CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1722|Reply: 13

[Tempatan] Padah cubit bayi, wanita didenda RM6,000

  [Copy link]
Post time 7-7-2020 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
AKIBAT mencubit kedua-dua belah telinga seorang bayi lelaki, anak jirannya yang berusia 10 bulan sehingga mengalami kesan lebam, seorang suri rumah didenda RM6,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini.

Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu ke atas Noor Aziana A. Samad, 33, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya

Ketika ditanya Mahyon alasan tertuduh mencubit telinga bayi berkenaan, Noor Aziana menjawab "Saya berasa geram kerana mangsa sentiasa menangis dan keadaan rumah tiada air pada masa itu,".

Ibu tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan terhadap bayi lelaki tersebut sehingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua belah telinga mangsa di sebuah rumah di Taman Melati, Wangsa Maju di Kuala Lumpur pada 2 petang, 5 Mac lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira mangsa dalam kes ini adalah bayi.

"Tindakan tertuduh mencubit telinga bayi berusia 10 bulan sehingga menyebabkan kesan lebam adalah tidak wajar kerana mangsa tidak berdosa.

"Tertuduh mempunyai anak kecil seharusnya dia menjaga mangsa seperti anaknya sendiri dan bukannya melakukan perbuatan tersebut," katanya.

Noor Aziana yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dengan alasan mempunyai anak kecil berusia setahun serta dia tidak bekerja.

Berdasarkan fakta kes, semasa pengadu iaitu ibu mangsa ingin mengambil anaknya dari rumah tertuduh terdapat kesan lebam pada kedua-dua belah telinga dan luka pada dahi serta tangan kiri mangsa.

Pengadu telah bertanya kepada tertuduh dan diberitahu anaknya yang menggigit mangsa.

Namun, selepas pengadu memberitahu yang dia mahu membuat laporan polis, tertuduh terus mengaku mencubit mangsa kerana bayi itu menangis selain tertekan dengan keadaan di rumahnya yang tiada air selain gagal mengawal kemarahan.

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/597445/amp

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus mak baby ni..  tiada kompromi.. report.. walau cubit telinga... ewahhhh.. ingat dah cubit telinga leh diam ke baru 10 bulan lah acik
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk nak jd pengasuh, tp x tahan dgr budak menangis.. ini jenis nak duit je, bkn betul2 nak jaga pun..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku X percaya pengasuh tu cubit. ...rasanya anaknya yg cubit ....tapi ibu sentiasa mahu membela anaknya jadi mengaku dia yg buat. ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Parents baby ni bagus.. Selayaknya kena report..
Orang bayar ko suruh jaga, bukan suruh dera
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Cube aku pedajal anak ko plak....ko mrh x??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2020 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 cubit la... nanti kalau bg muka lg ntah ape benda lg dia buat..

Kalau baby tu asyik nangis maknanya pengasuh tu la yg salah.... mesti baby tu lapar ke perot kembong ke berak ke.... dah kenape nko nak cubit baby tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 7-7-2020 08:10 PM
Aku X percaya pengasuh tu cubit. ...rasanya anaknya yg cubit ....tapi ibu sentiasa mahu membela anak ...

Kan kat atas tu dia cakap anak dia gigit. Lepas mak baby bagitau nak buat report baru dia mengaku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai,  pengasuh oi. Kalu tak tahan knp la tak terus call mak budak tu suruh ambik anak ke apa. Kalu dh tau awal takde air,  mintak parents sediakan air.  

Ke pengasuh call suruh ambik,  mak budak taknak ambik, pengasuh geram maka pi cubit kat budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika nak buat income dengan jadi pengasuh pastikan anda mempunyai segala ilmu untuk menjaga budak
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 10:20 AM | Show all posts
bentina bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana nak dikorek duit denda tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 03:59 PM | Show all posts
Moga jadi pengajaran buat yang lain setuju jaga pakej dengan tanggungjawab bukan sekadar asal dapat upah je
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 12:54 AM | Show all posts
dulu
staff aku hantar anak dekat sorang babysitter ni
waktu dia balik ambik baby dia masa tu
ni kesah 15 tahun lepas
babisiter tu bgtau air rumah dia kena potong so dia x basuh berak baby staff aku ni
drpd pagi sampai ke petang
giler x giler lah
aku punya bengang la
asal x pergi tumpang rumah neibor jer cuci punggung baby
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.066091 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list