CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5201|Reply: 25

[Tempatan] Kempen hentikan pasaran rokok gelap. Anda setuju?

  [Copy link]
Post time 6-7-2020 09:34 PM | Show all posts |Read mode
Kempen hentikan pasaran rokok gelap
WARTAWAN SINAR HARIAN | | 6 Julai 2020



SHAH ALAM - Sebanyak 62 peratus daripada seluruh pasaran tembakau di Malaysia hari ini dikuasai oleh sindiket penyeludupan rokok dan negara kita berada di tangga teratas di dunia bagi rokok seludup yang mengakibatkan kerugian cukai eksais yang mencecah RM5.3 bilion setiap tahun.

Susulan itu, syarikat tembakau yang terulung di Malaysia British American Tobacco (Malaysia) Berhad (BAT Malaysia) bertekad mahu menghentikan pasaran gelap rokok melalui kempen 'Hentikan Pasaran Gelap' dan membuka mata masyarakat terhadap isu ini.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Jonathan Reed berkata, kempen tersebut turut menonjolkan kesan negatif pasaran gelap rokok kepada negara dan mengajak rakyat Malaysia berkongsi pandangan mereka tentang cara untuk membanteras jenayah ini.

Beliau berkata, selain daripada mencemar nama baik negara, kesan negatif pasaran gelap rokok begitu meluas sehingga menjejaskan perniagaan sah dan kehidupan seluruh rakyat.

"Kami menghargai dan memuji usaha gigih semua agensi penguatkuasaan undang-undang sejak kebelakangan ini dan kami berharap usaha ini akan terus memberi tekanan kepada sindiket yang beroperasi dalam pasaran gelap rokok ini.



"Namun, tindakan penguatkuasaan sahaja tidak mampu menyelesaikan ini. Perhatian yang lebih serius harus diberikan terhadap isu ini dan rakyat perlu diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Reed berkata, BAT mengambil pendekatan proaktif untuk tampil bersama membendung isu berkenaan sebelum ia bertambah parah kerana pasaran gelap rokok membentuk sebahagian daripada ekonomi gelap bernilai RM300 bilion yang terus menjejaskan pertumbuhan negara.

"Rakyat boleh mengambil bahagian dalam tinjau selidik supaya untuk memberikan pendirian mengenai isu ini serta berkongsi apa yang perlu dilakukan untuk membantu memulihkan ekonomi negara ini," katanya.

Menurut satu tinjauan pendapat yang dijalankan baru-baru ini oleh syarikat penyelidikan pasaran terkemuka, rakyat Malaysia percaya bahawa tabiat merokok dalam kalangan belia bawah umur adalah disebabkan oleh rokok seludup murah yang begitu mudah didapati.

Beliau berkata, masyarakat boleh menyuarakan pandangan mereka menerusi satu tinjau selidik seluruh negara yang dijalankan secara dalam talian di www.stoptheblackmarket.com.my dan boleh berkongsi pendapat di https://www.facebook.com/stoptheblackmarket.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... pasaran-rokok-gelap
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Single Polls, Total 14 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2020 09:52 PM | Show all posts
Ayuh perokok2 porum Cari....

Tunaikan kewajipan anda untuk mengundi

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat Dunhill Double. Pesta Filem Dunhill. B&H Golden Dreams come true.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 ada iklan Rothmans International.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Persoalannya, mampu kew? Rokok haram kemain senang nak seludup masuk dar tiga tanah besar ini yakni Thailand, Yindogneshia dan Pelipinoyying.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 08:56 AM | Show all posts
Perillys mempersembahkan Keris Hitam Bersepuh Emas..


I x isap rokok so setuju jek..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2020 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
tak tahu apa keperluan rokok. sbb tak berminat nak rosakkan paru2 & jugak rosakkan paru2 org sekeliling (passive smoker)

Rokok itself mmg haram tak kira la yg bayar cukai atau tidak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2020 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 7-7-2020 09:00 AM
tak tahu apa keperluan rokok. sbb tak berminat nak rosakkan paru2 & jugak rosakkan paru2 org sekelil ...

Saya perokok sambilan

Saya rasa rokok itu sedap

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 09:37 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 6-7-2020 09:52 PM
Teringat Dunhill Double. Pesta Filem Dunhill. B&H Golden Dreams come true.

Iklan Gold Flake yang menaja Drama Swasta dan slot pengganti tayangan gambar Melayu iaitu Tayangan Mustika (kemudiannya Mustika Filem) kat RTM melalui TV1 tak harus lupa..

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 09:40 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 7-7-2020 08:56 AM
Perillys mempersembahkan Keris Hitam Bersepuh Emas..

Sama la.. Bukan perokok tapi iklan rokok legend2 belako.. Iklan sekarang terutama sedutan rancangan realiti hiburan siaran MPB dan Astro macam taik..

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Simple je, letak balik harga rokok rm 5, aku jamin elok je orang beli rokok legal.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 6-7-2020 07:29 PM

I vote no 3 ... Merokok lah jika mampu.. Tapi perlu kena kan cukai tinggi sebab untuk bayar medical bills uols bila sakit.. Kasihan taxpayers tidak merokok tanggung bala yang uols cipta ..

TT mahu tukar vote bagaimana ..silap vote
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:28 AM | Show all posts
Agak susah nak laksanakan sebab mudah dapat dan harganya murah walau kualiti kurang.  Penjual dan pelanggan tetap pun dah kau tim awal2 cara utk dapat bekalan.  Tak perlu ada gerai pun mereka tahu kat mana nak cari si penjual.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Gelap ke cerah ke separa mendung ke.. Semua patut dihapuskan..xde pekdah langsung! Siapa la pergi cipta rokok ni dlu.. Patut dibunuh je awal2
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 7-7-2020 09:15 AM
Saya perokok sambilan

Saya rasa rokok itu sedap

wah apa yg sedap tu En Kutu

ada rasa macam talapia steam nyonya tak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2020 12:03 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 7-7-2020 11:22 AM
I vote no 3 ... Merokok lah jika mampu.. Tapi perlu kena kan cukai tinggi sebab untuk bayar medical  ...

Vote hanya sekali uols tu sebab kena fikir masak2 sebelum pangkah...

I cuma boleh tolong edit tajuk Dwdrum tersilap undi. boleh?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2020 12:25 PM | Show all posts
TravellingBear replied at 7-7-2020 12:03 PM
wah apa yg sedap tu En Kutu

ada rasa macam talapia steam nyonya tak

sedap lah...

susah nak gambar...

fuh fuh fuh...


Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:29 PM | Show all posts
rokok murah ada , kenapa susah2 nak  beli rokok mahal?  y bother?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasaran gelab wujud sebab harga terlampau mahal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2020 12:37 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 7-7-2020 11:28 AM
Agak susah nak laksanakan sebab mudah dapat dan harganya murah walau kualiti kurang.  Penjual dan pe ...

kualiti lebih kurang jer sister

dah memang nak rosakkan paru2 ada ka racun yang berkualiti?... bagi lagi cepat mati gitu ka?...


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.101473 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list