CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1509|Reply: 8

[Politik] Rupanya PN TAK SAH lagi! Perikatan Nasional perlu daftar segera – MPM. Patut tak

[Copy link]
Post time 2-7-2020 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Perikatan Nasional perlu daftar segera – MPM
By Nizam Zain - 2 July 2020



KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) perlu didaftarkan secara rasmi sebagai gabungan parti-parti yang membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung MPM, Datuk Hasan Mad menegaskan, gagasan itu sewajarnya diteruskan bukan hanya selepas tumbangnya Pakatan Harapan (PH) bahkan demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

“Kita mahu gagasan PN ini diteruskan bukan setakat PRU-15, sebaliknya ia menjadi parti masa depan kerajaan yang lebih stabil bagi menjamin kemakmuran negara dan rakyat.

“Kita menyokong hasrat itu (daftarkan PN), lepas ini ada dua blok sahaja iaitu satu blok pemerintah dan satu lagi blok pembangkang.

“Kalau blok pemerintah ini bergabung dan gabungan ini mewujudkan kestabilan, kami amat menyokong usaha itu,” katanya pada sidang media di Wisma MPM hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua ketua parti yang mendukung Kerajaan PN yang diadakan di Putrajaya semalam.

Dalam pertemuan itu, semua pemimpin menzahirkan sokongan kepada Muhyiddin serta bermuafakat memperkukuhkan persefahaman, kerjasama kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Pemimpin yang hadir termasuk Muhyiddin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu); Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam pada itu, MPM menyambut baik hasrat Muhyiddin untuk melihat Bersatu menyertai Muafakat Nasional (MN) secara rasmi bagi membolehkan ia terus menerajui PN termasuk pembentukan kerajaan selepas PRU-15.

“MPM menyambut baik hasrat para pemimpin parti-parti itu. Diharapkan dengan formaliti kerajaan yang terbentuk sejak Mac lalu akan semakin stabil.

“MPM amat bimbang, sejak PRU-14 pada 9 Mei 2018 hingga kini, Malaysia di antara negara paling kuat berpolitik di dunia.

“la amat membimbangkan kerana senario itu cetus ketidakstabilan dalam banyak aspek kehidupan. Keadaan ini telah menakutkan para pelabur untuk melabur di negara ini,” katanya lagi.

MPM juga tidak menolak kemungkinan gagasan PN bakal menjadi pengganti kepada Barisan Nasional (BN) sebagai parti dominan di negara ini yang tewas kepada Pakatan Harapan pada PRU-14 lalu.

“Kalau ikutkan mereka mahu pergi lebih jauh, kita boleh mengandaikan PN ini sebagai pengganti kepada BN yang tewas kepada PH dan kini naik pula PN.

“Hasrat pemimpin utama PN sekarang mahu melihat gagasan ini untuk jangka masa panjang,” katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2020 05:59 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 2-7-2020 10:01 AM

Perikatan Nasional
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Perikatan Nasional (Bahasa Inggeris: National Alliance; singkatan: PN) ialah gabungan parti politik konservatif tidak rasmi di Malaysia yang dibentuk pada 23 Februari 2020, bertujuan untuk membentuk sebuah kerajaan semasa krisis politik Malaysia 2020 dan bermajoriti mudah 2 kerusi sahaja. Kini gabungan parti politik tidak rasmi PN mempunyai 114 Ahli Parlimen dengan BN mempunyai 43 kerusi (UMNO 39, MCA 2, MIC 1,PBRS 1), BERSATU 32 kerusi, PAS dan GPS masing-masing miliki 18 kerusi dan 2 parti berasaskan sabah iaitu (1 PBS, 1 SOLIDARITI) serta disokong oleh seorang Ahli Parlimen Bebas iaitu Ahli Parlimen Lubok Antu (bekas PKR). Di persidangan dewan rakyat pada 18 Mei 2020, Ahli Parlimen Parti Sarawak Bersatu disalahletakkan ke blok kerajaan, namun beliau mengesahkan bahawa beliau menyokong blok pembangkang. Pada 4 Jun 2020, Ahli Parlimen Sri Gading dari parti BERSATU meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya namun beliau mengesahkan beliau masih menyokong Perikatan Nasional. Kerajaan PN merupakan kerajaan bermajoriti paling tipis sekali dalam sejarah Malaysia (114 kerusi) dengan blok PH memiliki (107 kerusi) dan 2 Ahli Parlimen Parti Sarawak Bersatu.



Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 07:04 PM | Show all posts
oklah daripada PH tukar nama PH plus lepas tu singkirkan calon PM anwar sokong tun. last2 krisis identiti sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Perikatan Haram sbb belum daftar
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasmi ke x rasmi ke PN di bawah muhyiddin adalah kerajaan yg disenangi majoriti rakyat. ..yg kononnya rasmi pula failed jadi pemerintah. ..pi mamp
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Memanglah..kalau pru pun.. sure ph kalah teruk... booooooo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2020 08:24 PM | Show all posts
Oh ... I see

Ni dia logo PN


Masa aku makan nasi kandak kat Jalan TAR , nampak logo yang sama


Hmmmm ....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 08:26 PM | Show all posts
panas nampak bila tengok melayu bersatu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakatan harapan pun belum daftar masa bentuk kerajaan pada pru14..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.337565 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list