View: 6455|Reply: 73
|
[Tempatan]
Facebook Sekat Video ‘Youtuber’ Puji Kecekapan Malaysia Tangani COVID-19
[Copy link]
|
|
Facebook Sekat Video ‘Youtuber’ Puji Kecekapan Malaysia Tangani COVID-19
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Pada 18 Mei lepas Dustin Pfundheller menerbitkan satu rakaman video di halaman Facebook beliau di ruangan Other Side of the Truth, yang memuji tindakan pantas dan efektif Malaysia dalam memerangi pandemik COVID-19, bagaimanapun Facebook merasakan sebaliknya.
Video bertajuk How Malaysia Did the Impossible, menyenaraikan bagaimana kerajaan dan rakyat Malaysia bekerjasama memerangi COVID-19 dan menjaga kebajikan orang ramai.
Ia menarik tontonan lebih 3.2 juta, namun Facebook kini menyekat capaian video itu dan juga iklan di halaman berkenaan tanpa menyatakan sebabnya.
Pfundheller yang jelas kecewa dengan tindakan itu menampilkan video berdurasi empat minit pada 6 Julai lepas mempersoalkan tindakan Facebook itu dan menjelaskan mengapa tindakan itu tidak seharusnya berlaku.
“Bukan sahaja saya menggunakan fakta tepat dan mendapatkan banyak sumber dalam bidang-bidang di mana saya peroleh maklumat, saya juga mempunyai 30 YouTubers yang membuat pemeriksaan fakta mengenainya dan mengkaji semula video itu.
“… dan satu perkara yang saya dapati daripada kajian semula mereka adalah, ada banyak lagi yang seharusnya saya masukkan dalam video itu yang telah Malaysia lakukan – contohnya memberikan perkhidmatan internet percuma,” katanya menerusi klip video berkenaan.
“Ini amat mengecewakan, kerana negara seperti Malaysia sering tidak diendahkan. Apabila anda lihat negara melakukan sesuatu yang hebat dalam melawan COVID-19, semuanya mengenai negara barat, atau mungkin Taiwan, tapi negara seperti Malaysia seolah-olah tidak wujud dalam peta dunia,” tambahnya.
Pfundheller yang merupakan seorang pakar bedah pergigian yang sering memberikan perkhidmatan sukarelawan perkhidmatan di serata dunia berkata, beliau telah bekerja keras untuk memberikan penghargaan yang sepatutnya kepada Malaysia.
“… tapi apabila ada seseorang mengisahkannya, ia dikatakan palsu dan Facebook menyekatnya, tanpa memberi penerangan mengapa mereka menganggap ia sebagai palsu dan mengelirukan.
Katanya beliau juga tidak dapat apa-apa penjelasan berhubung perkara itu dengan Facebook, walaupun syarikat itu mempunyai pejabat di Malaysia.
Pfundheller berkata platform media sosial mungkin mempunyai perasaan berat sebelah terhadap beberapa kandungan tertentu.
“Saya rasa bagi pertubuhan besar seperti Facebook, adalah penting bagi mereka untuk melayan semua orang, semua pencipta, negara, …semuanya perlu mendapat layanan saksama,” katanya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
set2 liberal sekarang pun reti sekat kebebasan bersuara ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Perghhhh.. Katanya liberal tak sekat kebebasan bersuara? Kamjad. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya kalau ph memerintah kita akan jadi negara liberal ke. |
|
|
|
|
|
|
|
So mereka mahu padamkan video2 yg menunjukkan pencapaian cemerlang malaysia menangani covid 19 tapi enggan memadamkan video al jazeera yg memburukkan nama malaysia. Wah memang ada hidden hands dgn agenda jahat lah utk mengalihkan isu Agak2 siapa mereka ini? |
|
|
|
|
|
|
|
So ape konspirasi teori tentang malaysia ni?puak mane yg nak burukkan malaysia dan agenda mereka? |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 7-7-2020 08:22 AM
Perghhhh.. Katanya liberal tak sekat kebebasan bersuara? Kamjad.
