CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11393|Reply: 142

[Tempatan] NUTP, CUEPACS gesa KPM semak semula cuti Raya Haji. Nak balik kampung la #update

  [Copy link]
Post time 2-7-2020 11:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 7-7-2020 09:26 AM

NUTP mohon Kementerian Pendidikan timbang semula cuti Aidiladha
Bernama
Diterbitkan Hari ini 8:30 pm

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) memohon Kementerian Pendidikan menimbang semula cuti bersempena Aidiladha bagi memberi peluang kepada orang ramai menyambutnya di kampung.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock, berkata hal itu kerana perayaan berkenaan jatuh pada minggu persekolahan berikutan perubahan Takwim Persekolahan 2020.

Justeru NUTP mencadangkan agar guru-guru diberi peruntukan cuti khas oleh Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin pada 30 Julai, dan cuti pelepasan oleh Pejabat Pendaftar Negeri pada 29 Julai dan 3 Ogos ini.

Menurut kesatuan tersebut perkara itu akan memberi peluang orang ramai menyambutnya bersama sanak-saudara di kampung halaman.

“Orang ramai juga sebelum ini tidak berpeluang menyambut Aidilfitri di kampung semasa PKP (perintah kawalan pergerakan) dan mereka sudah merancang untuk pulang bagi menyambut Aidiladha yang jatuh semasa cuti penggal persekolahan berdasarkan takwim penggal persekolahan sebelum ini.

“Selain itu, perayaan hari raya bukan sahaja disambut oleh kaum Melayu malah turut diraikan oleh semua kaum di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Raya puasa hari tu ramai yg x beraya dgn keluarga.. Jadi aku rasa.. Tak salah kot raya haji ni special sikit. Apa pun aku x sabar tunggu raya haji.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2020 12:10 AM | Show all posts
sarah82 replied at 3-7-2020 12:08 AM
Raya puasa hari tu ramai yg x beraya dgn keluarga.. Jadi aku rasa.. Tak salah kot raya haji ni speci ...

cuti ko nanti aku mintak atok luluskan
jadi sepanjang ko balik kampung
atok-atok semua kena mengesot sendiri ke tandas, bilik mandi etc


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 12:11 AM | Show all posts
dah cakap dah
istiharkan je la 2020 ni tahun cuti
mcm da tahun lompat
unprecedented kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pun tak balik kampung raya puasa. time blh merentas negeri sekolah dh start panggil duduk di stesen memasing..start pkpp mac sampai jun buat online class kat umah. still org cakap cikgu makan gaji buta & cuti lama hihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 3-7-2020 12:10 AM
cuti ko nanti aku mintak atok luluskan
jadi sepanjang ko balik kampung
atok-atok semua kena meng ...

Aku cancel cuti bro. Hahahahaa.. Ada kenduri terkejut.. Jadi aku nak test skill masak lauk kenduri utk 250 pax.. Wakakakaak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2020 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke raya haji raya macam tak raya je.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpela... xcuti pun xpe..xraya pun xpe...

Aku pun letih dah org ungkit2 cikgu cuti lama... gaji jalan.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kementerian pendidikan perlu bagi option utk guru2 memilih samada utk terus bekerja atau berhenti secara sukarela akibat covid19 ni.

Guru ibarat lilin yg membakar diri tu dah tak sesuai dah digunakan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak dpt cuti,memang tak boleh raya ke dorang ni?aneh2 je perangai masing2
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
org melayu semua cuti dia nak balik kg.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
ROS tak nak haramkan ke persatuan hamjad ni. Tahunya meminta je......... memberi tak de
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang kuatla geng2 ni. Aku yg kerja sejak hari pertama pkp (18mac) pun xkomplen sebanyak diorang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2020 07:23 AM | Show all posts
habis la nanti Facebook KPM kena kecam kalau tak adjust cuti Raya Haji.
tinggal lagi 28 hari lagi ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 3-7-2020 07:15 AM
ROS tak nak haramkan ke persatuan hamjad ni. Tahunya meminta je......... memberi tak de

Ade memberi. Tapi senyap senyap. Ke tak pernah? Haha tak pernah i dengar kengkawan i yang menghadapi musibah, ahli NUTP, dapat sumbangan/bantuan dari nutp. Tapi tiap bulan diorang potong. U know walau pun seploh hengget sebulan pun tapi selama u bekerja belas or puluh tahun ..tak ke banyak jadinya. Ada la kot bantuan yang kita tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai cecikgu yang dah balik kampung hari tu, okay lah raya haji rumah sendiri aja dengan family. Cuma elok kalau cuti hujung tahun panjang sikit..lama sikit weol dapat duduk kampung dengan budak budak sebab spouse ada op biasanya. Kalau 2 minggu cuti dengan tiket mahal rasa ralat juga la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak mula pkp sampai hari ni aku langsung x balik kg...tapi seminggu 3-4 kali bercalling2 dengan mak abah. ...nasib baik dema jenis tahu ttg covid ni.....raya haji pun x rasa nk balik
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku x tahu bila dan x tgk kalender bila tarikh hari raya haji. Aku ade book hotel kat melaka utk 4 mlm. Tadi aku tgk, tarikh tu hari raya haji. Beraya di melaka lah tahun ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Naik lemak wehh cikgu2 ni, ni sekolah tak bukak lagi until 15 julai ko pi la balik kg puas2 mkn gaji buta..sila letak jawatan kalau rasa nak beraya sepanjang tahun. At least time pkp ni kita nampak tak perlu guru ramai2 pun, buat online class je
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 07:52 AM | Show all posts
semak semula ok... hari tu yg teperangkap kat kg kira naseb.. yg duk kat kaw bandar yg xleh merentas negeri bagai maut nak balik kg..

pindaaa balikkk cutiii..............nak cutiii balik kg bhaiiii....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.089935 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list