CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Haniza Mohamed Talha pemenang cabutan istimewa RM1 juta SSP Jun 2020

[Copy link]
 Author| Post time 6-7-2020 04:19 PM | Show all posts
cabutan RM1 juta
kalau SSP BSN min RM3,000
kalau al-awfar Bank Islam min RM10,000
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2020 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku istiqomah juga simpan SSP 50 hengget sebulan tapi lom bertuah lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Limao replied at 6-7-2020 04:51 PM
Aku istiqomah juga simpan SSP 50 hengget sebulan tapi lom bertuah lagi.

SSP ke SSPN ptptn tu?  Sbb sijil simpanan premium ni dia bentuk sijil ala2 FD
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 6-7-2020 01:13 PM
7/7 ni lazada umum sapa menang iphone 11 rm1..doakan aku menang..

Tahniah

Mudahan menang.,
Pastu acara pemberian Iphong diadakan secara live oleh pihak lazada
Dapatla dengar ucapan sarah berterima kasih dengan doa acik2 forum
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 6-7-2020 02:19 PM
Doakan adek iols menang programming shopee
Hahaha

Amiiin..
Menang dan masyukkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
GigaMom replied at 6-7-2020 10:48 PM
Mudahan menang.,
Pastu acara pemberian Iphong diadakan secara live oleh pihak lazada
Dapatla den ...

Hahahaha.. Jenuhhh... Nanti forum x selamat dah.  Sebab budak2 fb masuk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2020 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
GigaMom replied at 6-7-2020 10:49 PM
Amiiin..
Menang dan masyukkk

Khen
Adek iols kata kalau menang..mmg sure ramai cari punyo
Dolu masuk.cimb hackathon pon cimb brapa.kali offer keje dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 6-7-2020 11:04 PM
Khen
Adek iols kata kalau menang..mmg sure ramai cari punyo
Dolu masuk.cimb hackathon pon cimb b ...

iols doakan adik uols menang wpun tatau apekebenda sume ni.aaminn. selama ni iols reti membeli jah contest2 yg muncul boolayan je.
tapi yg ssp ni berkurun jugak la tggu kot2 menang tp sokmo tak bertuah. neleh airlior tgk org lain dpt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2020 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 6-7-2020 11:10 PM
iols doakan adik uols menang wpun tatau apekebenda sume ni.aaminn. selama ni iols reti membeli jah ...

Amin yra.

Mak iols selalu dioffer buka sijil.premium kat bsn..
Asal mak iols gi kaunter..ada aje acik acik kaunter.offer..

Ayah iols sampai meninggal tak ada dpt.pon hadiah..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 11:49 PM | Show all posts
meow_tompok replied at 6-7-2020 01:26 PM
kita simpan ssp ni dpt dividen tak

Ada divident, terus credit dalam akaun tapi tak pernah ambil tahu berapa %.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 6-7-2020 03:53 PM
Cuba msg CS.. Tanya kat mana barang tu skrg ni.


Dah tanya takde respon lagi. Uols iols baru lepas order brg shopee ni tapi bleh plak lupa nk tick 10% cash back
Tp dah guna plak voucher rm8 off
Adeh kalau cancel order pastu place order balik dah tak dapat guna dah voucher tu kan. Ke shopee bagi balik?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 7-7-2020 12:26 AM
Dah tanya takde respon lagi. Uols iols baru lepas order brg shopee ni tapi bleh plak lupa nk tic ...

Tak salah iols, shopee akan bagi balik. Tapi confirm dulu dgn shopee. CS lazada tak bagi respond?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 7-7-2020 12:28 AM
Tak salah iols, shopee akan bagi balik. Tapi confirm dulu dgn shopee. CS lazada tak bagi respond?

