Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1139
View
36
Reply

[Tempatan] Penduduk Malaysia dah cecah 32.6 juta. Jangan lupa tambah kalau mampu jaga dan didik. Sekian

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 4-7-2020 12:31 AM | Show all posts |Read mode
Banci 2020: 32.6 juta penduduk Malaysia dibanci bermula Selasa ini
Bernama | Diterbitkan pada Julai 03, 2020 19:59 +08

KUALA LUMPUR: Projek pembangunan berimpak tinggi dan berskala besar yang melibatkan 32.6 juta penduduk akan dihitung melalui Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) bermula Selasa ini.

Bertema 'Data Anda Masa Depan Kita', bancian tersebut adalah kali keenam dilaksanakan setiap 10 tahun sejak 1963 dan kali ini ia merangkumi sembilan juta kediaman bagi mendapatkan banci yang komprehensif merangkumi keperluan input pemantauan Agenda Pembangunan Mampan 2030.
Berdasarkan maklumat laman web mycensus.gov.my, aktiviti banci akan dilaksanakan di semua kawasan perumahan dan kediaman di seluruh Malaysia dalam dua fasa, iaitu fasa pertama secara dalam talian bermula 7 Julai hingga 30 Sept ini, manakala fasa kedua bermula 7 Okt hingga 24 Okt secara bersemuka.

Pembancian dijalankan ke atas semua orang di tempat tinggal biasa mereka pada hari bancian, termasuk bukan warganegara yang telah atau akan tinggal selama enam bulan atau lebih di Malaysia dalam tahun ini.
Namun, bayi yang lahir selepas Hari Banci, orang yang meninggal dunia sebelum Hari Banci, serta bagi mereka yang tinggal di luar negara ataupun akan keluar negara bagi tempoh enam bulan atau lebih untuk bekerja atau belajar, mereka dikecualikan daripada kiraan banci.

Menurut Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, sebelum ini, pewartaan Kerajaan Persekutuan mengikut Akta Banci 1960 menyatakan arahan banci penduduk dan perumahan dibuat di seluruh Malaysia berdasarkan Hari Banci iaitu pada 7 Julai.

"Melalui pewartaan itu juga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan pelantikan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, sebagai Pesuruhjaya Banci yang keenam untuk menyelia pembancian dan memastikan perancangan serta hala tuju pelaksanaan banci berjalan dengan lancar," memetik kenyataan itu.

Selaras dengan kemajuan teknologi dan perubahan gaya hidup rakyat Malaysia, pengumpulan maklumat banci secara dalam talian mula diperkenalkan menerusi Portal Banci dan aplikasi mudah alih pada Banci 2020.

Bagi melengkapkan borang e-Banci (e-Census), poskad yang mengandungi panduan mengisi dan pautan e-Census di Portal Banci akan dihantar ke tempat kediaman setiap penduduk, selain aplikasi mudah alih untuk kegunaan pembanci mengisi maklumat semasa sesi temu ramah diadakan dengan menggunakan tablet atau telefon pintar.

Selain kaedah pengisian dalam talian menerusi pautan https://ecensus.mycensus.gov.my, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan menghubungi penduduk yang terpilih bagi kaedah telefon.

Mohd Uzir dalam perutusan khasnya di portal DOSM berkata Banci 2020 akan menggunakan pendekatan 'de jure' iaitu maklumat setiap penduduk dikumpul mengikut tempat tinggal biasa pada Hari Banci.

"Sistem banci berpusat dan komprehensif ini, dengan peningkatan dan penambahbaikan ciri-ciri pembancian secara elektronik (e-Census), menyediakan satu rangka kerja bersepadu yang meliputi pengumpulan, analisa dan penyebaran data yang kompleks.

"Oleh itu, pelaksanaan MyIPCS dalam Banci 2020 akan memberi manfaat kepada kedua-dua pengumpul data dan responden bagi memastikan semua penduduk diliputi.

"Soalan tambahan mengenai butiran perumahan, kesihatan, gaya hidup dan hubungan sosial juga dimasukkan di dalam Banci 2020 bagi memenuhi perubahan corak gaya hidup dalam masyarakat," katanya.

Katanya, DOSM juga telah mengadaptasi pendekatan baru dengan memperkenalkan portal MyCensus 2020 (www.mycensus.gov.my) sebagai gerbang maklumat yang membekalkan banyak maklumat banci dalam bentuk infografik, visualisasi interaktif dan pelbagai aplikasi atas talian berkaitan banci.

Penghasilan profil yang terperinci ini juga akan digunakan untuk membuat perancangan dan keputusan berkenaan perkhidmatan awam yang diperlukan bagi setiap lokaliti seperti hospital, sekolah, jalan raya, dan pengangkutan awam.

