Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
689
View
14
Reply

[Tempatan] Bawah pentadbiran PN, Malaysia diiktiraf berjaya urus, kawal wabak COVID-19. Kalau tak, sampai sekarang ke hulu hilir jangan panik, denggi, coronapalatao etc

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-7-2020 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia diiktiraf berjaya urus, kawal wabak COVID-19 C PM
Bernama -
6 July 2020


PUTRAJAYA C Malaysia telah diiktiraf antara negara yang amat berjaya di dunia dalam mengawal dan menguruskan wabak COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berucap pada perjumpaannya bersama kira-kira 250 warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini, beliau berkata kejayaan tersebut adalah berkat usaha kesungguhan dan kerjasama semua pihak di peringkat kerajaan hingga masyarakat.

Kita bersyukur kerana Malaysia telah dapat melalui satu tempoh masa yang amat mencabar iaitu untuk menangani wabak COVID-19 yang telahpun melanda dunia dan Malaysia tidak terkecuali.

Kesemuanya ini kerana adanya usaha bersungguh-sungguh kita bersama-sama, baik di peringkat kerajaan mahupun rakyat jelata, menguruskan secara bijaksana, tegas dan berani membuat keputusan yang segera dan tepat untuk menentukan wabak penyakit ini tidak menular dalam kalangan masyarakat, katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak memandang remeh sesuatu isu sekiranya ia melibatkan kesejahteraan rakyat walaupun Malaysia tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan wabak sedemikian dalam tempoh lebih 60 tahun.

Muhyiddin turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam dan petugas barisan hadapan atas usaha menangani COVID-19 termasuk doktor, jururawat, tentera, polis, Majlis Keselamatan Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau berkata hari ini Malaysia sudah sampai ke peringkat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), iaitu satu fasa yang boleh dikatakan memberi banyak ruang untuk memulakan semula kehidupan seperti biasa.

Dalam fasa pemulihan yang sedang kita lalui sekarang, inilah satu tempoh yang agak lebih mencabar. Ini adalah satu lagi peringkat yang perlu kita ambil kira secara terperinci.

Walaupun COVID-19 belum selesai sehingga vaksin itu dapat ditemui, tetapi kita telah mengambil langkah ke hadapan, mungkin lebih awal daripada banyak negara-negara lain yang sedang dilanda wabak ini, katanya.

Setakat 12 tengah hari semalam, kes kumulatif yang dicatatkan di Malaysia ialah sebanyak 8,663 dengan 121 kematian, dan kes aktif hanya 77.

BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 6-7-2020 01:03 PM | Show all posts
kalau masih PH nanti menteri kesihatan angguk2 kepala belakang menteri pelancongan Ketapi tu. si Ketapi pulak pusing2 tangan sambil mengkecilkan risiko Covid 19.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik pm bukn yg jnis akn jwb takkan letak di kandang lembu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nazzse at 6-7-2020 05:29 AM

Syukur alhamdulillah.. Berkat bacaan doa yg ikhlas by PM yg diaminkan seluruh rakyat Malaysia yg dengar cakap dgn niat  utk selamatkan Malaysia. Berkat usaha anggota KKM & barisan hadapan.

Prinsipnya, bila pemimpin, org atas ikhlas bekerja utk rakyat, kita dgn senang hatinya follow..
Bukan meratib ni salah kerajaan dulu, negara nak bankrap lah.. politik sampai sudah,kesejahteraan rakyat paling nak ambil tahu.. Pelancong lagi penting katanya

Hebat kerjasama rakyat Malaysia kali ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ph.. jgn panik, semua masih terkawal... jgn dengar ckp who
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. Tepat masanya.. Allah lindungi tanah bertuah ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 02:43 PM | Show all posts
korang semua ni palatao...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 07:32 PM | Show all posts
kalau pee esh masih jadi KERAjaan

satu je dia pening, kandang lembu xcukup nak sumbat PRC  
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kannn... Syukur sangat PH dah mampus. Dan takkan timbul2.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang ramai x ikut sop.korang rasa? Berdoa jela baik2
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 04:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 7-7-2020 04:36 AM

Terbaik still Singaporn lar. Kes lebih 40k tapi kematian hanya 27 aje. Dan.depa tak perlu tanggung kerugian 2.5billion seharimacam.kita akibat PKP membuta tuli tanpa targeted approach. Takyah syok sendiri lah Mudin oii
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya juga ada terfikir, masa ramadan hari tu.. mungkin ada doa diantara kita, inshaAllah ada yang makbul.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 09:41 AM | Show all posts
Sekarang kes aktif cuma dua angka aje..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 09:47 AM | Show all posts
cap_ayam replied at 7-7-2020 06:07 AM
Saya juga ada terfikir, masa ramadan hari tu.. mungkin ada doa diantara kita, inshaAllah ada yang ma ...

Amin.. Raya Haji nanti tiada kunjung-mengunjung kan?

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 7-7-2020 09:47 AM
Amin.. Raya Haji nanti tiada kunjung-mengunjung kan?

saya tak pasti pulak pasal kunjung mengunjung pada raya haji.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list