CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4124|Reply: 22

Dia Buat Macam Kucing Pula - Kanak-kanak Selamba Mandi-manda Dengan Buaya

  [Copy link]
Post time 7-7-2020 11:26 AM | Show all posts |Read mode



Si bedal atau buaya adalah haiwan reptilia ganas dan begitu agresif. Kisah buaya membaham manusia ini sering didengar di Sabah dan Sarawak sehingga menyebabkan kematian.


Maka, reptilia ini bukanlah haiwan yang boleh dijadikan sahabat atau dipelihara.


Namun, video tular sekumpulan kanak-kanak mandi bersama buaya membuktikan sebaliknya dan telah menarik perhatian ramai.







Dapat dilihat dalam video ini, betapa seronoknya kanak-kanak ini mandi-manda bersama haiwan berkenaan. Rakaman tersebut dipercayai dirakam oleh salah seorang ahli keluarga kanak-kanak berkenaan.


Dalam video ini juga, kedengaran orang yang melakukan rakaman itu terus mengingatkan kanak-kanak ini untuk tidak mengejek dan mentertawakan haiwan itu.


Para netizen turut terkesima dengan gelagat kanak-kanak ini. Malah, ada yang berpendapat haiwan tersebut sudah mati.







Kredit foto: Twitter @mdfaidzul



Bagaimanapun, Harian Metro yang memetik laporan TribunNews menyangkal dakwaan reptilia itu sangat jinak, sebaliknya ia sudah mati.



Seorang pengguna Instagram, Panji Petualang pada Sabtu lalu memaklumkan bahawa buaya berkenaan sebenarnya sudah mati dan membolehkan kanak-kanak bergurau tanpa bimbang.


Lapornya, mustahil jika masih bernyawa, haiwan itu tidak memberi tindak balas sedangkan makanan terhidang di hadapannya.

"Buaya itu tersangkut pada jaring nelayan sebelum mati, namun bangkainya terbiar di sungai," katanya.




Kredit foto: Harian Metro





Seriau juga bila lihat kanak-kanak ini mandi bersama buaya. Apapun jangan tiru aksi ini di rumah ya, tidak kiralah sama ada buaya itu masih hidup ataupun sudah mati.



Teringat pula dialog dalam filem P Ramlee, " Sekali dia ngap, kita pun ngep!" - CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekali mak bapa buaya datang balas dendam baru ko tau
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
'Ini sarkas sudah jinak" - Sudin
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:52 AM | Show all posts
wild life ni kot mana pun, WILD tu tetap ada

hati2 la sis

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:59 AM | Show all posts
Buaya tengah kenyang kot, cuba buaya lapar kau ajak bergurau...........
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:04 PM | Show all posts
kalo dkt prc ni, dah lama buaya tu dah kena lauk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2020 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 7-7-2020 12:04 PM
kalo dkt prc ni, dah lama buaya tu dah kena lauk

Dia punya kebulur prc ni..seme bende ngap sampai hadiahkan wabak gitewww
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantu atau buaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 12:10 PM | Show all posts
Esmiria replied at 7-7-2020 12:05 PM
Dia punya kebulur prc ni..seme bende ngap sampai hadiahkan wabak gitewww

mmg asal leluhur ni , selera pelik dorg mmg susah nak bendung lgi dah..tinggal x makan najis je tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:10 PM | Show all posts
Seronok sangat buat main jangan maknya dok perati je dari jauh tunggu pilih siapa ia nak ngap
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:36 PM | Show all posts
Buaya dah mati rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
buaya hidup ke mati..mcm ade pergerakkan..tgk btl2 mcm udah x bernyawa..

kalau bernyawa, iols salute la bdk2 ni..manje yg amat boye tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani betul budak2 ni. Iols nampak bangkai cicak pun lari sebatu sebab geli dan jijiks. Dorang boleh pulak main dgn bangkai buaya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 01:12 PM | Show all posts
bangkai..??? ada penyakit tu...tak elok

bagi dodolgemok makan ja..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Buaya mati pun boleh buat mainan? Iols bangkai ikan dalam akuarium pun boleh pengsan. Ewwwww {:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 02:46 PM | Show all posts
oh dh mati..tp kang dtg geng dia tuntut bangkai tu haruu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 04:05 PM | Show all posts
bahaya lain menanti. bala penyakit. penuh bakteria
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 7-7-2020 04:57 PM

Cayalah orang Sungai Sandakan. Kalau akak, bangkai buaya pun akak tak berani buat main.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 07:04 PM | Show all posts
dah mati berani lah tu cuba yg hdp lg.silap jauh ko kene bawa dik..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols walau buaya tu dah disahkan mati pun eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee mmg tak laaaaaa..... iols sejenis suka main worst case scenario dlm kepala.... mesti terbayang je kalau buaya tu ttbe terbangun n ngappp
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.085829 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list