CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] PEGUAM SYARIE kongsi kes-kes tuntutan nafkah

  [Copy link]
Post time 9-7-2020 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 9-7-2020 08:36 AM
wow tahniah lah. berjaya grooming laki.
boleh jadi inspirasi buat org pompuan di luar sana.
ini  ...

Baik cari yg dh siap groomed dr kena grooming. Bt penat aje hahahha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 9-7-2020 09:17 AM
imperza replied at 9-7-2020 08:08 AM
sekarang applicable lagi ke? harga minyak turun teruk, new state tax, cartels war, abudant talents ...


Masih ok je lg.. bukan semua company sama impact nya... ada yg pandai leverage bisnes
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 9-7-2020 08:36 AM
wow tahniah lah. berjaya grooming laki.
boleh jadi inspirasi buat org pompuan di luar sana.
ini  ...


Chuolz.. marriage and long term relationship is all about reciprocating efforts, feelings and dreams (and how to achieve it)...

Im a no believer as semua terhidang perfect di depan mata...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
tipuware replied at 8-7-2020 02:51 PM
even tak apply pada semua, tapi yes apply pada ayah aku hahaha. so tu bila aku kawen, aku terkejut ...

lol... husband i awal2 kawen gigih sgt nak pledge masak utk i (alternate days)... tp bila turn dia buat dinner, asik terlebih garam je jenuh i dgn anak i tonggang air masak utk dilute body fluids balik

So i asked him not to cook dinner anymore, tp dia dibenarkan prepare breakfast yg tak melibatkan campuran garam and he's excellent and istiqomah in that
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 replied at 7-7-2020 08:07 PM
Masa i dlm proses berpisah..satu benda yg i sgt concern adalah nafkah ank. I takut ex culas tak bg n ...

Bagusnya nasihat ustaz tu.. Aku rasa bersyukur sgt dpt suami yg bertanggungjwb, walaupun kehidupan kami biasa saja tapi alhamdullillah setakat ni bab nafkah anak dan utk aku sekali suami x pernah berkira.. Dan suami ringan tulang membantu dalam pengurusan anak dan hal rumahtangga..klu aku penat atau x sihat dia yg take over urus anak,masak, kemas rumah semua..

Dalam hal merajakan anak lelaki ni ada berlaku pada adik aku sendiri, kami adik beradik ada 4 org..aku sorang jer perempuan, anak kedua..dan aku,suami serta anak2 tinggal dgn mak aku sebab mak x berapa sihat..adik bongsu aku dah kawin,tinggal berasingan..jadi abg dan adik kedua bongsu masih tinggal dgn mak juga. nasib baik la abg aku ok,pandai urus diri sendiri dan tolong uruskan hal rumah. Cuma masalahnya adik kedua bongsu aku tu,ya ampun pemalasnya..lepas berak pun taik x flush, sapa sapa yg masuk tandas lepas dia, jdi kuli la flush taik tu.. Baju,pinggan mangkuk dia main letak gitu je kat mana dia duduk.. Baju kotor dia pun, mak aku yg ambil dari bilik utk cuci.. Bukannya budak lagi adik aku tu,umur dah 34 tahun..kami semua dah malas nak bising kat dia ni sebab melenting klu di tegur, nasib la ada kerja..klu tak,dah siap pakej membiawak..salah satu sebab adik aku sorang ni begini sebab dia anak manja mak..dari kecik mak aku lebihkan dia, manja kan dia, dia x disuruh pun buat kerja rumah..asik aku jer yg kena mengalah dgn dia ni..abg aku dgn adik aku yg bongsu menyampah dah dgn dia ni..ntah la apa nasib pompuan yg akan kawin dgn adik aku ni nanti..apapun aku doa kan supaya kehidupan ko akan bertambah baik..

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blanco replied at 9-7-2020 09:50 AM
Bagusnya nasihat ustaz tu.. Aku rasa bersyukur sgt dpt suami yg bertanggungjwb, walaupun kehidupan ...

Alhamdulillah sis..good dapat suami yg bagus. Memang..bab nafkah ni kalau suami praktikkan dari masa berkahwin lagi sepatutnya.

