Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1819
View
22
Reply

[Tempatan] Moratorium tak dilanjut. Sept ni kira last la. Mulai Okt berbelanja secara berhemah

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-7-2020 12:29 AM | Show all posts |Read mode
Moratorium unlikely to be extended, indicates Bank Negara
Nora Mahpar -
July 3, 2020 8:54 PM


PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) has no intention to extend the six-month moratorium for loans, which will end on Sept 30, even as Putrajaya engages with banks to do so.

The central banks assistant governor Adnan Zaylani Mohamad Zahid said as of June 19, the moratorium had cost financial institutions some RM47.5 billion since it came into effect on April 1.

Of the sum, RM16.6 billion had benefited the business sector, while the remaining RM30.9 billion was for the public.

The economy is recovering and we have no intention of extending the moratorium as it would have repercussions that we want to avoid.

The banking sector finances several economic activities and we are at a crossroads as there are sectors which are still facing challenges, he said, during a discussion with the Credit Counselling and Debt Management Agency (AKPK) CEO Azaddin Ngah Tasir.

Also present was Mohd Zaini Aris, a representative from the Association of Banks in Malaysia (ABM).

Meanwhile, Azaddin said borrowers who faced difficulties in servicing their loans after the moratorium ends can seek help from banks to restructure or reschedule their loans.

He also said that those who had taken several loans can seek AKPK for advice on restructuring loans.

We will negotiate with banks for the best solution, he said.

Zaini, meanwhile, advised borrowers who find it difficult to service their loans against appointing a third party to restructure or reschedule it.

On Sunday, Finance Minister Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz said the government is engaging with banks to extend the six-month moratorium on bank loans.

He said this followed many requests by people to extend the moratorium.

Last month, the Malaysian Trades Union Congress (MTUC) called for the six-month moratorium for housing and car loan repayments to be extended by another half a year.

In May, the Federation of Malaysian Consumer Associations had urged the government to extend the moratorium to the end of 2020.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 4-7-2020 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi sesape yg terbeban kena berenti keje bole la cuba emel bank atau dtg bank utk bincang....klu xberjaya barula rujuk akpk....

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Hrp dlm tred ni xde org ungkit perangai cikgu dan cashkan sbb moratorium dh nk hbes.

Sebab edit: typo moratorium
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts

Kengkawan ofis i syok menambah kelengkapan rumah sepanjang tempoh morat. Beli periuk lain, beli air fryer lain, tukar gelang lain. Mungkin pkp hikmah untuk yang bergaji full and dapat segala macam bantuan gomen disamping moratorium lagi.

Kesian kat yang kehilangan pekerjaan. My BIL dah diberi cuti separuh gaji untuk 6 bulan, buat kerja kebun la sementara dipanggil kerja full time semula.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
motorium nie bru dpt simpan rm8k untuk 3bulan
rumah bayar gak sbb guna lppsa jika x mungkin dpt rm10k
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 10:26 AM | Show all posts
Dah dijangka, fasa bulan madu dah berlalu kembali semula kepada realiti
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 4-7-2020 07:31 AM
Kengkawan ofis i syok menambah kelengkapan rumah sepanjang tempoh morat. Beli periuk lain, beli ai ...

I sebagai peniaga online agak risau kalau moratorium ni stop, mesti kami akn terjejas. Tp apa boleh buat. 6 bulan waived pon dah syukur
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-7-2020 01:05 PM | Show all posts
'Urus hutang sebelum moratorium tamat'
Oleh Mahanum Abdul Aziz


KUALA LUMPUR: Peminjam yang menjangka menghadapi masalah membayar balik pinjaman selepas tempoh moratorium tamat pada September ini, dinasihatkan berjumpa bank bagi membincangkan penstrukturan atau penjadualan semula pinjaman mereka.

Tindakan awal itu penting untuk mengelakkan masalah kewangan lebih besar apabila pembayaran balik hutang tertangguh, sekali gus menjadikan tekanan kewangan mereka bertambah teruk.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), Azaddin Ngah Tasir, berkata peminjam yang menghadapi masalah membayar balik pinjaman perlu merancang dan bertindak lebih awal mengurus hutang sebelum moratorium tamat kira-kira dua bulan lagi.

