CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4750|Reply: 45

[Politik] Sedarlah diri sikit, kalau buat PRU mengejut pun belum tentu PN boleh menang - P

[Copy link]
Post time 7-7-2020 09:54 AM | Show all posts |Read mode
'Pencapaian 4 bulan bukan jaminan PN menangi PRU mengejut'
Yasmin Ramlan Diterbitkan Hari ini 8:03 am



Penganalisis politik dan badan pemikir berpendapat pencapaian Perikatan Nasional (PN) sepanjang kira-kira empat bulan mentadbir negara belum cukup untuk menjamin kemenangan, jika pilihan raya mengejut diadakan.

Ketua penyelidik badan pemikir Ilham Centre, Mohd Yusri Ibrahim berkata PN tetap perlu menyelesaikan isu politik dalaman gabungan itu terutama berhubung isu pembahagian kerusi.

“Kemampuan PN untuk menang PRU akan datang bukan sekadar bergantung kepada kemampuan menangani isu-isu kesihatan dan ekonomi, tetapi paling penting kemampuan menangani politik dalaman PN itu sendiri.

“PN berpeluang cerah menang jika mereka menyertai PRU dengan status qou yang ada sekarang, iaitu menggunakan jenama PN dan mengekalkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri,” katanya sambil menambah populariti Muhyiddin baik untuk PN.

Mengulas lanjut mengenai masalah dalam PN, Mohd Yusri berkata selain pertikaian dalam agihan kerusi tradisi terutama di kawasan majoriti Melayu, PN turut berdepan dengan isu mengangkat jenama gabungan itu dalam PRU dan ketidaksepakatan dalam pengekalan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

“PN berpeluang menang jika isu-isu dalaman seperti lambang yang akan digunakan, calon perdana menteri dan agihan kerusi berjaya diselesaikan dengan baik.

“Jika isu-isu tersebut gagal diurus dengan harmoni, tiada jaminan untuk mereka mengusai Putrajaya selepas PRU ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Umno dan PAS boleh tukar pendirian

Pada 5 Julai lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali berkata PN telah cukup kriteria untuk mengadakan PRU mengejut pada bila-bila masa kerana telah berjaya menangani krisis kesihatan awam, politik dan ekonomi.

PRU boleh diadakan pada tahun ini atau tahun depan, kata Azmin lagi seperti dipetik Sin Chew Daily.

Muhyiddin dalam usaha merasmikan gabungan PN agar parti-parti yang terlibat boleh bertanding di bawah platform itu dalam PRU akan datang.



Pada masa sama, pengerusi Umno negeri dan pesuruhjaya PAS negeri berkumpul semalam bagi pembentukan jawatankuasa Muafakat Nasional (MN) peringkat negeri.

Ia sekali gus ke arah mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berkemungkinan akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Pensyarah Universiti Malaya Awang Azman Awang Pawi pula berkata bahawa PN tidak boleh bergantung dengan ciri-ciri yang disebutkan Azmin sahaja untuk menang jika PRU mengejut diadakan kerana banyak faktor lain perlu diambil kira, terutama pendirian Umno dan PAS yang boleh berubah ketika saat-saat akhir selepas Parlimen dibubarkan.

“Misalnya Umno dan PAS pada saat akhir membuat keputusan untuk bersandarkan MN dan tak mahu melibatkan PN.

“Pada saat akhirnya Umno dan PAS boleh berubah pendirian untuk meletakkan calon Umno sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri (dari) PAS misalnya,” katanya.

Pengundi muda kecewa tapi...

Meskipun begitu, menurut Mohd Yusri dan Awang Azman, tidak dapat dipertikai bahawa sentimen rakyat dari luar bandar lebih memihak kepada PN yang dilihat mewakili suara Melayu-Islam.

“Jika diperincikan, sokongan ini majoritinya daripada segmen Melayu-Muslim luar bandar serta dengan tahap sosial ekonomi status (SES) yang agak rendah.

“Bagi komuniti Melayu di bandar dengan tahap SES pertengahan dan ke atas, majoritinya tidak menzahirkan sokongan ketara kepada PN, barangkali mereka masih tunggu dan lihat untuk menilai prestasi PN seterusnya, khususnya dalam aspek tadbir urus yang lebih lestari,” kata Mohd Yusri.



Mereka turut berpendapat bahawa kaum bukan Melayu terutamanya Cina dan India di semenanjung akan kekal menyokong PH.

Bagaimanapun, Awang Azman, Mohd Yusri dan Prof Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia positif bahawa ketidakstabilan politik semasa akan menyebabkan golongan muda tawar hati untuk turun mengundi.

Malah Azmi berkata, keadaan ini akan memberi semangat kepada mereka untuk menyumbang sebahagian untuk politik negara.