Masa saya jumpa ustaz tu, soklan first ustaz tu..suami tu selama berkahwin ni tuk 3 perkara asas tu ada dia tanggung tak? Saya cakap..memang ada. Dia bayar. Then ustaz tu kata..kalau lelaki dah biasa menanggung nfkh semua, bila berpisah esok..insyaallah takkan culas juga. Sebab dia dah terbiasa dan tau tanggungjwab. Alhamdulillah..memang tul cakap ustaz tu. Tapi ustaz tu tetap suruh saya buat agreement tuk nafkah anak..ada black n white..jaminan kot2 kalau dia kawin baru..time tu lepas tangan pulak. Tapi saya pun takde lah ikut nilai dalam agreement tu...tu lagi banyak saya mintak..hehehe. Skrg apa yg ayh bdk2 ni bayar itu ini pun dah syukur sgt. Malas nak berkira.

Kita perempuan ada anak lelaki, memang sis..ajar dari kecik keje rumah..hormat wanita sume kan. Jangan manjakan sangat. Kalau bekas suami tu tak leh bagi nafkah..kena mintak dari keluarga dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-7-2020 04:09 PM | Show all posts
Isteri dendam dengan bekas suami, anak tak patut dihalang jumpa bapa! Doktor beri nasihat berguna untuk ibu tunggal ‘move on’ - Viral | mStar
Khamis, 09 Julai 2020 2:00 PM
4-5 minutes

TIADA insan di dunia ini yang mahu mahligai perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian.

Namun jika penceraian menjadi pilihan terakhir selepas segala usaha menyelamatkan rumah tangga tidak berhasil, kedua-dua pihak seharusnya berpisah secara damai.

Ini demi mengelakkan berlakunya perebutan hak penjagaan anak-anak yang dikhuatiri berpanjangan sehingga memberi kesan buruk di kemudian hari.

Terpanggil untuk memberikan pandangan, seorang doktor berkongsi kisah sahabatnya yang berdepan dengan isu hak penjagaan anak-anak, supaya dapat dijadikan renungan dan teladan bersama.

Menurut Dr Rusyainie Ramli, sahabatnya yang sudah berpisah dengan bekas suami sering merungut apabila tiba giliran lelaki itu mengambil anak-anak mereka ketika hujung minggu dan cuti sekolah.

Apabila penceraian terjadi, secara tidak langsung ia akan membabitkan hak penjagaan anak-anak.

"Saya kata, biarkan. Biarlah bekas suami buat begitu. Saya tanya pada teman saya tu, kenapa tak boleh pula?

"Anak-anak tu tetap takkan putus tali perhubungan dengan ayah mereka walaupun teman saya tu dah bukan isteri kepada lelaki tu. Ayah tetap ayah, sampai bila-bila. Sama seperti mak, tetap kekal selamanya.

"Kenapa anak-anak tu menjadi galang ganti kepada apa juga yang berlaku dalam perkahwinan tu? Mereka bukan harta benda yang boleh dipecah dan dibahagi," tulisnya pada perkongsian di Facebook.

Walau apa jua silap yang dilakukan oleh bekas pasangan sebelum ini sama ada curang atau kesalahan lain, namun menurut doktor ini, anak-anak tidak wajar digunakan untuk membalas dendam.

Dr Rusyainie Ramli kini berkhidmat sebagai doktor dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebaliknya tambah doktor ini, rakannya itu atau mana-mana wanita lain yang berdepan dengan situasi yang sama seharusnya bersyukur kerana bekas suami masih 'mengambil pusing' akan keadaan anak-anak.

"Mahu jugalah dia (bekas suami) menjaga anak-anak tu. Bukan terus menghilang. Lenyap begitu saja atau lepas tangan macam tak ada tanggungjawab.

"Masa dengan ayah mereka tulah, anak-anak boleh meminta dia belikan keperluan mereka kan. Tak adalah segalanya atas bahu kawan saya tu. Ringanlah beban kewangan dia, sebab dia pun bukan berkemampuan sangat," tulisnya lagi.