"Sekiranya peminjam mempunyai pinjaman dengan banyak bank, mereka juga boleh datang ke AKPK untuk mendapatkan khidmat nasihat menstruktur semula pinjaman dan kemampuan membayar balik pinjaman.

"Kami akan berunding dengan bank untuk mendapatkan penyelesaian terbaik," katanya pada seminar secara dalam talian bertajuk 'Penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman: Rancang dan bertindak awal' anjuran Bank Negara Malaysia (BNM), hari ini.

BNM pada 25 Mac lalu mengumumkan pelaksanaan moratorium bagi semua pembayaran semula pinjaman, termasuk gadai janji dan sewa beli oleh individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi tempoh enam bulan, bermula 1 April 2020.

Penangguhan pembayaran balik pinjaman itu adalah langkah tambahan dilaksanakan BNM untuk mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah yang terkesan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19.

Sementara itu, Wakil Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Mohd Zaini Aris, berkata peminjam yang menjangka berdepan masalah membayar balik pinjaman perlu merancang lebih awal untuk menguruskan pembayaran selepas tamat moratorium.

Jika tidak bersedia awal, katanya, mereka akan menghadapi kesulitan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk berbincang dengan bank mengenai langkah membayar balik pinjaman dan segala obligasi kewangan pada masa depan.

"Mereka perlu bersedia awal dari segi kewangan dan mental serta persediaan rapi untuk membayar balik pinjaman.

"Tidak boleh tunggu dan lihat, harus segera berjumpa bank supaya pihak bank boleh melihat situasi dan memberi penyelesaian terbaik selepas tamat moratorium," katanya.

Mohd Zaini juga memberi amaran kepada peminjam supaya tidak melantik atau menggunakan pihak ketiga bagi membantu menguruskan penstrukturan atau penjadualan semula pinjaman.

Beliau menegaskan, adalah lebih selamat untuk mereka berurusan secara terus dengan pihak bank membabitkan akaun dan kewangan masing-masing, sekali gus mengelak daripada terjebak dalam skim penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Presiden Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesion Malaysia (PENIAGAWATI), Datuk Azlin Ahmad Shaharbi berharap bank membuat penilaian secara menyeluruh berhubung isu pinjaman.

Katanya, langkah itu perlu dalam membantu usahawan mikro serta perusahaan kecil dan sederahana (PKS) yang berdepan masalah membayar balik pinjaman selepas moratorium tamat.

"Usahawan mikro serta PKS memang terkesan oleh PKP," katanya.

Jumaat minggu lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dilaporkan berkata, kerajaan sedang berbincang dengan institusi perbankan untuk melanjutkan moratorium berkenaan berikutan banyak permintaan diterima daripada pihak berkaitan.

Beliau menegaskan, keputusan mengenainya akan bergantung kepada bank tetapi jika dipersetujui, kemudahan itu akan hanya membabitkan golongan sasar, bukan secara automatik kepada semua seperti sebelum ini.

Tengku Zafrul turut menasihatkan semua pihak supaya segera berjumpa dan berbincang dengan bank mengenai penstrukturan semula pinjaman mereka dan jangan tunggu sehingga saat akhir.

Sejumlah RM43.7 bilion dimanfaatkan setakat 19 Jun lalu dengan RM16.6 bilion dimanfaatkan oleh sektor perniagaan, manakala RM30.9 bilion dimanfaatkan oleh rakyat melalui pinjaman yang layak mendapat moratorium oleh institusi kewangan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-7-2020 01:09 PM | Show all posts
Screenshot_1.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-7-2020 11:06 AM | Show all posts
Untung bank terjejas tapi tak rugi
    myMetro>utama


Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff dan Nor Asyikin Mat Hayin

TEMPOH moratorium akan berakhir September ini dan pelanggan perbankan akan mula membayar semula pinjaman masing-masing.

Kebelakangan ini, pelbagai pihak menyuarakan keperluan melanjutkan tempoh moratorium sehingga hujung tahun, malah ada yang mahukan ia digenap kepada setahun.