"Ia sebenarnya akan memberi semangat untuk menyertai proses politik, iaitu keluar mengundi, untuk mengelakkan hanya ahli politik yang membuat keputusan berkaitan politik," katanya lagi.

Pada masa sama, Mohd Yusri dan Awang Azman tidak menolak tanggapan bahawa anak muda yang terdiri dalam golongan berpendidikan, pertengahan dan atasan kecewa dengan senario politik hari ini.

“Namun dalam masyarakat, komposisi golongan ini secara relatifnya masih kecil berbanding jumlah pemilih keseluruhan, walaupun ada segelintir yang akan memprotes dengan tidak turun mengundi, namun dijangka tidak akan memberi kesan besar kepada jumlah keluar mengundi nanti,” kata Mohd Yusri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalao Pilihanraya mengejut..................................DAP pasti jadi pembangkang!!   Hahahahahahah

Sapa nak undi dan kena tipu lagi dengan DAP yang juga  Partai Komunis Malaya versi 2020.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 10:16 AM | Show all posts
kenapa ayam bodoh??
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ilham center ni dah banyak kali terbukti salah.

Angpa patut tau...yg ni adalah propaganda nak tunjuk kononnya sokongan rakyat masih dgn PH semata2 utk elak kerajaan PN bubar parlimen buat PRU15 seawal mungkin.

Dari propaganda ni rakyat malaysia semua boleh baca PH dalam keadaan paling teruk.

Bahasa mudah adalah PAKATAN HARAPAN

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 10:38 AM | Show all posts
sedarlah sikit, kalau buat PRU mengejut pon, DAP pasti kalah hahahahhahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan bukan parti komunissss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2020 10:41 AM | Show all posts
aku ON ja kalau PRU15 nak buat dalam masa terdekat ni.

tak sabaq aku nak benam PH/DAPigs dalam tanah 6 kaki.

cepat skit buat PRU15 oi!
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 10:47 AM | Show all posts
Kita tunggu & lihat je . Cuma nak bgtau momentum skrg berada kat pihak PN...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 7-7-2020 10:05 AM
Kalao Pilihanraya mengejut..................................DAP pasti jadi pembangkang!!   Hahahahah ...

Takde pilihanraya pon pasti jd pembangkang...

Selamanya .....


Hahahahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayam in denial. Kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum cuba belum tahu
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ilham centre pro PH kot.. Mesti dgr ckp bos
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:02 AM | Show all posts
sarah82 replied at 7-7-2020 10:31 AM
Ilham center ni dah banyak kali terbukti salah.

Angpa patut tau...yg ni adalah propaganda nak tu ...

Ingat sarah.. perhatikan perkataan menang selesa dari Ilham Center..............

Kimanis Memilih: Warisan diramal menang selesa - Ilham Centre

KIMANIS: Parti Warisan Sabah (Warisan) diramal menang selesa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada 18 Januari ini, sekali gus meranapkan status kubu kuat yang dipegang parti Barisan Nasional (BN) di Parlimen itu.

Hasil kajian yang dijalankan badan pemikir Ilham Centre mendapati calonnya, Datuk Karim Bujang yang berkhidmat selama lima penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan mempunyai kelebihan dengan 57 peratus berbanding calon BN, Datuk Mohamad Alamin.
Menurut ketua penyelidiknya Dr Muhd Yusri Ibrahim, hasil dapatan itu berdasarkan kajian yang dibuat membabitkan 491 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Parlimen Kimanis.

“Kami jangkakan Warisan akan memenangi dengan keadaan yang agak selesa berbanding sebelum ini BN memenangi dengan 150 undi (pada Pilihan Raya Umum ke-14) lalu,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata faktor kemenangan parti Warisan dipengaruhi tiga pemboleh ubah utama iaitu Warisan sebagai parti pemerintah, faktor pengikut sedia ada, dan sentimen pengundi yang lebih menyokong parti tempatan.

“Yang pertama faktor Warisan itu adalah parti pemerintah yang kecenderungan pengundi untuk memberi undi kepada parti pemerintah adalah lebih tinggi berbanding parti BN sebagai pembangkang.

“Yang kedua adalah faktor pengikut-pengikut sedia ada daripada ADUN Membakut sendiri Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif yang keluar daripada BN masuk ke Bersatu.

"Jadi, mereka ada 6,500 pengundi yang asalnya menyokong Datuk Ariffin. Jadi, sebahagian besar itu mampu memberi undi kepada Warisan.

“Kemudian begitu juga pengundi Parti Harapan Sabah yang mempunyai 1,300 yang sebahagian besar juga akan memberi undi kepada Warisan.

