CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: I.am.PH

[Tempatan] Locked Up in Malaysia's Lockdown. Video laporan Al-Jazeera mengenai nasib migran

  [Copy link]
 Author| Post time 5-7-2020 08:21 PM | Show all posts
Pekerja asing di pasar Jalan Othman resah fikir nasib mereka
Nina Muslim Diterbitkan Hari ini 4:06 pm



Kamal, dari Bangladesh, bimbang. Beberapa minggu lalu sewa rumahnya telah tertunggak disebabkan wabak Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Malaysia, dia tidak dapat bekerja untuk membayar sewa atau membeli makanan.

Walaupun sukar untuk dia melakukannya, oleh kerana terdesak dia terpaksa meminta bantuan bapanya di Bangladesh dan berharap warga emas berusia 73 tahun itu dapat mengirimkannya sejumlah wang. Dia bernasib baik bapanya dapat membantu dan dia dapat bertahan.

Ini adalah berbeza dengan apa yang Kamal gambarkan ketika menaiki pesawat ke Malaysia 15 tahun lalu. Sejak 2005, lelaki berusia 40 tahun ini telah bekerja secara sah di gerai kelapa yang menjual santan segar di Pasar Besar Jalan Othman atau lebih dikenali sebagai pasar basah PJ Old Town dengan kadar upah RM60 sehari iaitu sekitar RM1,800 sebulan jika bekerja setiap hari.

Dia akan mengetepikan RM800 untuk membayar keperluan dan selebihnya mengirimkan kepada ibu bapa, isteri dan dua anak di negara asalnya, cukup untuk membayar keperluan mereka dan sedikit untuk simpanan dirinya. Bagaimanapun, sekarang, peranan mereka telah terbalik.

Diarahkan bercuti daripada bertugas sejak PKP bermula 18 Mac, dia dan pekerja lain kebanyakannya dari Bangladesh telah hilang sumber pendapatan. Malah nasib mereka lebih buruk kerana mereka tidak berpeluang bekerja walaupun pasar basah itu telah dibuka. Pada Mei, peniaga di pasar itu menerima notis tidak boleh menggaji pekerja asing walaupun mempunyai permit runcit dan borong yang sah. Sesiapa yang didapati melanggar perintah itu akan dibatalkan lesen mereka.

Bapa dua anak ini menyewa di rumah kayu usang 13 bilik di Jalan Othman, Petaling Jaya yang dikongsi bersama 17 penghuni lain, kebanyakannya warga asing. Bunyi ketukan dan gerudi yang kuat jelas kedengaran dari rumah mereka, kerana pekerja pembinaan sedang sibuk menyiapkan bangunan pasar basah itu untuk dibuka semula.

Kamal tidak bersendirian. Pekerja migran di pasar itu turut memberitahu Bernama, mereka juga terpaksa menghubungi keluarga dan rakan di Bangladesh untuk membantu. Warga Malaysia juga turut menyumbang, menderma makanan dan keperluan lain.

“Keluarga pinjam duit hantar sini,” kata Nuraalam, 28 tahun, pekerja migran dari Bangladesh.



Masalah mereka bermula pada 24 April apabila seorang peniaga di pasar basah Old Town itu, yang membawa bekalan dari Pasar Borong Kuala Lumpur, di Selayang, diuji positif Covid-19. Pada 5 Mei, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan 19 kes Covid-19 dalam kalangan peniaga, pemborong dan pekerja di empat pasar basah iaitu kluster pasar bermula dari Selayang. Dua pasar termasuk pasar Old Town kemudian diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Ermeemariana Saadon berkata mereka membuat keputusan untuk menguatkuasakan Undang-undang Kecil Penjaja 2007 MBPJ dan melarang pekerja asing bekerja di pasar itu selepas penularan Covid-19. Pekerja migran berisko tinggi kerana mereka tinggal dalam bilik yang sempit untuk menjimatkan perbelanjaan sewa.

Bila ditanya mengapa MBPJ tidak menguatkuasakan undang-undang itu sebelum ini, beliau berkata: “Inilah hikmah Covid-19.” Beliau menambah keputusan menguatkuasakan undang-undang kecil itu bukan berniat jahat sebaliknya menyalahkan peniaga kerana tidak memahami sektor yang boleh menggaji pekerja asing.

Dengan peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan warga tempatan, kerajaan telah menyatakan keutamaan bagi rakyat Malaysia bekerja di pasar basah. Laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan kadar pengangguran melonjak kepada 5 peratus.

Menteri Sumber Manusia M Saravanan dalam sidang media 22 Jun berkata, kerajaan telah membekukan pengambilan pekerja asing baru di semua sektor sehingga akhir tahun ini untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga pekerja asing. Bagaimanapun beliau tidak menyatakan mengenai pekerja asing yang mempunyai permit seperti Kamal, yang berada di negara ini tetapi dilarang daripada bekerja.