Ada juga khabar angin mengatakan moratorium akan disambung namun untuk golongan bersasar, golongan berpendapatan terendah (B40) atau golongan berpendapatan pertengahan (M40).

Apa kewajaran moratorium bersasar?

Ada dua sebab. Pertama, moratorium akan berakhir September.

Bermakna, tanpa moratorium semua pelanggan perbankan mula membayar semula pembiayaan pinjaman setiap bulan bermula Oktober nanti.

Namun, statistik menunjukkan ekonomi negara belum tentu pulih sepenuhnya tahun ini.

Dua statistik utama iaitu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka menguncup akhir tahun ini atau berkemungkinan meningkat sedikit saja.

Kedua, statistik mereka yang kehilangan pekerjaan ialah lima peratus pada Mei lalu atau 780,800 orang.

Dalam senario ini (ramai kehilangan pekerjaan) dan ekonomi negara belum pulih, berkemungkinan ada beberapa golongan sukar bayar semula pembiayaan pinjaman kepada bank jika moratorium berakhir September ini.

Oleh itu, sewajarnya bank mempertimbang lanjutan moratorium yang diberi kepada golongan memerlukan atau bersasar.

Golongan ini ialah individu kehilangan pekerjaan yang masih menganggur.

Satu lagi adalah pekerja yang dikurangkan gaji oleh majikan dan tidak mampu melunaskan komitmen hutang bulanan.

Sekiranya ada moratorium diberi kepada perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS), perlu melihat adakah perniagaan itu berjaya jana pendapatan atau belum dapat pendapatan sehingga kini.


Jika moratorium dibuat untuk setahun apakah kesan kepada institusi kewangan?

Kesannya, institusi kewangan tidak dapat mencapai keuntungan sebelum ini (bukan kerugian).

Jika melihat statistik 2018 dan 2019, keuntungan sebelum cukai bagi sembilan bank tempatan yang tersenarai dalam Bursa Malaysia pada setiap tahun ialah RM35 bilion.

Ini menunjukkan kedudukan kewangan sembilan bank terbabit setiap tahun berada dalam keadaan baik, sentiasa mencatatkan keuntungan berbilion ringgit, mempunyai kecairan mencukupi dan sepatutnya mampu menampung peningkatan permohonan pembiayaan baharu atau kos disebabkan penangguhan moratorium ini.

Bermakna, keuntungan bank terjejas sepanjang tempoh enam bulan pelaksanaan moratorium ini, tetapi tidak sampai tahap mengalami kerugian.

Ia bergantung kepada peratusan dan jumlah produk perbankan ditawarkan berbentuk tetap dan patuh syariah.

Produk perbankan ini (kadar tetap dan patuh syariah) akan lebih terkesan berbanding produk konvensional yang mengikut kadar faedah semasa.

Kesan kepada bank adalah bergantung kepada peratusan produk yang ditawarkan.

Lebih banyak produk patuh syariah ditawarkan sesebuah bank, maka lebih tinggi kos kerugian ditanggungnya.

Bagaimanapun, ia bukan hingga menyebabkan kerugian secara keseluruhan, tetapi keuntungan mereka terjejas

Namun, jika melihat daripada segi kelestarian bank, ia tidak menjadi isu selagi bank boleh menampung pengurangan keuntungan disebabkan moratorium enam bulan ini.


Daripada segi ekonomi, jika bank tidak menerima bayaran balik daripada pelanggan, ia akan menjejaskan keupayaan bank memberi pinjaman kepada individu dan syarikat lain.

Dalam situasi semasa ekonomi yang masih perlahan ini, keperluan pembiayaan kewangan tidak serancak seperti sebelum ini.

Disebabkan itu, bank tiada keperluan meminta bayaran balik kerana belum tentu ramai berminat mendapatkan pinjaman walaupun kadar dasar semalaman (OPR) rendah ketika ini iaitu dua peratus.

Kesan kepada institusi kewangan adalah minimum jika lanjutan moratorium dilaksana.


Bukan semua yang masih bekerja mampu membayar bil sepenuhnya akibat kekangan ekonomi. Adakah wajar golongan ini diminta menjelaskan bayaran tertunggak?

