CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 18741|Reply: 69

[Tempatan] Alumni MRSM gesa tindakan terhadap guru susulan kenyataan isu rogol

  [Copy link]
Post time 5-7-2020 08:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 5-7-2020 12:02 PM

Alumni MRSM gesa tindakan terhadap guru susulan kenyataan isu rogol
Diterbitkan Hari ini 6:36 pm



Alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Baling menggesa pihak institut supaya menegur salah seorang pendidiknya yang memuat naik video dan mengeluarkan kenyataan kontroversi dan berunsur seksis berkenaan isu gangguan seksual.

“Tindakan sedemikian menunjukkan penyalahgunaan kedudukannya sebagai pendidik dengan sangat tidak beretika, menanamkan pandangan seksual kepada para pelajar, kami menggesa agar Mohd Norazizi Samsudain ditegur kerana melakukan tindakan yang melanggar peraturan etika profesionalnya sebagai pendidik MRSM.

“Bagaimanapun, dengan mempertimbangkan kesemua faktor, kami menasihati agar beliau hanya digantung dan bukan ditamatkan tertakluk kepada kuasa budi bicara Mara.

“Kami juga menggesa MRSM Baling supaya mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa mereka tidak menyokong “victim blaming” dan memastikan segala tindakan diambil demi persekitaran yang selamat dan kondusif,” katanya dalam kenyataan semalam.

Video yang dimuat naik menerusi Instagram, Youtube dan Twitter oleh Norazizi, yang merupakan guru Bahasa Melayu di MRSM Baling tular sejak 2 Julai lalu dan menerima kritikan teruk dari warga maya.

Video terbabit yang telah dipadamkan menerusi semua platform media sosial, mendakwa guru itu berkata antara sebab kebanyakan kejadian rogol berlaku adalah disebabkan perilaku wanita yang rambang sehingga menarik perhatian pesalah seksual.

Guru itu turut mendakwa, berdasarkan kajian hanya dua daripada 10 kes rogol adalah benar.

Beliau juga merujuk beberapa sumber tidak diketahui bagi menyokong dakwaannya.

Sementara itu, pihak alumni tersebut juga menyifatkan bahawa guru terbabit banyak membuat kenyataan menghina dalam video tersebut. (sexual slurs)

“Sebagai seorang pendidik yang ditugaskan mengendalikan belia dan pemimpin masa depan, penggunaan bahasa kesat (demeaning) dan kenyataan menghina tidak menggambarkan diri sebagai seorang guru yang berkemahiran, profesional dan kompeten.

“Norazizi turut menjelaskan bahawa mangsa yang wajar dipersalahkan dalam kejadian rogol, dia tetap berpandangan sedemikian meskipun telah mengalihkan fokus berkenaan isu pelajarnya di kelas, menolak pandangan lain yang disokong oleh pelajarnya sambil menekankan bahawa hanya pandangannya sendiri yang dapat diterima.

“Jelas, perilaku ini adalah menunjukkan penyalahgunaan kapasitinya sebagai pendidik,” kata alumni itu lagi.

Meskipun video terbabit telah dipadam, Norazizi kemudian memuat naik video lain bagi memohon maaf atas kenyataannya di akaun Instagram.

“Saya dengan rendah hati ingin membuat permohonan maaf terbuka kepada semua berkenaan kandungan sensitif saya yang tidak berdasarkan fakta benar, video saya telah disalah tafsir dan menyinggung hati ramai pihak.

“Saya juga telah memberi pandangan tanpa melihat gambaran besar dan skop realiti dengan lebih luas.

“Saya juga, tanpa sedar menggunakan bahasa kesat yang tidak bersesuaian dengan masyarat pelbagai lapisan agama, kepercayaan dan norma budaya di negara ini.

“Saya amat menyesali tindakan memuat naik video tersebut tanpa memperoleh pendapat dari pihak lebih arif,” katanya menerusi video tersebut yang dimuat naik semalam.

Beliau juga berjanji tidak akan mengulangi tindakan tersebut dan menafikan merupakan seorang penyokong perogol atau tindakan jenayah rogol atau apa-apa berkaitan dengannya.

