CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8977|Reply: 87

[Tempatan] 15 keburukan zina untuk dijadikan iktibar

   Close [Copy link]
Post time 3-7-2020 08:58 AM | Show all posts |Read mode
ISLAM sudah meletakkan garis jelas berhubung perbuatan halal haram daripada segenap aspek termasuk melakukan persetubuhan. Lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang tidak halal baginya iaitu yang belum dinikahinya adalah satu perbuatan zina dan berdosa besar.

Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kaba'ir menjelaskan tentang 15 keburukan zina kepada pelakunya dan seharusnya kita mengambil iktibar dalam perkara ini.

1. Orang yang melakukan zina yang belum pernah berkahwin disebat 100 kali sebatan sedangkan bagi yang sudah berkahwin, direjam sehingga mati.

2. Bagi mereka yang terlepas daripada hukuman dunia dan tidak bertaubat, penzina digantung dengan kemaluan mereka di dalam neraka sambil dipukul kemaluan mereka dengan cemeti daripada besi sambil dicemuh oleh Malaikat Zabaniyyah.

3. Dicabut iman daripada hatinya ketika berzina seperti pakaian yang dicabut daripada tubuh.

4. Allah SWT tidak akan berkata-kata dengan orang tua yang berzina pada hari kiamat, tidak mahu melihatnya dan tidak menyucikannya daripada dosa dan baginya azab yang pedih.

5. Dosa paling besar selepas syirik kepada Allah SWT dan membunuh nyawa tanpa alasan yang hak.

6. Dijadikan bekas seperti ketuhar dalam negara bagi penzina yang sempit bahagian dasarnya dan luar bahagian bawahnya, setiap kali disambar api mereka akan menjerit kerana panas yang melampau.

7. Kemaluan mereka akan berbau sangat busuk sehingga menyeksa penghuni neraka.

8. Iblis berbangga dengan tenteranya yang berjaya menarik manusia melakukan zina hingga menganugerahkan mahkota istimewa kepada mereka.

9. Mendapat tiga keburukan di dunia, dihilangkan seri wajahnya, dipendekkan umurnya dan berkekalan dalam kefakiran.

10. Memperoleh tiga keburukan akhirat iaitu kemurkaan Allah, perhitungan amal buruk dan azab neraka.

11. Dijadikan sebatang sungai dalam neraka yang mengalirkan nanah dan muntah daripada kemaluan orang berzina yang menjadi minuman peminum arak.

12. Dijadikan bagi mereka sebuah lembah di dalam neraka yang di dalamnya ada ular dan kala jengking sebesar baghal yang memiliki 70 duri yang berbisa menyengat penzina selama 1,000 tahun hingga terlerai dagingnya.

13. Dijadikan azab kubur baginya seperti azab separuh umat.

14. Diharamkan syurga buat orang yang berzina sedangkan dia tahu perbuatan itu dilarang.

15. Merosakkan nasab manusia dengan lahirnya anak di luar hubungan perkahwinan.

Allah SWT berfirman: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat..." (Surah al-Isra', ayat 32)

Isnin: Hukuman orang yang berzina di neraka

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 8:00 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang ke 15 tu berleluasa dah sekarang pung...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah jauhkan kami dari zina yg keji...lundungi kami dan kuatkan iman kami
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KIM.K at 3-7-2020 09:36 AM

Kalau aku cite org merembes without me doing anything diorg tak caya..kata mesti aku ada buat sesuatu. Hangpa sendiri lagi sosial dari aku pun boleh tuduh aku buat benda teklok

Lain kali hang jumpa aku sendirilah. Tengok rembes tak rembes. I dont even have to raise a finger. Trust me


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:39 AM | Show all posts
Alhamdulillah.. tq tt tazkirah di pagi Jemaat yang mulia..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:42 AM | Show all posts
tazkirah pagi..mohon kalian insaf ..syukurr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2020 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau capmelan tu zina juga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 3-7-2020 09:34 AM
Kalau aku cite org merembes without me doing anything diorg tak caya..kata mesti aku ada buat sesuat ...

Eh aku caya je
Stengah org xpayah menyeksi pun npk sexy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 10:03 AM | Show all posts
kalo ga tepuk tangan itu ga akan berbunyi..pelacur di msia ini boleh cari makan kerna permintaan dri laki malaysia..mgkin wanita malaysia ga pandai layan somi maka somi cri lain yang bisa bahagiakan mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
bermula 1julai ada pusat pelacuran berselindung di sebalik spa dan refleksologi dibenarkan beroperasi semula...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 10:04 AM | Show all posts
semoga kita semua serta keturunan kita dijauhi dosa syirik, zina arak dan semua2 dosa yg lain..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
No.15 tu keluarga sebelah laki Haku ada...n bapak mertua pun x amik port pun...laki Haku lg la x ngam Ngan family sana... Makcik2 da nasihat sbb kite da golongan subahat tp entahlah bapak mertua Haku sejenis lemb n syg anak berlebihan btl
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2020 10:36 AM | Show all posts
trisnalovezul replied at 3-7-2020 10:03 AM
kalo ga tepuk tangan itu ga akan berbunyi..pelacur di msia ini boleh cari makan kerna permintaan dri ...

kebanyakan pelacur di Malaysia adalah dari kaum Indon, Thai. Vietnam dan China....pelanggan pula adalah dari kaum pendatang spt bangla, nepal, indon dll...

lelaki malaysia tak selera dgn apam indon yg berbau ikan masin iya....sila tadah pada warga asing


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 11:02 AM | Show all posts
Kesian anak2 dari hasil zina, mesti diorang dipulaukan kan.. Padahal bukan salah diorang ...
Tapi alhamdulillah mak diorang tak buang anak2 tu dalam longkang, bagi anjing makan ...
Kesian fikir kan nasib2 anak2 macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 11:21 AM | Show all posts
hampir2,sibbaik la aku x terjerumus,
aku pikir x berbaloi dari segi dunia,belum ambil kira bab dosa dan akhirat lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya zaman skg budak2 sekolah rendah pun dah start....

Tolong la mak ayah.... perhatikan anak masing2.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 11:44 AM | Show all posts
apa root cause untuk perkara sebegini ya?kesedaran?agama?
nak kata agama, ada je yang beragama berzina
nak kata sebab lifestyle, ada je yang nampak noob berzina
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tagas at 3-7-2020 12:32 PM
trisnalovezul replied at 3-7-2020 10:03 AM
kalo ga tepuk tangan itu ga akan berbunyi..pelacur di msia ini boleh cari makan kerna permintaan dri ...


isteri2 tak reti layan suami tu suami

cari mkn luar yg lebih pandai menggoda memberi

servis n layanan tip top ada umphhhh


isteri pulak tak beri servis terbaik bila suami pemalas

tak bantu isteri tak bertanggungjwb lagi2 kalo nate

bewak idop taw nak main aje
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
trisnalovezul replied at 3-7-2020 10:03 AM
kalo ga tepuk tangan itu ga akan berbunyi..pelacur di msia ini boleh cari makan kerna permintaan dri ...

Eh...welkambek trisna. ..baru lagi aku terumpat hang sebab menjawab soalan kurex. ..sorry ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 3-7-2020 11:52 AM
Aku observe kat tinder selalu match dengan kelly. Asal like kelly or muka hauk je..bingo, its a ma ...

Hahaha
Aku yg mak budak pun masih kena kacau
Dah la xmekap, pakai tudung, baju longgar, still kena jg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.085512 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list