Walau bagaimanapun, pekerja migran ini berharap larangan itu akan ditarik balik dan mereka dibenar kembali bekerja. Namun situasi ini mungkin tidak berubah selagi tiada vaksin Covid-19 dan kelembapan ekonomi berterusan. Apabila ditanya apakah pilihan mereka apabila permit mereka tamat tempoh dalam beberapa bulan lagi, kebanyakan mereka bersedia untuk meninggalkan negara ini.

“Saya masih mahu kekal di Malaysia kerana saya mahu mencari pendapatan,” kata Sharif, rakan sekerja Kamal. “Bagaimanapun jika Malaysia tidak lagi (izinkan bekerja di sini), saya akan balik,” tambah beliau.

Tetapi ia mungkin mengambil tempoh beberapa bulan, sebelum dia boleh berbuat demikian. Baik pekerja mahupun majikan tidak boleh menamatkan kontrak tanpa notis kerana kedua-dua pihak perlu membayar penalti, berdasarkan Akta Kerja 1955.



Pada masa yang sama, pekerja masih memerlukan wang untuk berbelanja, kata Pengarah kumpulan hak migran, Our Journey, Sumitha Shaanthinni Krishna. “Jika pihak berkuasa masih meneruskan untuk menutup sektor ini kepada pekerja asing, satu cara untuk mengatasinya ialah biar mereka mencari majikan lain. Jika tidak bagaimana mereka mampu terus bertahan?” katanya.

Walaupun beliau mengakui kesusahan yang dihadapi rakyat Malaysia, tetapi ia adalah lebih perit bagi warga asing kerana hanya boleh bekerja dengan majikan tertentu berbanding warga tempatan yang mudah mendapat pekerjaan. Justeru, Ahli Parlimen Petaling Jaya menggesa kerajaan membenarkan pekerja migran bertukar sektor dan majikan tanpa dikenakan penalti.

Bagaimanapun usaha Bernama untuk mendapatkan komen daripada Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia gagal.

Majikan Kamal, pemilik gerai kelapa, Mohd Azha Hussein, tidak mahu melepaskan Kamal yang lebih 10 tahun berkhidmat dengannya. Bagaimanapun jika MBPJ tidak benarkan, dia terpaksa menggaji warga tempatan untuk menggantikan tempat Kamal dan pekerja asing lain.

“Anak lelaki saya ada rakan tempatan yang tidak bekerja dan mereka boleh bantu. Tetapi masalah utama di sini, mereka perlu bangun awal pagi,” katanya dan menambah tugasan untuk memproses santan bermula 4 pagi dan berakhir 12 tengah hari setiap hari.

Beliau sanggup membayar RM2,400 dengan faedah lain “jika mereka bekerja dengan baik” tetapi dia tidak pasti rakyat Malaysia bersedia untuk melakukannya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2020 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
AyamPeeH dgn bodo kan berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 08:22 PM | Show all posts
tiba2 lak nak sayang dan backup kat pendatang Haram....
dah abih sgt isu ker....

rukun negara pun tak reti...


hanat nyer perangai penyokong2 DAPIG
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 5-7-2020 05:54 PM
ayam pengkianat negara.demi party DAP sanggup kianat negara.JIJIK.

Diorang mana peduli keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada rakyat Malaysia yg terlibat dlm pembikinan video ni mari ramai2 sumpah mereka 10 keturunan kena syphilis. Baru pdn muka pengkhianat negara.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukannya x boleh keja kt.msia
Tp cara halal la
Org msia pun kena beli rumah sendiri
Makan sendiri
Bukannya free
Ko dtg nak senang2 cara salah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2020 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 5-7-2020 12:37 PM
Tidaklah perlu sampai meletak pendatang ini di rumah persendirian.

Cukuplah memilih pemerintah  ...

Ko pegi negara lain boleh sesukahati ke??
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Miawlover replied at 5-7-2020 09:01 PM
Kalau ada rakyat Malaysia yg terlibat dlm pembikinan video ni mari ramai2 sumpah mereka 10 keturunan ...

Mmg pengkhianat negara
Zaman sblm merdeka, puak2 nih dipanggil tali barut
Sanggup bela pati penceroboh dari melindungi tanahair
Habistuh buat aper wujudkan polis dan tentera untuk menjaga malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2020 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
bungarose replied at 5-7-2020 09:16 PM
Mmg pengkhianat negara
Zaman sblm merdeka, puak2 nih dipanggil tali barut
Sanggup bela pati penc ...