Namun, berdasarkan peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (disemak 1969), Banci 2020 turut memastikan bahawa semua maklumat individu yang dikumpul adalah sulit dan tidak akan didedahkan.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 4-7-2020 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke nk banci time covid
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Cukup la dua... aku xmampu.... bukan ibu yg baik....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 02:23 AM | Show all posts
aku klu Allah bagi rezeki nk tmbh lg sorang sblm umo 42...anak2 bila dah masuk skola ni rindu dgn baby...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 02:53 AM | Show all posts
tak payah ada banyak anak pun takpe lagipun banyak lagi kanak2 di luar sana tu yang perlu di beri kasih sayang... kalau sekiranya iols billionaire pun iols nak max 3 je anak sendiri... lain2 tu ambil anak2 angkat yang memerlukan kasih sayang ibu bapa... memerlukan kehidupan yang lebih baik dan bahagia...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 04:37 AM | Show all posts
32.6 juta termasuk lah bangla paki cina beli IC...  
kene letak satu dept SPRM kt sume branch JPN...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 04:45 AM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 4-7-2020 02:23 AM
aku klu Allah bagi rezeki nk tmbh lg sorang sblm umo 42...anak2 bila dah masuk skola ni rindu dgn ba ...

Sama la...ingatkan yg bongsu ni ada adik dah td haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru setahun dua lalu 33 juta
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nazzse at 3-7-2020 11:22 PM
fuyupoktek replied at 3-7-2020 04:34 PM
Perlu ke nk banci time covid


Yes perlu.

Kalau takda banci ni takda la belanjawan negara ke 12. Banci ni yg tentukan result & distribution utk belanjawan utk masa 10 yg tahun akan datang. Dah dirancang awal tpi kena pkp.

Thats why kali ni buat 2 fasa, online & dari rumah ke rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 3-7-2020 11:09 PM
Baru setahun dua lalu 33 juta

Termasuk foreigner yg menetap lebih 6 bulan kat sini.. Klu rakyat sendiri tak sampai
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 4-7-2020 07:20 AM
Termasuk foreigner yg menetap lebih 6 bulan kat sini.. Klu rakyat sendiri tak sampai

Tu la sejuta je dah p*c
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 4-7-2020 02:53 AM
tak payah ada banyak anak pun takpe lagipun banyak lagi kanak2 di luar sana tu yang perlu di beri ka ...

I pun fikir macam ni jugak. Masih ramai anak anak yang memerlukan bantuan. I dah sampai maksimum. So cukup la. Besarkan dengan baik and didik dengan baik. Quality over quantity.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam dah lama tak kena banci. Dulu kecik2 adalah org datang rumah banci,lekat sticker kat pintu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Cukup la 3 org je, Haku pun dah 33yo laki Haku dah 38yo.... Time besarkan ank2 dgn sebaik2 je nie
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Otw nk tambah la nii..
Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dpt spasang mmg aku tutup kilang terus
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
lurve82 replied at 4-7-2020 02:23 AM
aku klu Allah bagi rezeki nk tmbh lg sorang sblm umo 42...anak2 bila dah masuk skola ni rindu dgn ba ...

Anak you dah brp.. aku pun nak lagi sebelum 40 tapi laki kata.. dah cukup... huaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
iols anak 2 je rs dah kepenatan fizikal+mental.alhamdulillah sepasang. kalau anak lbh dari 2 rasanya ada kemungkinan akan tergolong ibu2 yg merempan bila la nak buka sek. pantang sek cuti iols anto anak2 ke kg agaknya. blom lagi saving utk edu+insurans depa.

yg kaya2 boleh hire maid reramai tu blh la beranak ramai2.so keje ibu pantau & luang masa dgn anak je.
yg agak2 keje pagi blk pkl 8 everyday, wkend kalut plak nak settle hal rumah takyah la beranak ramai sgt.sian anak2 tu terpinggir nanti
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
pastu rohingya perasan bumiputra pun termasuk dlm statistik
beranak mcm tikus
x reti jaga anak
dah miskin pun ada hati lg nk beranak
pastu mintak bantuan derma bagai
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-7-2020 11:26 AM | Show all posts
Hari Banci dilancarkan 7 Julai ini


KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan melancarkan Hari Banci Malaysia bertemakan "6 Dekad Banci Membina Negara" Selasa ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Dalam satu kenyataan, jabatan itu memaklumkan pelbagai aktiviti dan program menarik akan diadakan termasuk Sesi Media Cakna Banci bersama Pesuruhjaya Banci 2020; pameran daripada pelbagai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta.

Turut diadakan seminar MyCensus 2020: Statistik Kependudukan Memacu Kelestarian Malaysia serta webinar antarabangsa dengan tema "Counting Everyone for a Better Tomorrow."

Bagi memeriahkan acara, diserikan dengan kemunculan maskot Abam Banci dan Akak Banci dan diperdengarkan lagu "Banci Malaysia" sebagai simbolik bermulanya Banci 2020.

Banci 2020 adalah yang keenam dilaksanakan semenjak penubuhan Malaysia dan ia dilaksanakan setiap 10 tahun sekali.

Objektif pelaksanaan banci adalah untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil.

Data banci ini akan menjadi sumber utama dan penting dalam penyediaan rancangan pembangunan negara.

Pelaksanaan Banci 2020 membabitkan lebih kurang 32.7 juta Penduduk Malaysia dan sembilan juta tempat kediaman akan dijalankan dalam dua fasa berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Fasa pertama bermula 7 Julai hingga 30 September 2020 secara dalam talian (e-Census) manakala fasa kedua akan bermula pada 7 hingga 24 Oktober dengan menggunakan kaedah temu ramah bersemuka.

Maklumat lanjut berkaitan Banci 2020 boleh diperoleh melalui portal banci iaitu www.mycensus.gov.my atau media sosial @MyCensus2020.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list