CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5256|Reply: 35

[Jenayah] Kes Zahid: Pengarah syarikat kata cek RM447k untuk bayar gangster

 Close [Copy link]
Post time 3-7-2020 07:16 PM | Show all posts |Read mode
Kes Zahid: Pengarah syarikat kata cek RM447k untuk bayar gangster
Diterbitkan Hari ini 5:24 pm



Seorang pengarah syarikat berkata sekeping cek syarikat berjumlah RM447,773.42 kepada akaun pemegang amanah firma guaman Lewis & Co, digunakan untuk membayar gangster yang mengganggu projek pembinaan sebuah jambatan di Klang Selangor.

Pengarah Cergas Murni Sdn Bhd, Paul Latimer memberi keterangan dalam perbicaraan membabitkan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi, berkata, cek Maybank bertarikh 29 Mac 2016 itu digunakan untuk membayar wang perlindungan kepada gangster berkenaan.

Bagaimanapun, saksi ke-73 perbicaraan kes pengubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah membabitkan Ahmad Zahid itu, tidak menjelaskan secara khusus gangster yang dimaksudkan.

Latimer, 79, berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Harris bertanya Latimer tentang perenggan kelapan keterangan saksi itu, yang menyatakan cek berjumlah RM447,773.42 diserahkan kepada pengurup wang Omar Ali untuk “menyelesaikan masalah” semasa projek membina Jambatan ke-3 Klang, Selangor, antara tahun 2014 dan 2017.

Cergas Murni terlibat dalam projek berkenaan.

“Masalah di tapak (pembinaan), kita buat jambatan Klang dan dihalang oleh gangster dan lain-lain. Pakai wang itu untuk selesaikan hal,” kata Latimer.

Saksi itu menjelaskan bahawa selepas perbincangan dengan rakan perniagaannya, mereka memutuskan untuk membuat bayaran berkenaan.

Sebelum itu, pada 16 Jun, dilaporkan bahawa saksi ke-60, Khatijah Sulaiman @ Suleiman, yang juga pengarah Cergas Murni, memberi keterangan bahawa jumlah RM447,773.42 itu merupakan sebahagian daripada tiga keping cek yang berjumlah RM1,011,520, diserahkan kepada Omar pada 2016.

Harris: Apa kaitan projek (pembinaan jambatan) dengan gangster?

Paul: Dalam bandar Klang, pada masa itu, banyak hal dengan gangster (di kawasan) sana. Mereka nak wang perlindungan.

Harris: (Wang) RM447,773.42, apa kaitan dengan ini? Bagaimana wang ini digunakan?

Paul: Guna untuk bayar gangsterlah.

Berdasarkan perenggan kesembilan keterangan Latimer berhubung bayaran RM447,773.42 itu, dia berkata rakan perniagaannya yang mencadangkan bahawa Omar Ali dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Bahagian lain keterangannya turut mengesahkan keterangan terdahulu oleh Khatijah bahawa pembayaran dibuat adalah sebanyak RM1 juta lebih.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Rosal Azimin Ahmad, Latimer menjelaskan hanya sebahagian daripada RM 1 juta itu  dalam tiga cek digunakan untuk menyelesaikan masalah gangster berkenaan.

Latimer bersetuju dengan cadangan Rosal Azimin bahawa bahagian lain daripada jumlah berkenaan turut digunakan, antara lain, untuk perbelanjaan operasi perniagaan.

Saksi itu turut bersetuju dengan Rosal Azimin bahawa ketiga-tiga cek berkenaan tidak ada kena mengena dengan Ahmad Zahid, memandangkan saksi tidak kenal dengan tertuduh, dan tidak mempunyai apa-apa urusan dengannya.

Latimer turut bersetuju bahawa urusan membabitkan ketiga-tiga cek berkenaan tidak menyalahi undang-undang, dan bahawa Cergas Murni tidak terlibat dalam pengubahan wang haram.

Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah dan akan bersambung pada 14 Julai.