Saya ingin beri cadangan untuk penelitian daripada bank iaitu bertanya kepada pelanggan sama ada mereka (pelanggan) bersetuju atau tidak jika moratorium dihentikan akhir September ini dan meneruskan pembayaran pembiayaan pinjaman kepada bank seperti biasa.

Sekiranya bank lakukan pengkajian ini, sekurang-kurangnya bank dapat mengetahui peratusan pelanggan mereka yang masih memerlukan lanjutan moratorium.

Melalui peratusan diperoleh, ini membolehkan bank membuat perancangan dengan mengambil kira kesan bakal diterima sekiranya meneruskan lanjutan moratorium kepada pelanggan yang memerlukan.


Berapa peratus jangkaan individu tidak dikecualikan lanjutan moratorium?

Sebahagian bank melaporkan apabila moratorium diberi secara automatik, kurang daripada 20 peratus pelanggan memaklumkan kepada bank tidak mahu mengambilnya (moratorium).

Daripada peratusan ini, kita boleh melihat sebenarnya ramai pelanggan memerlukan moratorium untuk menampung kos perbelanjaan yang lain.

Mungkin bukan semua daripada 80 peratus pelanggan yang mengambil moratorium ini terdesak, tetapi menggunakan wang untuk tujuan lain seperti mengurangkan baki kad kredit.

Pada pendapat saya, jika bank melakukan tinjauan ringkas, berkemungkinan bank boleh mendapat gambaran sebenar berapa ramai pelanggan yang benar-benar memerlukan lanjutan moratorium ini.

Jika melihat kenyataan menteri kewangan, Kementerian Kewangan berkemungkinan tidak melaksanakan lanjutan moratorium sebagai perkara wajib.

Namun, menteri kewangan berharap bank mempertimbang untuk memberi keistimewaan ini kepada golongan memerlukan atau pelanggan yang ingin membuat permohonan (lanjutan moratorium) di atas budi bicara bank.


Apa kesan kepada ekonomi yang mana ada segelintir perlu bayar dan sebahagiannya tidak perlu membayar?

Untuk dua golongan ini, pada akhirnya mereka tetap perlu bayar bayaran balik pembiayaan pinjaman.

Bank akhirnya mendapat bayaran penuh walaupun lewat sedikit.

Sebenarnya, penangguhan bayaran balik pinjaman ini memberi kesan kepada institusi kewangan tetapi kita tidak mengetahui kesannya kepada ekonomi.

Sekiranya peratusan yang meminta penangguhan lanjutan ini rendah, maka kesannya minimum.

Saya tidak rasa keupayaan bank memberi pembiayaan kepada pelanggan baharu terjejas jika melanjutkan moratorium kepada golongan memerlukan kerana ekuiti dan modal pusingan bank kukuh.

Bank Negara memaklumkan sejak krisis 1998 hingga kini, bank memastikan mempunyai kecairan mencukupi untuk berhadapan krisis yang berlaku selepas ini.

Impak moratorium ini kepada bank ialah minimum dan mereka mampu menanganinya.


Bagaimana cara golongan tidak bersasar boleh mohon lanjutan moratorium?

Tiada keperluan golongan tidak bersasar untuk membuat permohonan lanjutan moratorium bersasar.

Ini kerana keperluan moratorium bersasar ini ditawarkan untuk golongan yang benar-benar memerlukan seperti M40 dan B40.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 6:35 AM
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 5-7-2020 11:07 AM | Show all posts
Pain now, profit later with longer moratorium, says analyst
Nicholas Chung -
July 5, 2020 8:00 AM


PETALING JAYA: An economist has stated his support for an extension to the six-month moratorium on bank loans, calling on banking institutions to see the bigger picture although they might suffer for a while.

Carmelo Ferlito, senior fellow of the Institute for Democracy and Economic Affairs, said helping businesses and households under financial stress to get back on track would pay off in the long run.

The extension of the moratorium might be the best way to prevent customers from defaulting on loans, as banks would lose their credit rating if customers default.

