CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4782|Reply: 51

[Tempatan] 'Fog Lamp’ Dan ‘Ice Blue’ Untuk Lampu Brek Belakang Bahayakan Pengguna Jalan Ray

[Copy link]
Post time 7-7-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Xim at 8-7-2020 11:54 AM

KUALA LUMPUR, 7 Julai  — Penggunaan lampu kabut atau ‘fog lamp’ serta mentol ‘ice blue’ untuk lampu brek belakang yang semakin berleluasa oleh pemilik kenderaan boleh mengundang nahas jalan raya kerana tahap silau yang tinggi berbanding lampu biasa.

Walaupun dilarang dan pemasangan lampu berkenaan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa, masih ramai pemilik kenderaan berdegil memasangnya tanpa memikirkan risiko terhadap pengguna jalan raya lain yang boleh mengganggu fokus pemanduan mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata penggunaan lampu berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 (LN170/1959).

Menurutnya, kesalahan itu ditafsirkan sebagai keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau memungkinkan bahaya kepada orang dalam kenderaan atau di jalan raya.


“Sebanyak 9,385 saman dikeluarkan bagi kesalahan sepanjang bulan Januari sehingga Jun tahun ini kerana menggunakan lampu berkenaan. Daripada jumlah itu, 6,566 saman belum dijelaskan manakala selebihnya telah dibayar. Sepanjang tahun lepas, 16,092 saman dikeluarkan dan 9,323 saman masih belum dijelaskan.

“Justeru, pemasangan aksesori tanpa kebenaran ini adalah menyalahi undang-undang jalan raya kerana memungkinkan bahaya kepada orang di dalam kenderaan atau di jalan raya,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Selain itu, beliau berkata kesalahan itu juga boleh didakwa di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.


Azisman berkata tindakan keras akan diambil jika didapati pemandu kenderaan masih ingkar dan memasang aksesori berkenaan yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

“Dari segi penguatkuasaan, kita bersedia dan akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain dari segi penjualan, pemasangan dan kebenaran oleh pihak yang berwajib.

“Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik kenderaan supaya tidak mengubah suai kenderaan mereka dengan memasang lampu berkenaan yang melanggar Vehicle Type Approval (VTA) yang diberikan kepada kenderaan tersebut,” katanya.

Beliau menegaskan kenderaan berkenaan juga boleh disita di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengelak kesalahan tersebut berulang.

Tinjauan Bernama di platform e-dagang mendapati lampu berkenaan dengan pelbagai jenama boleh diperoleh dengan harga semurah RM30 dan mencecah ribuan ringgit bagi pelbagai jenis model kenderaan.

Sumber: Bernama

Semoga dikenakan hukuman seberat2nya.....ikhlas daripada mata yg trsakiti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 08:22 PM | Show all posts
lampu silau harus dipenjarakan!
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju.

Bodoh btol.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 10:00 PM | Show all posts
setuju sangat sakit mata ok



satu lagi lampu myby kesayangan ramai tu, tinggi beno settingnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa iols buat report kat ipd pasal eksiden
Ada orang ni buat report juga..
Pasal langgar kete orang
Dia ada kata pasal.silau
Iols syak lampu ni kot..
Dan iols xpasti mcmana ..sapa kena saman..atau insuranf sapa kena rembat..
Sebab masa tu hati iols membara dengan org yang langgar tu provok iols
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin ramai yg ignorance. Pemasangan lampu kaler lain selain daripada default kilang mmg salah. Aku penah drive memalam, mmg sial la satu lori ni. Lampu belakang pasang led kaler putih + biru + merah default. Yg sakit mata, sakit hati tu sbb terpaksa follow bontot dia. Dah le lampu led tu dia pasang bnyk gila, ikut frame lampu asal. Once dia brake, sakit gila mata.. Tak boleh biar org2 mcm ni.
Lagi satu, harap polis & jpj jangan bagi muka pada pemandu yg tampal sticker jenis bercahaya kat cermin. Distraction gak tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2020 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry eh, secara x sengaja aku doakan pergi mampus utk org yg pasang lampu lampu harem ni sbb menyilaukan mata aku.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada juga yg jenis lampu belakang kelip2. 10 Saat kelip. Kita igtkan polis ke ada accident ke apa dari jauh. Bangga betul lampu kelip2. Pernah juga rasa nak dia bg accident. Distraction dan bahaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 07:14 AM | Show all posts
camne rupa mentol ice blue tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Lampu camni bahaya woo..memang tak nampak dibuatnyaaa.. Tak faham tahap pemikiran orang tukar lampu silau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2020 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 7-7-2020 10:56 PM
Masa iols buat report kat ipd pasal eksiden
Ada orang ni buat report juga..
Pasal langgar kete ora ...

Rasenye akan menjadi kesalahan yg langgar tu jugak...x leh claim insurans yg kena langgar tu....paling2 maybe kena saman kot....tu pun kalau lampu dia still elok la....buat je report biar mrasa kena saman......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2020 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 7-7-2020 11:10 PM
Mungkin ramai yg ignorance. Pemasangan lampu kaler lain selain daripada default kilang mmg salah. Ak ...

Sticker brcahaya pun ade jugak?advance eh diorg ni....aku kalau boleh nak je tampal kalau org blkg yg pasang lampu tggi....bg dia berakal sket....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 7-7-2020 08:22 PM
lampu silau harus dipenjarakan!

Patut dinyalakannlampu silau tu terus ke bijik mata diorg selama 1 jam setiap hari..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2020 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Missfadh replied at 8-7-2020 02:35 AM
Ada juga yg jenis lampu belakang kelip2. 10 Saat kelip. Kita igtkan polis ke ada accident ke apa dar ...

Ni pn slh 1 biadap....aiols pn mmg anti dgn org yg pakai lampu kelip2 ni....waktu mlm buatkan aiols silau.....ingt cool sgt le tu pakai lampu gitu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2020 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
fealefea replied at 7-7-2020 11:44 PM
Sorry eh, secara x sengaja aku doakan pergi mampus utk org yg pasang lampu lampu harem ni sbb menyil ...

Brhrp treler sapu kete dia terus sbb silau....baru berakal sket....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:58 AM | Show all posts
Tapi kereta baru sekarang semua lampu putih.
Aku xsuka gak lampu putih ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 07:58 AM | Show all posts







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2020 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 8-7-2020 07:14 AM
camne rupa mentol ice blue tu?

Ni ha chuolls

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:01 AM | Show all posts


The other problem is that a lot of drivers also use these blue lights to replace their fog lights.

“The red lights are fog lamps, dedicated for extremely heavy rains or thick fog. These lights are usually either just as bright or slightly brighter than your break lights. The ‘ice blue’ lights are only for decoration. There’s no other use for it besides glaring at people,” Malaysian Modders added.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2020 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 8-7-2020 07:58 AM

FC....kenapa sy kalau upload gmbr byk2 FC cmni jd kecik2 ye?sbb ade limit ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.088236 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list