“Kemudian sentimen pengundi di Kimanis ini lebih cenderung kepada lokal parti. Jadi, Warisan adalah parti tempatan di Sabah berbanding BN.

"Maka, kecenderungan pengundi kepada parti tempatan lebih tinggi berbanding parti yang dianggap sebagai parti Semenanjung,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Dr Muhd Yusri memaklumkan hasil kajian juga mendapati isu pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) boleh menjadi ancaman kepada Warisan jika ia tidak ditangani dengan baik.

Berdasarkan kenyataan berasingan yang dikeluarkan Ilham Centre pada Rabu, sebanyak 62 peratus responden menyatakan mereka amat memahami mengenai PSS dan 38 peratus menyatakan sebaliknya.

Sementara itu, berkaitan persetujuan pelaksanaan, sebanyak 38 peratus responden menyokong, 30 peratus tidak pasti, dan 32 peratus membantah keras pelaksanaan PSS.

Isu-isu nasional pula tidak mendapat tempat dalam psikografi pengundi dengan menyaksikan sebanyak 87 peratus responden menyatakan isu-isu lokal dan kenegerian adalah perkiraan utama berbanding isu nasional.

Malah, jelas kajian itu lagi, isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) juga tidak mendapat perhatian responden kerana sukar difahami dan kompleks.

Ralat kajian tersebut dicatatkan sebanyak lima peratus dengan peratus keyakinan sebanyak 95 peratus.

Parlimen Kimanis mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bongawan dan Membakut dengan jumlah 29,664 pemilih layak mengundi termasuk sembilan pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Pengundi itu terdiri daripada 14,800 lelaki dan 14,864 perempuan dengan DUN Bongawan mempunyai 16,273 orang manakala DUN Membakut dengan 13,391 orang.

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:05 AM | Show all posts
sarah82 replied at 7-7-2020 10:31 AM
Ilham center ni dah banyak kali terbukti salah.

Angpa patut tau...yg ni adalah propaganda nak tu ...

Dan ini keputusannya.. Semat di minda anda PH "Menang Selesa"................

BN pertahan kerusi Parlimen Kimanis

BEAUFORT: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis menerusi kemenangan calonnya, Datuk Mohamad Alamin, 47, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti 2,029 undi.

Menerusi keputusan rasmi yang diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK, Jupery Etok di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir di sini jam 9.29 malam ini, Mohamad diisytihar pemenang dengan memperoleh 12,706 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi pada 79.92 peratus dengan 320 undi ditolak.

Mohamad menewaskan calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Karim Bujang, 66, yang mendapat 10,677 undi dalam persaingan satu lawan satu itu.

Parlimen Kimanis mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bongawan dan Membakut dengan 29,664 pemilih layak mengundi, termasuk sembilan pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir yang berada di luar negara.

Majoriti diperoleh BN kali ini adalah jauh lebih besar berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).


Ketika itu, calon BN, Datuk Seri Anifah Aman, memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti 156 undi dalam persaingan tiga penjuru.

Anifah yang juga bekas Menteri Luar, meraih 11,942 undi manakala Karim yang turut bertanding mewakili WARISAN mendapat 11,786 undi. Calon Harapan Rakyat, Jaafar Ismail, sekadar meraih 1,300 undi.

Anifah bagaimanapun mengumumkan keluar UMNO tidak lama selepas itu dan kekal di Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Bebas.

PRK Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anifah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 16 Ogos tahun lalu bahawa kemenangannya di Parlimen Kimanis pada PRU-14 tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Karim memfailkan petisyen pada 18 Jun 2018 bagi mencabar kemenangan Anifah.

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:07 AM | Show all posts
Buat dulu baru tau...
Sesiapa saja yg menang itulah mandat rakyat
Takpayah sembang beriya

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 7-7-2020 11:05 AM
Dan ini keputusannya.. Semat di minda anda PH "Menang Selesa"................

BN pertahan  ...

Hahaha.. Bayangkan dari 156 majoriti.. BN boleh menang dgn majoriti 2k undi.. Situ pun dah boleh tau rakyat tolak PH.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 7-7-2020 11:02 AM
Ingat sarah.. perhatikan perkataan menang selesa dari Ilham Center..............

Kimanis M ...

Hahahaha.. Ilham center ni syok sendiri.. Sample ambik dari geng depa juga.. Lepas tu canang kata akan menang.. Sekali tertonggeng
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Chini naper xder wakil ph? Takut eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2020 12:15 PM | Show all posts
Survey ringkas yang telah dilaksanakan oleh beberapa penganalisa


Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:21 PM | Show all posts
Edited by salamon at 7-7-2020 12:23 PM

sekali pkr + kuali join PN, terok dap kena sontot lps pru nnti, cyst

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.522018 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list