    Kenapa anak-anak tu menjadi galang ganti kepada apa juga yang berlaku dalam perkahwinan tu? Mereka bukan harta benda yang boleh dipecah dan dibahagi.
    DR RUSYAINIE RAMLI


Malah tambah Dr Rusyainie, ketika anak-anak sedang dalam giliran dengan ayah mereka, peluang tersebut sewajarnya digunakan oleh wanita berkenaan untuk bersendirian atau melakukan apa jua aktiviti yang digemarinya.

"Inilah peluang untuk dia menarik nafas lega sikit, jauh dari hiruk pikuk hingar bingar suara anak-anak yang kalau dah 24 jam tu, mahu juga rimas dan penat jadinya.

"Sekarang ni, dia banyak menyertai aktiviti larian pada hujung minggu. Saya tumpang gembira melihat dia dapat meluangkan masa untuk dirinya sendiri. Bukankah ia sesuatu benda yang positif?" tulis doktor itu lagi.

Perkongsian tersebut turut dipersetujui oleh sebahagian netizen yang memberi komen positif selain berkongsi pengalaman masing-masing.

Sungguhpun berlaku penceraian, ibu tidak seharusnya menghalang anak-anak daripada bertemu bapa mereka. Gambar hiasan.

"Tepat sekali. Selalu nampak parents yang bercerai gunakan anak-anak untuk balas dendam antara satu sama lain. Patut hal orang dewasa biarkan antara orang dewasa, jangan campur adukkan dengan anak-anak," tulis seorang netizen.

"Dulu saya keras hati. Bila saya sendiri minta nasihat dari seorang sahabat, dia nasihatkan saya sakit hati macam mana sekali pun, itu ayah kepada anak-anak. Seorang ibu takkan dapat ganti tempat ayah," komen seorang lagi netizen.

"Jangan berdendam, biarlah ayah tu nak jumpa anak. Ada tu bukan saja tak bagi jumpa, buruk-burukkan pulak sampai anak jadi benci. Kesian," tulis netizen yang lain pula.

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
anakmak replied at 9-7-2020 12:36 AM
alhamdulillah....
masih ada ex2 yg bertanggungjawab
seronok i dengar

Huh..bongoknya bapak macam gitu.. esok esok dah tua kalau anak x pedulik, jgn meratib hiba..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 11:46 AM | Show all posts
Xim replied at 7-7-2020 05:57 PM
Bini baru tu muke tebal eh....kalau buat selipar tu elok ....tahan lasak....nak kawen dgn duda x f ...

takper bak kata mak aku kan, ambik la TUTTTTT tu, mak tak heran.Ngadap la susah senang sampai mati. Kalau senang laaa kan.
Anak2 mak dah besar ank2 dia kecik lagi, tua2 pon kena keje lagi, rumah pon sewa.
Mak dah selesa, anak dah besar, dah xyah kerja, dok umah ngaji ja main tepon main dengan cucu.
Free debt kekdah nyer mak iolss...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
malutapimahu replied at 10-7-2020 11:46 AM
takper bak kata mak aku kan, ambik la TUTTTTT tu, mak tak heran.Ngadap la susah senang sampai mati ...

Alhamdulillah rezeki mak chuoll....tu la pentingnye kalau mak2 ni bkerja....ade certain suami lps kawen je suruh isteri brhenti keje...ujung2 bcerai cmne kan....bkn la mendoakan rmh tgga x kekal....tp sbgai prsediaan....manusia blh brubah bile2 mase.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 06:47 PM | Show all posts
Nak tanya... kalau isteri beli rumah and rumah tu isteri yang bayar bulan2, bila cerai boleh ke isteri tuntut nafkah tempat tinggal yang dia bayar bulan2 kat bank.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2021 10:18 PM | Show all posts
@nnaLiz@ replied at 21-5-2021 06:47 PM
Nak tanya... kalau isteri beli rumah and rumah tu isteri yang bayar bulan2, bila cerai boleh ke iste ...

boleh
kena simpan resit, transaksi bank sebagai bukti bila di minta di mahkamah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053983 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list