Yg di interview plak Bangla. Rayhan Kabir namanya. Dia dh hidup senang lenang kat Malaysia, tp ckp buruk psl Malaysia. Mmg sialan betul.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 5-7-2020 01:42 PM
Maafkan saya jika kurang berkenan, barangkali Al-Jazeera berpegang kepada prinsip di bawah ini:

...


TT ahso patethic.. Are u talking to the mirror?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 09:47 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 5-7-2020 10:03 AM
List of incidents of xenophobia and racism related to the COVID-19 pandemic
From Wikipedia, the fre ...

Ko sibuk sibuk nak tuduh kerajaan PN bersikap jahat dgn illegal migrants. Nah!! ko tengok sendiri orang arab Qatar melayan illegal migrants. Al Jazeera ni Qatar punya.

https://l.facebook.com/l.php?u=h ... 1vQxpw&__tn__=R]-R&c[0]=AT0Bz0DFDk-PR6o02QSnM2uETjhYOt6VSbgSc3sQ4HiYSxZtj6upkYurWdSgHdAQUzyXE7BI8pfa6LAciiFVlModdGa1B3H_J6f89FXcAtroWDS1e9KcIxLXS5yK218rMf2_X5XBJHQTV6qnCIMQVX206W9p1AZ2jD412FPNkfKRTSZ2p79puAK1ClaWcMz9ARGLS4IE

@capiloton

@anony-mous

@slavehunter

@sarah82

@MissVixen

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 09:48 PM | Show all posts
elia201 replied at 5-7-2020 09:22 PM
TT ahso patethic.. Are u talking to the mirror?

I Am PH ni boleh di consider sbg pengkhianat negara sebab ikut sama bersekongkol dgn Al Jazeera. Cuba ko tengok post aku kat atas nun. Qatar layan illegal migrants lagi teruk dr Msia. Nak kutuk Msia tau tau negara derang sendiri lg jahat dan kejam. Inilah perangai pak arab pojaan Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 5-7-2020 09:47 PM
Ko sibuk sibuk nak tuduh kerajaan PN bersikap jahat dgn illegal migrants. Nah!! ko tengok sendiri  ...



Jom layam


AyamPH fyi kat USA lagi tegas.. Hatta ang seorg Vet pun kena deport sebab illegal

Lain kali sebelum tunjuk cerdik.. Pastikan ang baca suratkhabar dari pelbagai negara dulu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 09:58 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 5-7-2020 10:00 PM
Peterpan17 replied at 5-7-2020 09:47 PM
Ko sibuk sibuk nak tuduh kerajaan PN bersikap jahat dgn illegal migrants. Nah!! ko tengok sendiri  ...

dah tahu bro.
kat Qatar sana lagi teruk mereka discriminate immigrant workers,
especially nak siapkan infra and stadium for world cup 2022.

Al-Jazeera ni poyo jer lebih, negara sendiri dia tak tengok.
kuman seberang laut dia nampak, gajah depan mata buat tak reti.
sebuk jer hal negara lain.

moga harga minyak terus jatuh sampai terlungkup one day.
biar muflis negara2 penggembala onta tak sedar diri ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh nama pun pendatang.
Bukan pelancong.
Datang tk diundang, takkan nk layan seperti anak raja.
Boleh blah
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 10:03 PM | Show all posts

Ayam ni penjilat America. Tengoklah betapa caca marbanya negara pojaan Ayam menghadapi covid. Selayaknya Ayam berperangai serupa covidiot American.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2020 10:04 PM | Show all posts
capiloton replied at 5-7-2020 09:58 PM
dah tahu bro.
kat Qatar sana lagi teruk mereka discriminate immigrant workers,
especially nak s ...

Mcm biasalah. Selective memory golongan begini. Depa budget depa lbh bagus dan suci dr Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 5-7-2020 10:03 PM
Ayam ni penjilat America. Tengoklah betapa caca marbanya negara pojaan Ayam menghadapi covid. Sela ...

Hahaha.. Skrg US bukan lagi tempat selamat bagi asylum seekers dan illegal immi sejak under Trump.. Ramai pemuja US tak tau sejak Trump berkuasa...dia mmg kaw2 tekan PATI.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 10:12 PM | Show all posts
sarah82 replied at 5-7-2020 10:07 PM
Hahaha.. Skrg US bukan lagi tempat selamat bagi asylum seekers dan illegal immi sejak under Trump. ...

alahai!! tak dptlah si Ayam nak lari ke US
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 5-7-2020 10:12 PM
alahai!! tak dptlah si Ayam nak lari ke US

Hahaha.. Depa perketatkan permohonan pelarian politik.. Skrg paling open adalah Canada.. Tapi tu tak lama la.. Bila rakyat marah.. Maka kerajaan kena ikut kehendak rakyat.

Tapi ada satu tempat sesuai utk ayam.. sentinel island

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.366645 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list