Oh yeke. Rasa cam bodoh gigih beli tgh mlm tp tak guna manfaat yg ada baik shopping hari biasa je huhu.
Iols beli dry box ngan SD card utk kamera. Dedua dari seller yg sama tp iols beli guna dua acc yg berlainan. Satu guna tepon suami satu guna tepon iols.
Sbb suami ade byk coin cashback sblm ni so guna la utk redeem.
Kebetulan seller tu boleh redeem coin, pastu dapat diskaun 7.7 lagi n 15% cashback. Tp bleh plak lupa klik adoii  tp pg ni kalau klik cancel order kena tunggu seller approve dulu kan. Kalau dlm masa sejam leh la shopee terus refund duit.
Iols ade pengalaman seller reject request nk cancel order, sakit hati gila.
Kita cancel sbb ade tersilap kuantiti bagai so nak buat order baru semula boleh plak dia reject.
Dahla bila dia dah reject dah xleh buat apa kena sabar dan terima jela brg tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 7-7-2020 09:11 AM
Oh yeke. Rasa cam bodoh gigih beli tgh mlm tp tak guna manfaat yg ada baik shopping hari biasa je  ...

Ya.. Kena tgg seller approved dulu.. Atau kalau seller tak respond dlm masa 48 jam baru auto cancel. Kalau dpt seller ok x apa.. Kalau seller teruk mmg takkan bawa berbincang
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Lazada tengah buat sale RM1.

sila join.. Kot2 ada yg menang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Xim replied at 6-7-2020 01:49 PM
Mmg target golongan2 itu je....rasenye minimum kena simpan rm50....aiols nsht abg aiols bukak plg  ...

Selalunya yang memang tu menabung setiap bulan..

Teringat dulu makcik yang memang sejuta tu. Setiap bulan duit pencen arwah suami dia beli SSP.. Rezeki dia dapat sejuta..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2020 01:01 AM | Show all posts
Haniza menang RM1 juta cabutan BSN
Diterbitkan 10 Jul 2020, 5:11 pm



Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi bulan Jun 2020 menyaksikan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha menjadi pemenang hadiah istimewa dengan menerima ganjaran wang tunai RM1 juta.

Keputusan kemenangan SSP bernilai RM1 juta itu diketahui selepas BSN memaklumkan hal tersebut melalui laman webnya.

Sementara itu, cabutan bagi bulan Jun 2020 pula telah dikendalikan secara langsung dalam FB BSN pada 4 Julai.

Dalam keputusan cabutan istimewa BSN SSP itu, Haniza diumumkan sebagai pemenang RM1 juta dengan nombor sijil simpanan 018-88843761.

Malaysiakini sudah menghubungi Haniza bagi mendapatkan pengesahan lanjut, bagaimanapun belum berhasil.

Bagaimanapun, laman sosial Facebook Penggerak Komuniti Negara P109 Kapar mengesahkan Haniza yang juga bekas ketua wanita PKR yang baru saja dipecat hadir ke Wisma Ehsan BSN Cawangan Negeri Selangor, Shah Alam pada 8 Julai bagi menerima wang cabutan itu.

Dalam hantaran tersebut turut dikongsikan beberapa keping gambar Haniza menerima mock cheque dari Pengarah Negeri BSN Selangor.

BSN menerusi SSP menyediakan hadiah kira-kira RM2 juta sebulan kepada pelanggannya sebagai galakan menambung Sijil Simpanan Premium.

Pada 28 Jun lalu, selain dipecat dari jawatan disandangnya, PKR juga melucutkan keahlian Haniza.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 05:46 PM | Show all posts
ADUN Lembah Jaya menang RM1 juta
SARINAH MAT KASIM | | 12 Julai 2020


SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha tidak menyangka akan memenangi cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi bulan Jun 2020.

Kemenangan itu membolehkan beliau yang merupakan bekas Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 juta.

Menurutnya, beliau mengetahui memenangi cabutan itu selepas dihubungi pegawai BSN.

"Saya memang tidak sangka nama dan nombor siri SSP saya terpilih dan syukur, Alhamdulillah itu adalah rezeki yang tidak disangka-sangka.

"Pertama kali saya membeli SSP ini pada awal tahun 2019 bernilai RM3,000. Sebelum ini saya ada juga tunggu cabutan pada penghujung tahun tapi belum ada rezeki lagi dan tidak sangka pula cabutan bulan lalu menyebelahi saya," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.061724 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list