mewah digunakan untuk projek-projek bernilai berjuta-juta bilion dan membeli aset luar negara termasuk rancangan untuk membeli kelab bola sepak Inggeris, Newcastle United.

Pusat-pusat beli-belah di negara beraja itu telah menerima kehadiran ramai pengguna sejak beberapa hari lalu ketika para peruncit menawarkan jualan sebelum VAT dan diskaun sebelum kenaikan harga tersebut.

Sebuah kedai emas di Riyadh mendapati terdapat peningkatan sebanyak 70 peratus jualan sejak beberapa minggu lalu manakala sebuah pusat penjualan kereta pula melihat kenaikan jualan sebanyak 15 peratus.

Sejurus selepas kenaikan VAT itu dikuatkuasakan, diramalkan apa sahaja perniagaan akan mencatatkan jualan mengecewakan daripada kereta kepada barang-barang komestik serta peralatan perumahan.

Firma Capital Economics meramalkan, inflasi akan meningkat sebanyak enam peratus daripada setahun ke setahun iaitu daripada 1.1 peratus pada bulan Mei hasil pelaksanaan VAT.

"Kerajaan manamatkan perintah berkurung (pada bulan Jun) dan terdapat tanda-tanda bahawa kegiatan ekonomi sudah mula pulih," kata laporan Capital Economics.

"Bagaimanapun, kami menjangkakan pemulihan akan bergerak perlahan ketika langkah-langkah penjimatan mencengkam," tambah laporan tersebut.

Sebelum ini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) memperkenalkan VAT pada tahun yang sama dengan Arab Saudi tetapi tidak pernah menaikannya melebihi lima peratus.

"Arab Saudi mengambil risiko besar dengan dasar-dasar fisiklanya yang kontrakdisi," kata Ketua Eksekutif Teimur Tengah Nomura Asset Management, Tarek Fadlallah.

Namun, negara beraja itu tidak mempunyai pilihan lain kerana harga minyak yang menurun.


Arab Saudi menaikkan cukai VAT tiga kali ganda kepada 15 peratus bermula Rabu lalu. - Foto AFP

Kewangannya telah menerima tamparan hebat apabila pihak berkuasa menurunkan bilangan jemaah haji daripada 2.5 juta pada tahun lalu kepada tidak sampai 10,000 umat Islam yang sudah pun menetap di negara tersebut selain menggantung ibadat umrah kerana pandemik Covid-19.

Kedua-dua ibadat itu membawa pulangan pendapatan AS$12 bilion (RM51.44 bilion) pada setiap tahun.

Tabung Kewangan Antarabangsa memberi amaran kepada negara beraja itu bahawa Keluaran Dalam Negara Kasarnya akan menyusut 6.8 peratus pada tahun ini.

Ia merupakan penurunan terburuk sejak krisis minyak pada tahun 1980an.

Langkah berjimat-cermat itu akan membantu meningkatkan tabung negara AS$26.6 bilion (RM114.02 bilion), menurut media kerajaan.

Bagaimanapun, ia tidak dapat menampung defisit bajet Arab Saudi yang besar.

Kumpulan pelaburan Saudi Jadwa Investment meramalkan kekurangan itu akan mencatat peningkatan rekod AS$112 bilion (RM480.09 bilion) pada tahun ini. - AFP


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... lupakan-zaman-mewah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak cash ke x? Pesal aku rsa kerabat dia ada byk duit lgik..


Kesian rakyat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2020 12:50 PM | Show all posts
Esmiria replied at 2-7-2020 12:40 PM
Nak cash ke x? Pesal aku rsa kerabat dia ada byk duit lgik..

Cash kan pegawai immigresen yang sembang kat hp sedang kita berdiri bodoh queue panjang nak masuk negara dorang diawal pagi sebelum subuh


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada lobai cakap cukai tu HAROMMM. Tiada cukai dalam Islam, yg ada hanyalah zakat. Takbirrrr
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 01:48 PM | Show all posts
Semestinyalah dah pendapatan dari Haji dah Umrah berkurang tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknyaaa ..3 kali ganda!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2020 01:58 PM | Show all posts
masa kaya eksyen sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 2-7-2020 12:57 PM
Dulu ada lobai cakap cukai tu HAROMMM. Tiada cukai dalam Islam, yg ada hanyalah zakat. Takbirrrr

Yup mmg cukai tu haram dlm islam. Tp dah dinormalizekan. Ada dlm subjek agama tingakatan 4 klau xsilap i.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 02:01 PM | Show all posts
suruh khalid calsberg duduk sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2020 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 2-7-2020 01:59 PM
Yup mmg cukai tu haram dlm islam. Tp dah dinormalizekan. Ada dlm subjek agama tingakatan 4 klau xs ...

Di'normalize'kan tapi masih haram gitu...?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ereb yang I kenal tax tinggi pun mereka ada kuasa membeli ... Saudi government tahu rakyat mereka mampu ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 2-7-2020 02:14 PM
Di'normalize'kan tapi masih haram gitu...?

Ye. Sama jgk mcm pakai  tudung tp bju ketat, perempuan free hair. Hari2 nmpkk normal kanm?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 2-7-2020 01:59 PM
Yup mmg cukai tu haram dlm islam. Tp dah dinormalizekan. Ada dlm subjek agama tingakatan 4 klau xs ...

Wow. Di saudi arabia gituh. Sia2 je koran dlm bhs ereb ujong2 org ereb buat bodoh jah tentang larangan mengutup cukai gituhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 2-7-2020 03:03 PM
Wow. Di saudi arabia gituh. Sia2 je koran dlm bhs ereb ujong2 org ereb buat bodoh jah tentang lara ...

Org arab bukan alim pon uols. Perangai pon mcm hanjeng. Kurang ajar. Sbb tu nabi2 turun dlm kalangan diaorang. Kalangan bani israel. Sbb degil
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka bangsa ganas ni..kaya tp bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 05:08 PM | Show all posts
Eloklah tu, manjang berlagak je keje nya.. Datang negara orang, pandang rendah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 05:09 PM | Show all posts
anony-mous replied at 2-7-2020 04:15 PM
Org arab bukan alim pon uols. Perangai pon mcm hanjeng. Kurang ajar. Sbb tu nabi2 turun dlm kalang ...

Dorang lagi teruk, alim apa nya.. Datang Langkawi two piece terus dengan seluar pendek
Yang lelaki cabut serban
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 2-7-2020 05:09 PM
Dorang lagi teruk, alim apa nya.. Datang Langkawi two piece terus dengan seluar pendek
Yang lelak ...

Mmg pon uols. Dulu2 org kita xperasan.then skrg ramai dah share perangai hauk org arab ni. Paling kesian yg keje hospitality kena lyn diaorang. Mmg kurang ajar. Islam atas nama jah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2020 06:52 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 2-7-2020 05:09 PM
Dorang lagi teruk, alim apa nya.. Datang Langkawi two piece terus dengan seluar pendek
Yang lelak ...

sebab mereka lebih faham pakaian dorang direka sesuai untuk budaya negara dorang. kalau datang malaysia yang lembab kepam tak perlu lah desert costume tu.

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 2-7-2020 06:52 PM
sebab mereka lebih faham pakaian dorang direka sesuai untuk budaya negara dorang. kalau datang mal ...

tapi org2 kita anggap pakaian mereka adalah pakaian berciri agama sedangkan ianya pakaian budaya mereka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.355511 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list