Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
1136
View
28
Reply

[Tempatan] Cadangan ECRL kembali ke laluan asal. Time PH, asal ada PRK terus janji kencing laluan lencong ECRL

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-7-2020 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Wee: MB Pahang cadang tukar jajaran ECRL balik ke asal
Diterbitkan 5 Jul 2020, 10:54 pm


Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong hari ini berkata cadangan untuk mengembalikan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) balik ke jajaran asal datang dari Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.

"Kami mengadakan pertemuan bulan lalu yang dihadiri oleh menteri-menteri besar negeri yang terlibat.

"Semasa kami membincangkan penjajaran baru, kerajaan Pahang menyarankan untuk kembali ke penjajaran asal.

"Menteri besar Pahang yang membangkitkan perkara itu," katanya pada wawancara dengan 8TV.

Wee berkata belum ada keputusan muktamad dibuat tetapi memaklumkan beberapa perkara mengenai bagaimana penjajaran asal di bawah BN dapat memenuhi permintaan logistik dan keperluan penduduk dengan lebih baik.


Berdasarkan penjajaran asal BN, ECRL akan melalui Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum memasuki Selangor dari utara melalui Gombak dan menuju ke Serendah dan Pelabuhan Klang.

Pentadbiran PH ketika itu mengubah jajaran itu supaya tidak melalui Bentong dan Gombak seperti yang direncanakan pada awalnya. Ia bertujuan mengelakkan pembinaan terowong sepanjang 17.8km yang mahal melalui Ridge Quartz Klang Gates, khazanah alam semulajadi rabung kuarza tulen terpanjang di dunia.

Sebaliknya, dari Mentakab ia menuju ke selatan melakui Kuala Klawang di Negeri Sembilan sebelum memasuki Selangor melalui Bangi/ Kajang dan kemudian menuju ke Putrajaya Sentral dan akhirnya ke Pelabuhan Klang.

Bagaimanapun, Wee berkata terdapat keperluan yang lebih mendesak untuk menghantar kargo dari utara berbanding di selatan ke Pelabuhan Klang.

Menurutnya, hal ini kerana kargo di selatan akan menggunakan pelabuhan lain seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor.

Sekiranya ECRL melalui Gombak, jelas Wee ia akan memungkinkan integrasi dengan sistem aliran KTM dan LRT.

'PH jimat sebab kurang skop kerja'

Katanya lagi, penduduk Bentong lebih ramai berbanding Kuala Klawang.

Wee berkata terdapat keperluan untuk memastikan muatan dan penumpang mencukupi supaya ECRL tidak menjadi projek gajah putih.

Ditanya sekiranya penukaran laluan itu boleh menyebabkan kos pembinaan ECRL meningkat, Wee berkata penjimatan yang diperolehi kerajaan PH sebelumnya sebahagian besarnya adalah daripada pengurangan skop kerja.

Mengenai kemungkinan berlaku kelewatan akibat pertimbangan balik ke cadangan laluan asal, Wee berkata pembinaan Pakej A (Kota Bharu ke Dungun) dan Pakej B (Dungun ke Mentakab) ECRL sedang berjalan.

Beliau berkata perbincangan mengenai sama ada mengambil jalan utara atau selatan adalah untuk Pakej C, dari Mentakab ke Pelabuhan Klang.

Perdana menteri PH, Dr Mahathir Mohamad ketika itu berpendapat bahawa penjajaran baru akan memberikan integrasi yang lebih baik terhadap jalur pengangkutan sedia ada.

"Dengan jajaran baru ini Laluan Ekspres KLIA (ERL) yang sedia ada, serta laluan MRT2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya pada masa depan, membolehkan lebih banyak negeri mengambil bahagian dalam manfaat ekonomi hasil daripada perjanjian yang ditambah baik itu.

"Ini akan menambah baik sistem ketersambungan penumpang di kawasan lain di pantai barat semenanjung di samping menyediakan rangkaian terus ke KLIA," katanya.

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) juga dijangka melalui kawasan Putrajaya/ Bangi.

Ditambah dengan beberapa perubahan lain termasuk pengurangan stesen dari 24 menjadi 20, PH telah mengurangkan kos projek daripada RM66.5 bilion kepada RM44 bilion.

Awal hari ini, Anggota Parlimen Umno Jalaluddin Alias mahu Putrajaya mengekalkan jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diusahakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menghubung laluan ke arah selatan Lembah Klang menerusi Negeri Sembilan.

"Tidak ada sebab mengapa ia perlu diubah kembali.

"Kita tetap mahukan projek ECRL itu melalui Jelebu memandangkan kebanyakan penduduk di daerah ini juga tidak sabar menanti projek berkenaan," katanya.

Sementara itu, exco kerajaan Negeri Sembilan Teo Kok Seong berkata beliau telah mewakili menteri besar Aminuddin Harun dalam mesyuarat Rancangan Fizikal Nasional pada 11 Jun lalu dan telah menyuarakan bantahan mengenai penjajaran semula ECRL.