A moratorium extension could be the best way for the banks to ensure future cash flow; a delay is better than a deletion. In the short run, the extension may create troubles for banks, sure. But it could be the way to grant that profitability comes back in the near future, he told FMT.

Bank Negara Malaysia recently indicated that it had no intention to extend the moratorium, pointing out that it has cost financial institutions some RM47.5 billion since coming into effect on April 1.

Of the sum, RM16.6 billion had benefited the business sector, while the remaining RM30.9 billion was for the public.

Finance Minister Tengku Zafrul Aziz has said Putrajaya was engaging with banks to extend the six-month moratorium on bank loans.
Carmelo Ferlito

Ferlito said the extension should be discussed with BNM so that banks may receive some support from the central bank even as customers are aided by the institutions.

He said unconventional answers were needed in view of the exceptional circumstances of the coronavirus lockdown.

An extension to the loan moratorium would create less distortions on Malaysias economic structure, he said.

Banks should have discretion over a targeted extension as a central policy may be difficult to implement and fail to target the right people.

Banks know their customers better. In choosing who could benefit from the extension, I would support customers who are financially weak now but who were supported by good fundamentals before the MCO took place, he said.

The Malaysian Trades Union Congress had also joined the chorus of calls for the moratorium to be extended for at least another six months.

MTUC secretary-general J Solomon said many were unable to service their loans, such as the 800,000 workers who have lost their jobs since April and thousands more forced to take pay cuts or go on unpaid leave.

Solomon urged the authorities to stop making excuses for the banks, which had been making huge profits in the past, and to side with the workers.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 4-7-2020 01:05 PM
I sebagai peniaga online agak risau kalau moratorium ni stop, mesti kami akn terjejas. Tp apa bole ...

6 bulan tu la aku guna reno rumah haha
tak perlu lanjut dah kot.. tp yg mmg btul2 perlu mmg bleh mintak
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak agak sales tax free beli kereta diorg sambung tak sampai Mac atau Jun 2021?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 07:07 PM | Show all posts
haa bagus2 . semoga nursery2 kat sg buloh tu kembali seperti sedia kala

ni penuh dgn makcik pakcik bewang, dulu2 tak nak tanam pokok, asal viral je smua pakat beli,,, kowseeerrr
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 07:08 PM | Show all posts
anony-mous replied at 4-7-2020 01:05 PM
I sebagai peniaga online agak risau kalau moratorium ni stop, mesti kami akn terjejas. Tp apa bole ...

sistur meniaga apa ya? lama dah nak tanya ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 6-7-2020 07:08 PM
sistur meniaga apa ya? lama dah nak tanya ...

Meniaga biasa2 je uols. Campur2 brg ada beg ada brg utk doorgift. Ada jgk baju perempuan tp slow
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 01:34 PM | Show all posts
anony-mous replied at 7-7-2020 02:54 AM
Meniaga biasa2 je uols. Campur2 brg ada beg ada brg utk doorgift. Ada jgk baju perempuan tp slow

ic ic.. baju kurung ke sis?  kat mana? shoppee ke?

ok la tu janji rezeki halal...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 7-7-2020 01:34 PM
ic ic.. baju kurung ke sis?  kat mana? shoppee ke?

ok la tu janji rezeki halal...

Haah tp jeles jugak la dgn founder timbang kilo. Sng je dpt beli rumah n kereta mewah
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 06:58 PM | Show all posts
anony-mous replied at 7-7-2020 02:54 PM
Haah tp jeles jugak la dgn founder timbang kilo. Sng je dpt beli rumah n kereta mewah

haihh toksah jeles chuols.. some tu kaki kelentong kuat.. org kaya tak tayang reta benda sekelian alam.. . takut seswatu lembaga kat bukit jln duta  perati jah

besides as a muslim kena ingat mati sama, esok semua tu kena soal.. syurga itu bukan kat dunia shj sisturr....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 10:52 AM | Show all posts
baik uruskan hutang kecik dulu jika mampu. atau cuba buat penyatuan hutang?
site ni ada buat explanation yg clear sgt...


cara satukan hutang dengan pinjaman peribadi

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list