Ahmad Zahid berhadapan dengan 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah (CBT) melibatkan dana Yayasan Akalbudi, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Ahmad Zahid dituduh menerima cek berjumlah RM65 juta menerusi peguam dari Messrs Lewis & Co, dengan sebahagian besar daripada amaun itu kemudiannya digunakan untuk penempatan deposit tetap bawah nama firma tersebut.

Selain itu, dua unit banglo berjumlah RM5.9 juta didakwa dibeli tertuduh menggunakan duit tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
SPRM serbu komtar pulau pinang hari ni, siasatan terowong scam guan eng you tam mo bukak thread kah
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 3-7-2020 08:24 PM
SPRM serbu komtar pulau pinang hari ni, siasatan terowong scam guan eng you tam mo bukak thread kah

Kalo hang ada info, hang la bukak tered tu
Boleh aku tumpang kecam sama
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 3-7-2020 08:51 PM
Kalo hang ada info, hang la bukak tered tu
Boleh aku tumpang kecam sama

Aku baca kat fb ds Najib ja

tunggu kawan2 lain la bukak

haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
..seronoknyaaa  dengo juta jutaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakak terkesima bila tahu, gangster lagik power dari Zahid Hamidi. Like, gangster kot? TPM Zahid Hamidi (masa tu) takleh lawan kew? Ka ada cerita di belakang cerita, 'ai garu blakang you, you garu blakang ai'?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2020 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar btol ni? Samseng? Wang perlindungan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ish ish ish ish...   Hahahahaha. There you go.


Btw, firma tetuan Lewis + co ni tak kene tindakan amaltfupuaa jugak ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2020 09:34 AM | Show all posts
gangster pulak dah... mcm cerita mafia kat itali la pulok..



Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 3-7-2020 11:02 PM
Kakak terkesima bila tahu, gangster lagik power dari Zahid Hamidi. Like, gangster kot? TPM Zahid Ham ...

Mungkin gangster gomen report to gangster non gomen..who knows
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
gangster kat klang?
mmg dah biasa dengar.kawan aku duk kat andalas klang...sana ramai gengster yg dari Meleis cainis yindia mmg elok la 1Malaysia sgt
kalo dtg rumah dia kt andalas,. mmg aku mcm seriau nk keluar dr kereta,lps dh keluar keter,masuk rumah dia je mmg kene tutup gate dan pintu cepat2
dia dulu skolah kat andalas..ms skolah dulu pun mmg ada polis raid skolah diorg sbb ada students bawak pisau la,main dadah la,gengster la
apa ke bangsat la bdr klang ni
x padan dgn kotor,bandar gagak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2020 10:56 AM | Show all posts
Sungguh menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow...siap ada sen...gangster pun ada bayar tax ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu sbb gengster ni hidup subur. Dibelakang dia bkn calang2 org.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 4-7-2020 09:56 AM
gangster kat klang?
mmg dah biasa dengar.kawan aku duk kat andalas klang...sana ramai gengster yg d ...

Masalah gagak la tu punca
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Gile.. wang perlindungan... kenapa tak report polis?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2020 03:40 PM | Show all posts
Edited by sam1528 at 4-7-2020 03:42 PM

Wooo hooo hooo

Wak Jahid jadik Menteri KDN 2013 - 2018

Dia jadik Timbalan Perdana Menteri 2015 - 2018

Pembayaran ongkos kat gengster dibuat pada 29 Mac 2016 (tarikh cek Maybank)

Hmm ... lets see : sorang TPM berpotfolio menteri KDN buat bayaran kat gengster ~ RM450k

Layak ke macam ni punya orang nak jadik pemimpin Malaysia?

Apa cerita ni?

@kemaruk
@salamon
@dizekni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Minta Allah jauhkan malaysia dari manusia tamak haloba dan pecah amanah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 01:42 AM | Show all posts
sam1528 replied at 4-7-2020 03:40 PM
Wooo hooo hooo

Wak Jahid jadik Menteri KDN 2013 - 2018

kau igt aku ni jahid hamidi kerrr?


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 10:59 AM | Show all posts
salamon replied at 5-7-2020 01:42 AM
kau igt aku ni jahid hamidi kerrr?

Translation : kelu aku nak jawab

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.093828 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list