Menurutnya, Negeri Sembilan akan mempertahankan jajaran ECRL sedia ada yang dicadangkan pentadbiran PH dahulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 6-7-2020 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pee esh palat         
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:11 PM | Show all posts
dah elok-elok jajaran asal dulu, gi tukar. konon jimat. jimat kepala hangguk.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan lah ecrl tu.. menyibuk je ph ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 6-7-2020 01:07 PM
Pee esh palat

ph celaka.. pastu klaim jimat
lrt3 tu lg la... tak pkir panjang.. mujur 22 bln je memerintah
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 6-7-2020 01:38 PM
Teruskan lah ecrl tu.. menyibuk je ph ni

sibuk dgn perotiga die atuk tua tu.. supaya kroni bleh trus makan hasil
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 02:20 PM | Show all posts
alhamdulillah... cepat2 a buat ECRL ni......  supaya terusan segenting kra tuh x jadi
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 6-7-2020 01:49 PM
ph celaka.. pastu klaim jimat
lrt3 tu lg la... tak pkir panjang.. mujur 22 bln je memerintah

Mmg celaka sgt2. Dah lah fitnah x ingat dunia..jd gomen pun bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang ler, Umno nak cari fulus lebih, biar kroni jadi kaya. Dah agak dah akan.terjadi bila Umno.naik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
True-X replied at 6-7-2020 02:20 PM
alhamdulillah... cepat2 a buat ECRL ni......  supaya terusan segenting kra tuh x jadi

Napa tak jadi pulak, Kra project  tu lebih murah for long term. Juga lebih.practical. . Bodoh lah Siam kalu.tak buat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
So lalu bentong balik ke
Rumah pekerja yg dah roboh tu kne bina balik la..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-7-2020 02:53 PM | Show all posts
dino replied at 6-7-2020 01:49 PM
ph celaka.. pastu klaim jimat
lrt3 tu lg la... tak pkir panjang.. mujur 22 bln je memerintah

dah nama pun pakatan
apa nak harap sgt
dia claim jimat

memang la
sebab jumlah kawasan hentian dikurangkan

mcm kes hutang la
dia ckp hutang byk
rupanya salah titik perpuluhan
tu pun ada pemuja menteri tu


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 03:01 PM | Show all posts
beban hutang 1mdb tak berkurang.
pojek2 yg dah dijimatkan kembali membazir.

pengkhianat tak ambik iktibar dgn pelabuhan india yg jatuh ke tangan china.

mungkin darah parti yg gadai tanah temasek tu
menurun ke generasi baru.
kompom akan ada lg milikan negara yg bakal tergadai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 04:15 PM | Show all posts
Dah elok2 jajaran asal, datang cina guan jeng diubahnya
ikut kepala lutut dia

bangang punya dapig menyusahkan ramai orang
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 04:32 PM | Show all posts
kalau ahli politik france bleh didakwa sbb x tangani covid dgn betul kenapa bekas ahli politik mesia xleh nak dakwa.. dakwa atok n the gang yg beri berbillion2 kerugian sbb terminate ecrl ni...

kenapa la hidup lagi merkea yg bodo2 nim...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 6-7-2020 03:01 PM
beban hutang 1mdb tak berkurang.
pojek2 yg dah dijimatkan kembali membazir.


dah la bodoh baik simpan je komen ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 6-7-2020 01:50 PM
sibuk dgn perotiga die atuk tua tu.. supaya kroni bleh trus makan hasil

Peciter Protiga Atok yer, hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 05:55 PM | Show all posts
Edited by batu kikir at 6-7-2020 06:08 PM

Kalau setakat bawa orang dari Pantai Timur ke KL.........ECRL akan melingkup dengan cepat dan akan jadi gajah putih. Kita kena tengok disegi ekonomiks dia:
1) amaun yg dijimatkan buat jajaran baru dah melebihi RM20 billion (bukan RM 20 juta ya).  Kalau pinjaman RM20 billion @ 5%...........maka bayar faedah je dah dekat RM 1 billion setahun. Belum bayar principle lagi.
2) setakat bawa passenger dari Pantai Timur ke KL...........berapa sen benar bolih buat duit. Bawa kargo tu yang lebih menjana kewangan. Pantai Timur-Port Klang. Sistem keretapi mana2 dunia pun sakit nak buat duit setakat bawa passenger je apatah lagi menguntungkan. Bila tiket  keretapi menjadi RM200/sekepala KB-KL.................orang mula buat perbandingan. If sensorang Ok lah naik keretapi.........tapi kalau dah satu Vellfire...........lebih jimat naik Vellfire
3) NS lagi dekat ke Lembah Klang....................its a matter of time the "spillover" of development akan beralih ke NS
4) HSR akan melalui NS...............integrasi bolih dilakukan dengan sistem HSR, KTM dan MRT SSP5) Lebih dekat ke KLIA...........untuk mana2 barangan yang perlu kepada pengangkutan udara
6) ECRL akan lebih pendek antara 40-60 km berbandinmg jajaran asal. Jadi masa lebih jimat. Passenger bolih stopover kat Putajaya dan sambung MRT SSP. Kalau kat Gombakpun.....kena naik juga LRT ke KL

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaa..ingat senang nak makan durian jelebu kalau ecrl lalu kuala klawang
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 07:54 PM | Show all posts
dino replied at 6-7-2020 04:38 PM
dah la bodoh baik simpan je komen ko ni

takde fakta tross kata org lain bodo.
so,
salah ke i kata hutang 1mdb blom selesai?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list