Sementara itu, sejak 3 Julai lalu, satu petisyen menerusi laman web Change.org telah tular yang menggesa pemecatan Norazizi sebagai pendidik di MRSM Baling.

Berdasarkan jumlah terkini, petisyen tersebut kini meraih lebih 24,000 tanda tangan.

Menurut forum, apakah tindakan yang paling sesuai untuk guru ini?
Single Polls, Total 80 Users voted
70.00% (56)
3.75% (3)
26.25% (21)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2020 08:06 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 5-7-2020 12:09 PM

[twitter]https://twitter.com/SHESHECUMMINGS/status/1279353500216918016[/twitter]
[twitter]https://twitter.com/AnoiHadi/status/1279230782444171266[/twitter]
[twitter]https://twitter.com/SiamLaksa/status/1278989618755465218[/twitter]
[twitter]https://twitter.com/sarahfia/status/1278692000548532225[/twitter]
[twitter]https://twitter.com/sadhosays/status/1279237069978472451[/twitter]




Petition to take immediate action against Cikgu Mohd Norazizi bin Samsudain of MRSM Baling
https://www.change.org/p/mrsm-ba ... dain-of-mrsm-baling



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2020 08:13 PM | Show all posts
Mohon cikgu MRSM di sini beri sepatah dua kata
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2020 08:25 PM | Show all posts
[youtube]GVI_7Xebp_Y[/youtube]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2020 09:15 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu gatal ni...mase ade bini pn mata melilau tgk pmpuan....tgk tu dah dosa,pastu puji2 plak thru tweeter....salah satu ketidakbijaksanaan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2020 09:39 PM | Show all posts
cikgu gatai norazizi patut dipenjarakan!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi!
Lepastu cemana dia nak explain sebab2 kanak2, org2 tua, pompuan2 dewasa yg elok2 dok dlm rumah pun kena rogol...kena ceroboh privasi diorang kot...kes mcm ni yg banyak...tu pun salah pompuan jg ke cikgu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2020 09:45 PM | Show all posts
muka dia pun gatal.

jenis set2 setan bertopeng manusia ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hello, he needs to be sacked bukan setakat gantung kerja!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu apa mcmni punya pemikiran? Mcm sampah jah! Hbais yg berkelubong pakai purdah pon ada kena rogol jua, kau nak salahkan pompuan?? Dasar jantan sundal otak dekat kote!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 10:32 PM | Show all posts
aku nak kata dia ni banyak sangat dengar 'ceramah lobai' boleh tak?

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 10:41 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 5-7-2020 10:19 PM
Cikgu apa mcmni punya pemikiran? Mcm sampah jah! Hbais yg berkelubong pakai purdah pon ada kena rogo ...




Kau jgan kutuk pemikiran dia dodol. Pemikiran dia sama level dgan arwah TGNA sanjungan ummah hurkeh !!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ini punya level pemikiran cikgu ada ka....patut buang terus ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ko dah knp ni cikgu? elok2 ada karier gaji penuh smpai pencen tak pasal2 kene buang nanti. cash la
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya statement dia ni..
Memalukan cikgu je..
Macam ni ke cara dia bcakap mengajar di kelas?????
Muka mcm miang je..
Jgn2 pernah merogol..tu pasal salahkan mangsa.

Buang kerja aja la! Jadi cikgu pun x guna! Merosakkan masa depan pelajar je
Benci aku tgk cara dia bercakap!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2020 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Annoying giler
Tak sesuai jadi guru
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu2 ni dlm kata mengeluh kerja diorang paling terbeban kt malaysia,  tapi sempat lagi buat video nak jadi utuber.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka mcm pedo jah
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 09:32 AM | Show all posts
selagi mana ramai lelaki bermentaliti mcm ini, selagi tu perempuan (dan sebahagiannya lelaki) jadi mangsa gangguan seksual.

"saya bukan perogol" dan "saya menentang perogol" dua prinsip yg berbeza.

dari segi institusi pendidikan, rasa kesian pulak dgn generasi baru. pendidik MRSM tapi tahap ini je kefahaman isu global.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.079146 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list