View: 5262|Reply: 35
|
[Jenayah]
Kes Zahid: Pengarah syarikat kata cek RM447k untuk bayar gangster
[Copy link]
|
|
Kes Zahid: Pengarah syarikat kata cek RM447k untuk bayar gangster
Diterbitkan Hari ini 5:24 pm
Seorang pengarah syarikat berkata sekeping cek syarikat berjumlah RM447,773.42 kepada akaun pemegang amanah firma guaman Lewis & Co, digunakan untuk membayar gangster yang mengganggu projek pembinaan sebuah jambatan di Klang Selangor.
Pengarah Cergas Murni Sdn Bhd, Paul Latimer memberi keterangan dalam perbicaraan membabitkan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi, berkata, cek Maybank bertarikh 29 Mac 2016 itu digunakan untuk membayar wang perlindungan kepada gangster berkenaan.
Bagaimanapun, saksi ke-73 perbicaraan kes pengubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah membabitkan Ahmad Zahid itu, tidak menjelaskan secara khusus gangster yang dimaksudkan.
Latimer, 79, berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Harris bertanya Latimer tentang perenggan kelapan keterangan saksi itu, yang menyatakan cek berjumlah RM447,773.42 diserahkan kepada pengurup wang Omar Ali untuk “menyelesaikan masalah” semasa projek membina Jambatan ke-3 Klang, Selangor, antara tahun 2014 dan 2017.
Cergas Murni terlibat dalam projek berkenaan.
“Masalah di tapak (pembinaan), kita buat jambatan Klang dan dihalang oleh gangster dan lain-lain. Pakai wang itu untuk selesaikan hal,” kata Latimer.
Saksi itu menjelaskan bahawa selepas perbincangan dengan rakan perniagaannya, mereka memutuskan untuk membuat bayaran berkenaan.
Sebelum itu, pada 16 Jun, dilaporkan bahawa saksi ke-60, Khatijah Sulaiman @ Suleiman, yang juga pengarah Cergas Murni, memberi keterangan bahawa jumlah RM447,773.42 itu merupakan sebahagian daripada tiga keping cek yang berjumlah RM1,011,520, diserahkan kepada Omar pada 2016.
Harris: Apa kaitan projek (pembinaan jambatan) dengan gangster?
Paul: Dalam bandar Klang, pada masa itu, banyak hal dengan gangster (di kawasan) sana. Mereka nak wang perlindungan.
Harris: (Wang) RM447,773.42, apa kaitan dengan ini? Bagaimana wang ini digunakan?
Paul: Guna untuk bayar gangsterlah.
Berdasarkan perenggan kesembilan keterangan Latimer berhubung bayaran RM447,773.42 itu, dia berkata rakan perniagaannya yang mencadangkan bahawa Omar Ali dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Bahagian lain keterangannya turut mengesahkan keterangan terdahulu oleh Khatijah bahawa pembayaran dibuat adalah sebanyak RM1 juta lebih.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Rosal Azimin Ahmad, Latimer menjelaskan hanya sebahagian daripada RM 1 juta itu dalam tiga cek digunakan untuk menyelesaikan masalah gangster berkenaan.
Latimer bersetuju dengan cadangan Rosal Azimin bahawa bahagian lain daripada jumlah berkenaan turut digunakan, antara lain, untuk perbelanjaan operasi perniagaan.
Saksi itu turut bersetuju dengan Rosal Azimin bahawa ketiga-tiga cek berkenaan tidak ada kena mengena dengan Ahmad Zahid, memandangkan saksi tidak kenal dengan tertuduh, dan tidak mempunyai apa-apa urusan dengannya.
Latimer turut bersetuju bahawa urusan membabitkan ketiga-tiga cek berkenaan tidak menyalahi undang-undang, dan bahawa Cergas Murni tidak terlibat dalam pengubahan wang haram.
Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah dan akan bersambung pada 14 Julai.
Ahmad Zahid berhadapan dengan 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah (CBT) melibatkan dana Yayasan Akalbudi, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Ahmad Zahid dituduh menerima cek berjumlah RM65 juta menerusi peguam dari Messrs Lewis & Co, dengan sebahagian besar daripada amaun itu kemudiannya digunakan untuk penempatan deposit tetap bawah nama firma tersebut.
Selain itu, dua unit banglo berjumlah RM5.9 juta didakwa dibeli tertuduh menggunakan duit tersebut.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SPRM serbu komtar pulau pinang hari ni, siasatan terowong scam guan eng you tam mo bukak thread kah |
|
|
|
|
|
|
|
dizekni replied at 3-7-2020 08:24 PM
SPRM serbu komtar pulau pinang hari ni, siasatan terowong scam guan eng you tam mo bukak thread kah
Kalo hang ada info, hang la bukak tered tu
Boleh aku tumpang kecam sama |
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen replied at 3-7-2020 08:51 PM
Kalo hang ada info, hang la bukak tered tu
Boleh aku tumpang kecam sama
Aku baca kat fb ds Najib ja
tunggu kawan2 lain la bukak
haha |
|
|
|
|
|
|
|
..seronoknyaaa dengo juta jutaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Kakak terkesima bila tahu, gangster lagik power dari Zahid Hamidi. Like, gangster kot? TPM Zahid Hamidi (masa tu) takleh lawan kew? Ka ada cerita di belakang cerita, 'ai garu blakang you, you garu blakang ai'? |
|
|
|
|
|
|
|
Biar btol ni? Samseng? Wang perlindungan? |
|
|
|
|
|
|
|
Ish ish ish ish... Hahahahaha. There you go.
Btw, firma tetuan Lewis + co ni tak kene tindakan amaltfupuaa jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
gangster pulak dah... mcm cerita mafia kat itali la pulok..
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 3-7-2020 11:02 PM
Kakak terkesima bila tahu, gangster lagik power dari Zahid Hamidi. Like, gangster kot? TPM Zahid Ham ...
Mungkin gangster gomen report to gangster non gomen..who knows |
|
|
|
|
|
|
|
Wow...siap ada sen...gangster pun ada bayar tax ke |
|
|
|
|
|
|
|
Tu sbb gengster ni hidup subur. Dibelakang dia bkn calang2 org. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 4-7-2020 09:56 AM
gangster kat klang?
mmg dah biasa dengar.kawan aku duk kat andalas klang...sana ramai gengster yg d ...
Masalah gagak la tu punca |
|
|
|
|
|
|
|
Gile.. wang perlindungan... kenapa tak report polis? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sam1528 at 4-7-2020 03:42 PM
Wooo hooo hooo
Wak Jahid jadik Menteri KDN 2013 - 2018
Dia jadik Timbalan Perdana Menteri 2015 - 2018
Pembayaran ongkos kat gengster dibuat pada 29 Mac 2016 (tarikh cek Maybank)
Hmm ... lets see : sorang TPM berpotfolio menteri KDN buat bayaran kat gengster ~ RM450k
Layak ke macam ni punya orang nak jadik pemimpin Malaysia?
Apa cerita ni?
@kemaruk
@salamon
@dizekni |
|
|
|
|
|
|
|
Minta Allah jauhkan malaysia dari manusia tamak haloba dan pecah amanah |
|
|
|
|
|
|
|
kau igt aku ni jahid hamidi kerrr?
|
|
|
|
|
|
|
|
Translation : kelu aku nak jawab
|
|
|
|
|
|
|
| |
|