CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4963|Reply: 53

[Tempatan] Ibu tunggal ditinggalkan suami ketika mengandung enam bulan. Kini usahawanita ba

  [Copy link]
Post time 4-7-2020 01:02 PM | Show all posts |Read mode
7 bulan ratap kecewa
    myMetroutama
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


KUALA LUMPUR: Episod hitam perkahwinan lalu membentuk ibu tunggal, Shiella Tukimin, 48, menjadi wanita besi.

Shiella pernah menjadi mangsa penderaan emosi yang teruk dan diceraikan ketika hamil enam bulan tanpa wang simpanan menyebabkan kehidupan dilaluinya penuh kelam serta terumbang ambing.

Bagaimanapun, duka itu kini berganti gembira apabila dia yang sudah bergelar usahawan mampu memiliki dua bas persiaran selain menjalankan beberapa perniagaan lain seperti menjual kereta terpakai.

Shiella berkata, antara ujian tidak boleh dilupakan ialah ditipu rakan sehingga menyebabkan dia kerugian RM50,000, malah perniagaannya nyaris gulung tikar.

"Sepanjang tujuh bulan saya meratapi kekecewaan ini, setiap hari saya menangis di bawah sinki di dapur rumah ketika anak ke sekolah.

"Sebolehnya saya sembunyikan kekecewaan dan kesedihan ini daripada pengetahuan anak serta keluarga," katanya yang mempunyai dua anak lelaki berusia 22 dan 28 tahun.

Shiella yang berasal dari Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor berkata, disebabkan tekanan itu juga, dia diserang angin ahmar ringan selama 10 hari.

"Saya buntu memikirkan kerugian itu dan mengambil keputusan menjual tiga kereta milik peribadi selain 20 kereta terpakai sebagai modal pusingan untuk memulakan kembali perniagaan kereta terpakai.

"Dalam kepayahan mengharungi ujian itu, saya diperkenalkan dengan skim pembiayaan pinjaman Yayasan Hijrah Selangor dan memperoleh pinjaman RM3,000," katanya.

Enggan menoleh ke belakang dan tidak mengenal erti serik, Shiella bertekad mengembangkan perniagaan melalui perniagaan sewa beli.

Shiella yang juga Presiden Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal (Witus) berkata, pada 2014, dia membeli sebuah bas persiaran terpakai berharga RM50,000 menggunakan hasil menjual kereta terpakai dan melakukan pelbagai pekerjaan lain.

"Tujuan saya membeli bas ini ialah untuk kemudahan 1,200 ahli Witus bagi menghadiri program ibu tunggal di seluruh Malaysia.

"Seorang ahli dikenakan kadar bayaran minimum RM10. Ia lebih murah berbanding menyewa bas daripada pengusaha luar," katanya.

Menurut Shiella, bas kedua dibeli pada tahun sama untuk perkhidmatan sewaan.

Hasil sewaan digunakan untuk membantu ahli yang dalam kesusahan.

"Saya memasang impian untuk menubuhkan syarikat bas Bumiputera yang diusahakan ibu tunggal berkonsepkan koperasi.

"Melalui cara ini, ahli persatuan boleh memperoleh keuntungan dan syer. Ini membolehkan ibu tunggal mempunyai pendapatan sendiri (melalui keuntungan dan syer) dan tidak mengharapkan sumbangan wang zakat serta lain-lain," katanya.

Berkongsi sejarah ringkas perubahan hidupnya, Shiella berkata, selepas diceraikan, dia bekerja di kedai seramik di Ayer Hitam pada sebelah siang dan malamnya, menjadi pembantu kedai makan sehingga jam 2 pagi.

"Namun, pendapatan tetap tidak mencukupi untuk menampung kehidupan saya dan anak.

"Saya kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1997 demi perubahan hidup yang lebih baik," katanya.

Menurut Shiella, pada peringkat awal di Kuala Lumpur, dia ditimpa pelbagai dugaan.

"Saya pernah bekerja menjual buku dan origami. Banyak kali dikejar pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana berniaga tanpa lesen.

"Pendapatan pula tidak menentu malah adakalanya terpaksa mengikat perut dan makan mi segera selama seminggu kerana wang tidak mencukupi untuk membeli beras," katanya.

Menurutnya, dia kemudian menerima bantuan RM4,000 daripada Baitulmal dan menggunakan wang itu untuk membeli khemah serta meja bagi menjual buah-buahan.

Shiella kemudian berkenalan dengan seorang rakan sebelum mereka memulakan perniagaan menjual kereta terpakai.

"Bermodalkan wang simpanan RM5,000, saya memulakan perniagaan kereta terpakai pada 2005.

