CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1980|Reply: 12

[Dunia] Ujian swab negatif, kubur sepuluh jenazah digali semula

[Copy link]
Post time 2-7-2020 08:44 PM | Show all posts |Read mode
Kubur 'pesakit' COVID-19 digali semula selepas ujian swab negatif
Agensi | Diterjemahkan oleh: Umavathi Ramayah
Diterbitkan pada Julai 02, 2020 19:31 +08

BANDUNG : Sepuluh jenazah yang dikebumikan mengikut prosedur seperti mana-mana pesakit yang dijangkiti COVID-19 digali semula selepas keputusan ujian saringan mendapati mereka negatif daripada jangkitan itu.

Detik News melaporkan, mereka adalah antara 70 jenazah yang dipercayai positif COVID-19 dikebumikan di kawasan itu.
Mengikut amalan berkenaan, mayat dan keranda akan dibalut menggunakan plastik, manakala pekerja pengebumian perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan, topeng muka dan baju khas.

Sekretari Dinas Tata Ruang (Distaru) Bandung, Agus Hidayat berkata, kerajaan bersetuju untuk memindahkan kubur-kubur berkenaan ke Subang dan Sumedan, Indonesia atas permintaan ahli keluarga mereka selepas ujian swab mendapati mereka negatif COVID-19.
Beliau juga mendedahkan ada di antara kubur yang digali semula oleh ahli keluarga selepas keputusan ujian keluar.

"Selagi ujian mengesahkan mereka negatif (COVID-19), kita benarkan," katanya di sini hari ini.

Jelas Agus, ketika jenazah itu dikebumikan keputusan ujian swab belum keluar dan kerajaan terpaksa mengebumikan jenazah itu seperti pesakit COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau memberitahu, kesemua pesakit COVID-19 yang meninggal dunia di Bandung dikebumikan di tanah perkuburan Cikadut di Bandung.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bak kata kurex..leluhur.. pinjm kta jap je
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
La.. Kalau x korek tak boleh ka? Kesian kat jenazah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 2-7-2020 09:06 PM
La.. Kalau x korek tak boleh ka? Kesian kat jenazah.

Mungkin waris2 nak dikebumikan secara sempurna. Tapi kalau dah lama seksa gak tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 2-7-2020 10:01 PM
Mungkin waris2 nak dikebumikan secara sempurna. Tapi kalau dah lama seksa gak tu

Kan.. Mesti berbau busuk.. Pernah baca baru mayat manusia sangat busuk.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti bodybag penuh sup mayat reput. Selamat mandi antiseptik indon2 sekalian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2020 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Laa dah selamat tu selamatlah, nak jugak depa gali balik. Xde yg pelik pun sedangkan jenazah masih kat hospital, dlm ambulans pun depa boleh 'curi' sebab nak kebumikan cara mcm biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah selamat kebumi tu sudahlah. Sama juga nak kena tanam dalam tanah. Ntah pape jelah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
kuzaime replied at 2-7-2020 11:50 PM
Laa dah selamat tu selamatlah, nak jugak depa gali balik. Xde yg pelik pun sedangkan jenazah masih k ...

Dorg nk cium blk mayat dh berulat tu.. Org msia apa tau?

#normabarutanamjenazah. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 02:12 AM | Show all posts
ptt tak payah lah korek balik.alahai
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 03:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau permintaan keluarga,terpulang la....jgn japgi ko muntah ijau sudah mase nk kebumikan lg skali....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 04:07 AM | Show all posts
ya rabb...ni ape punya keje , gali balik ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya pd jenazah..ditanam, digali kembali semata2 tuk ikut tuntutan ahli keluarga..yes mmg meraka berhak, tp xkesian ke pd jenazah..dh elok2 serba sempurna dh dimandikan...solat jenazah, dikebumikan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.073935 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list