CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3156|Reply: 39

[Tempatan] Rumah Makanan Percuma' ringankan beban orang ramai

  [Copy link]
Post time 7-7-2020 03:47 AM | Show all posts |Read mode


ORANG ramai mengunjungi kedai khas, ‘Rumah Makanan Percuma’ disediakan sepasang suami isteri bantu ringankan beban masyarakat terkesan akibat COVID-19. Foto/Noorazura Abdul Rahman








'Rumah Makanan Percuma' ringankan beban orang ramaiOleh Noorazura Abdul Rahman
bhnews@bh.com.my







ALOR SETAR: Sepasang suami isteri di sini menyediakan makanan percuma kepada orang ramai bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat COVID-19.

Pasangan itu sanggup membuka kedai khas yang dinamakan 'Rumah Makan Percuma' untuk memberi makan tengah hari kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama dan status.

Jaffri Ahmad, 56, berkata dia merancang melakukan kerja amal itu bersama isterinya, Mazlina Makaruddin, 53, sejak sekian lama, namun tertangguh akibat sibuk dengan urusan perniagaan.

Katanya, hasrat mereka direalisasikan segera selepas melihat ramai terkesan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

"Idea sudah lama, sebab setiap kali kami pergi menunaikan umrah, masyarakat di sana berlumba-lumba memberi makan percuma, apabila COVID-19 melanda negara, ramai susah dan saya rasa ini masa paling sesuai melakukan kerja amal ini.

"Makanan ini disediakan untuk 200 orang dan mereka akan menerima kad nombor giliran bagi membolehkan mereka mengambil makanan," katanya ketika ditemui selepas majlis pembukaan 'Rumah Makan Percuma' di Simpang Empat, hari ini.


JAFFRI (tengah) bersama Mazlina menunjukkan ‘Rumah Makan Percuma’ disediakan mereka.- Foto/Noorazura Abdul Rahman


Mazlina yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat Ayam Bismi Sdn Bhd, berkata rumah makan percuma itu
beroperasi pada jam 12 tengah hari hingga 2 petang setiap Isnin hingga Sabtu.

Katanya, modal sebanyak RM30,000 dikeluarkan bagi
melakukan kerja amal berkenaan.

"Antara menu adalah nasi putih, ayam dan sayur pelbagai jenis masakan serta air. Jika ada sambutan kita tambah jumlahnya.

"Ada pihak mahu beri sumbangan kepada kami, tetapi buat masa ini nanti dahulu. Boleh hantar makanan seperti beras dan buah-buahan boleh hantar ke sini," katanya ibu kepada empat anak ini.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dan yg datang tu dari orang jenis kedekut
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah bestnya hidup buat amal. .....untuk masa depan di akhirat. ...untunglah orang banyak duit....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 7-7-2020 07:33 AM
Dan yg datang tu dari orang jenis kedekut

Dan pemalas nk masak
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 7-7-2020 07:38 AM
Ya Allah bestnya hidup buat amal. .....untuk masa depan di akhirat. ...untunglah orang banyak duit.. ...

Tak de duit pun blh buat amal Noor....
Pi sedekah kat Rohingya.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Manusia zaman sekarang mmg berlumba2 buat kebajikan .......X kira pada manusia mahupun binatang. ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2020 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 7-7-2020 07:39 AM
Tak de duit pun blh buat amal Noor....
Pi sedekah kat Rohingya.....

Sedekah apa kat rohingya tu jazaa kalau X de duit. ....bulu ..daun adalah. ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 7-7-2020 07:38 AM
Dan pemalas nk masak

Hehe. ..gelak aku pagi ni tau. .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga bertambah2 lg rezeki pasangan ni...
Aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
jerukkedondong replied at 7-7-2020 07:44 AM
Moga bertambah2 lg rezeki pasangan ni...
Aamiin

Aamiin


Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tokey bismi.. Ayam dia laku keras
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Murah rezeki dia..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 08:04 AM | Show all posts
Edited by Simunggu at 7-7-2020 08:05 AM

yg datang berduyun mcm org yg ambil kesempatan pula..bukan org susah pun....niat baik tapi tak sampai ke sasar...

mungkin sasarannya bukan org gelandangan...atas sikit...semoga murah rezekinya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 7-7-2020 07:38 AM
Dan pemalas nk masak

Aiol nampak kelibat pakcik2 gemuk daam gamba.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 08:38 AM | Show all posts
yg datang sumenya berkereta..mmg betul2 kurang berkemampuan la kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 7-7-2020 08:38 AM
yg datang sumenya berkereta..mmg betul2 kurang berkemampuan la kot

Dlm news ckp kaw tu ramai org semekin. Sebab tu dia set up situ..

So yg dtg naik kete tu sume org luar kategori kaka jazz ckp la tu. Hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 08:49 AM | Show all posts
Normabaru replied at 7-7-2020 08:43 AM
Dlm news ckp kaw tu ramai org semekin. Sebab tu dia set up situ..

So yg dtg naik kete tu sume o ...

msti org semekin xsangka rupa-rupanya org berkereta ni lgi semekin dr deyeols..semekin jiwa !! hahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Adehh...x tau la...aku judge based on pakaian gaknye....yg dlm gmbr pn nmpk mcm brkemampuan je....kena tgk libe la gamaknye....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 08:55 AM | Show all posts
Kurex replied at 7-7-2020 07:33 AM
Dan yg datang tu dari orang jenis kedekut

org yg beri makan tu dia tak kira sama ada org tu kedekut keee tidak
janji datang dan makan.



Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
PerKasa replied at 7-7-2020 08:55 AM
org yg beri makan tu dia tak kira sama ada org tu kedekut keee tidak
jan ...

Aku kata yg datang, bukan yg buat amal tu.. kau nak jadi bangcak 2.0 ke apa jenis tak faham kenyataan orang...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.086122 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list