"Walaupun melalui pelbagai ranjau dalam perniagaan menjual kereta terpakai, saya bersyukur perniagaan ini masih bertahan hingga kini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2020 @ 6:40 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2020 01:08 PM | Show all posts
Sungguh inspiring cerita ini, sentiasa berusaha tanpa mengira penat. semoga segala urusan akak dapat dipermudahkan dalam membantu golongan ibu tunggal
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga murah rezeki akak ni harap dia tak cepat jatuh dlm skim2 cepat kaya sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada tak bapa tunggal yg nk cerita kecekalan mereka bangkit setelah ditinggalkan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 ko berjaya esok2 bekas laki tak guna ko tuh dtg lah bgtau heshe gembira anak2 berjaya berkat doa heshe siang malam katanye
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 01:56 PM | Show all posts
xsemua berjaya melalui seperti dugaan orang berjaya 95% akan tersungkur.. satu kejayaan besar terhasil dari beribu ujian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2020 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm kalau aku anak lelaki jantan keparat tu mmg aku x kn cari bapak aku....kalau anak prempuan tpakse la cari utk jdkan wali....tp hopefully x jmpe la,blh proceed wali hakim....ape gune mase dlm perut pun dah kena tinggal....mohon mereput je la bapak tu....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Camne nak jadi ahli persatuan ni..
Ada info ke..
Boleh lah mana2 ibu tunggal yg susah..yg perlukan bantuan..boleh dibantu untuk tingkatkan taraf hidup..beri latihan ke.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2020 02:18 PM | Show all posts
Acikgomen replied at 4-7-2020 01:52 PM
Anak2 ko berjaya esok2 bekas laki tak guna ko tuh dtg lah bgtau heshe gembira anak2 berjaya berkat d ...

And bila anak2 takmo jumpe bapak.....atau bapak tu sakit takde org jengok kat spital
Nanti kluar la kat harian metro 'anak durhaka tak jengok bapak sakit'
Maka meratap la org ramai menghamput anak2 yang so called durhaka itu


Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 02:20 PM | Show all posts
Very proud of this lady
Bangun dari kejatuhan tanpa meminta2 dan meratap2
Aku ada sorang dua kwn yang bergelar ibu tunggal
Tak tau dah mcm mana nak tolong
Dah 8thn dok meratap hiba seolah2 dia sorang ibu tunggal
Bila bagi suggestion and idea, asyik cakap tak boleh, susah, tak pandai so on and so forth
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2020 02:41 PM | Show all posts
yuki812 replied at 4-7-2020 02:10 PM
Camne nak jadi ahli persatuan ni..
Ada info ke..
Boleh lah mana2 ibu tunggal yg susah..yg perlukan ...

mana boleh ko jadi ahli
tu utk ibu tunggal shj


Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 02:55 PM | Show all posts
R2D2 replied at 4-7-2020 02:41 PM
mana boleh ko jadi ahli
tu utk ibu tunggal shj

ahhh...tak pedulik...
nak joint gak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2020 03:00 PM | Show all posts
yuki812 replied at 4-7-2020 02:55 PM
ahhh...tak pedulik...
nak joint gak...

kalau ko join jugak
nanti keluar thread lelaki menyamar wanita utk join persatuan ibu tunggal
sure thread aku tu ber pages-pages  

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bolih tak aku nak jadi  “associate member” persatuan ibu tunggal ni? Mesti under 30 and under 40 ramai ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 03:10 PM | Show all posts
very inspiring... macamni la bagus di jadikan inspirasi... meniaga dan kumpul duit sendiri.... beli bas untuk bantu ibu tunggal lain...
bukannya pung pang pung pang sales 1000 trillion sebulan padahal nan hado macam mamasab dan anak2nya
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 03:26 PM | Show all posts
semoga terus berjaya dan dpt membantu mereka yg dlm kesusahan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2020 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 4-7-2020 01:52 PM
Anak2 ko berjaya esok2 bekas laki tak guna ko tuh dtg lah bgtau heshe gembira anak2 berjaya berkat d ...

Hahahaa.. Acik.. Sabar acik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cekal dan tabah
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 4-7-2020 02:20 PM
Very proud of this lady
Bangun dari kejatuhan tanpa meminta2 dan meratap2
Aku ada sorang dua kwn y ...

Kak..suh kwn akak tu masuk kubur lh..jnis lmh smangat x btempat...mak sy jd ibu tunggal dh 25thn mcm2 keje wat y halal lh utk besarkn ank2..bapak sy mninggal kak...huhuhuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2020 03:51 PM | Show all posts
jangan terkeliru dgn istilah

ibu tunggal - terpakai pada isteri ada anak dan kehilangan suami samada cerai hidup ataupun cerai mati

janda- cerai hidup

balu-cerai mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.082605 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list