CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1982|Reply: 18

[Tempatan] SOP sekolah asrama. Ruang atas katil bertingkat tidak dibenar guna. Pelajar ulan

[Copy link]
Post time 3-7-2020 12:43 AM | Show all posts |Read mode
Risiko titisan jika guna ruang atas katil bertingkat
Oleh Luqman Arif Abdul Karim



KUALA LUMPUR: Ruang atas katil dua tingkat di asrama tidak digunakan selepas persekolahan dibuka bagi mengelak risiko penularan jangkitan menerusi titisan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim, berkata[b] risiko penyebaran penyakit itu di dalam bilik itu menjadi halangan untuk menerima semula pelajar pada kapasiti penuh.

Selain itu, beliau berkata, kaedah penggiliran pelajar untuk kembali ke asrama mengikut sela masa dua minggu bagi setiap kumpulan mustahil dilaksanakan.

"Bukan semua pelajar yang menetap di asrama tinggal di kawasan berhampiran. Sebaliknya, sesetengah mungkin berada di negeri berbeza.

"Sudah tentu menyukarkan aspek penghantaran dan pengambilan semula pelajar sekiranya mereka perlu berulang-alik dari asrama ke rumah masing-masing," katanya, malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diundang pada bual bicara dalam talian.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Buka. Tapi untuk next batch.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti ada citer hantu asrama time covid-19..hantu melompat2 atas katil yg bahagian atas
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduih... mmg susah la kalau bergilir.... xboleh aku nak bayangkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
yg mana. dok dekat.. pengetua suruh ulang dari rumah. yg lain daerah/negeri boleh masuk asrama. raya mesti dijemput..
koser warden nak beraya kat skolah.
dulu pun parents mengeluh2 penat selang dua mggu amik anak. tak suka kalu.. tk payah duduk asrama. sbb subsidi mknan di dewan asrama sudah ditetapkn
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 02:14 AM | Show all posts
Rasanya negeri2 lain dah tak perlu SOP dah kot.. kecuali start dari selangor terus ke pantai barat dan  Borneo.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2020 07:37 AM | Show all posts
SOP mengarut

baik tutup jer sekolah tu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 07:46 AM | Show all posts
Motif nk bergilir dua minggu ?? Ingat yg duduk asrama tu semua duduk dekat2? Takziah sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 07:54 AM | Show all posts
zehra2 replied at 3-7-2020 01:51 AM
yg mana. dok dekat.. pengetua suruh ulang dari rumah. yg lain daerah/negeri boleh masuk asrama. raya ...

Kenapa mesti ada ayat tak suka jangan duk asrama tu.. awak tahu ke kos nak ulang alik 2 minggu sekali tu membebankan kalau orang tu bukan orang have2? B40 yang ramai anak ... nak ulang alik tu pun minyak lagi.. nak beli barang mkan anak tu lagi.. nak bagi duit poket... sebulan sekali ok lagi... ni pun rasanya kalau nak ulang alik.. macam pelik... kena asrama jauh... kadang beza negeri...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 07:56 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 3-7-2020 07:46 AM
Motif nk bergilir dua minggu ?? Ingat yg duduk asrama tu semua duduk dekat2? Takziah sis

Kan? budak yang rumah dekat boleh la... yang jauh?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Serupa x payah buka sekolah. Imo, budak2 asrama ni once dh balik asrama patutnya x dibenarkan balik/keluar kawasan asrama/ bercampur dgan student yg tak stay asrama. Mereput la dlm asrama tu smpi negara dijamin bebas covid.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:06 AM | Show all posts
pening aku mcm ni...kan elok kalau trus bukak je taun depan..isk
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:09 AM | Show all posts
Orix replied at 3-7-2020 08:01 AM
Serupa x payah buka sekolah. Imo, budak2 asrama ni once dh balik asrama patutnya x dibenarkan balik/ ...

Itu lah sis. Patutnya bila dh duduk asrama tu, kurung jah situ smpai habis, kiranya kuaranti jua lah xboleh keluar mana2, xboleh outing xboleh fly semua. Ni apa kes nak bagi keluar masuk setiap 2minggu? Serupa xperlu sekolah gitu. Sampah!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:28 AM | Show all posts
madness
coronaphobia

yang lain tu suruh la tido dlm dewan atau buat khemah kat padang
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 3-7-2020 08:09 AM
Itu lah sis. Patutnya bila dh duduk asrama tu, kurung jah situ smpai habis, kiranya kuaranti jua l ...

Ye betul. Treat like diorg kena kuarantin kt asrama once diorg dh mula persekolahan berasrama. Cuma jgan campur dgan student yg x stay asrama knowing ad sekolah yg sebahagian student nya stay asrama, sebahagian lg mmg stay rumah. Bila buat dibenarkan ulang alik bagai ni mcm lagi berisiko utk dpt jangkitan n spread the virus
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:38 AM | Show all posts
Kasihan kepada pelajar yang tempat tinggalmya jauh daripada sekolah, kena ada alternatif lain bagi memastikan SOP dapat dijalankan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 08:56 AM | Show all posts
buatlaa apapun asalkan ada progress..slowly perbaiki defects here and there no big deal. corona tak body corona life goes on. teach them to fight, to be strong & don't hide under ketiyak
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga urusan smu yg terlibat dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:44 AM | Show all posts
hazabnya.. susah nak follow 100% SOP..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.108661 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list