Sejak bila hang tidak tahu mereka ini banggang ? Semua nya tentang mereka....saja orang tiada hak |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 8-7-2020 12:26 AM
Sejak bila hang tidak tahu mereka ini banggang ? Semua nya tentang mereka....saja orang tiada hak
Aku kagum sebab depa kan kata kebebasan bersuara.. Sekali kena kat depa.. Choi sangat |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 7-7-2020 08:27 AM
Aku kagum sebab depa kan kata kebebasan bersuara.. Sekali kena kat depa.. Choi sangat
Mereka ini memang too much .. Siapa tidak sokong BLM terus di tuduh white racist ..husband aku kena |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 7-7-2020 04:26 PM
Sejak bila hang tidak tahu mereka ini banggang ? Semua nya tentang mereka....saja orang tiada hak
Tempat U tak teruk ke kes?
Iols rasa tempat si @DARSITA dah teruk
That's why dah lama tak masuk forum |
|
|
|
|
|
|
|
Masa utk report & boikot facebook..
Acnt I dah terminate lama |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 7-7-2020 08:48 AM
Tempat U tak teruk ke kes?
Iols rasa tempat si @DARSITA dah teruk
That's why dah lama tak masuk ...
LA county memang banyak 100k+
County I 5k+ |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 7-7-2020 04:56 PM
LA county memang banyak 100k+
County I 5k+
Terkawal lagi la tempat u tu kan..
Stay safe & harap semua selamat for u & family |
|
|
|
|
|
|
|
Dwdrum replied at 8-7-2020 12:36 AM
Mereka ini memang too much .. Siapa tidak sokong BLM terus di tuduh white racist ..husband aku ken ...
Biar betik???? Lawak pun ada...depa x nak bagitau ada polis black yg kena bunuh masa BLM ni..aku nampak geng2 seludup masuk dlm pergerakan BLM ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku agak la.. Ni mesti geng2 yang butthurt dengan PN punya kerja. Report kat FB, flag as false news. Tak payah tengok jauh, dalam forum ni pun ada 2,3 kerat tak habis2 dengan cerita 'pengkhianatan'. Apa yang khianat dan siapa yang khianat pun aku tak paham. Yang peliknya, dari ramai forumers kat sini, 2,3, kerat tu je berkeras pasal khianat mengkhianati ni.
Saban kali posting dia tak habih2 cerita pasai khianat. Adakah aku dan beratus forumers lain yang tak faham istilah khianat tu atau depa yang tak ngerti. |
|
|
|
|
|
|
|
So apa lagi bawang rangers..jalankan tanggungjwb anda. |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 8-7-2020 12:48 AM
Tempat U tak teruk ke kes?
Iols rasa tempat si @DARSITA dah teruk
That's why dah lama tak masuk ...
Moga selamat la acik darsita dr covid..kalau tak takda sapa dah nak sembah us. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 8-7-2020 05:52 AM
kenapa berita berita tak baik tentang Malaysia , galak dijaja di persada media antarabangsa ?
sejak TSMY amik alih? perasan tak - ramai yg perasan kan sejak akhir akhir ni ? semakin galak. ni apa tujuan ya?
ada kumpulan hak asasi manusia galak mempermainkan isu isu ini - sejak TSMY - dan anehnya dulu pelbagai isu jenayah like kes rogol seorang pembantu rumah warga negara jiran tak pulak dibising canang ketika PH?kes ADIB?hmm?
amat amat aneh mereka ini bersuara ketika negara kita dok menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi.
dan aneh bila kerajaan ini didapati rakyat lebih baik TAPI jentera jentera fitnah - even SARAWAK reports pun mengkritik betapa gagalnya Malaysia!!!
tak berjaya dengan itu maka , ini pulak?
org yg peka tak dapat tidak akan melihat pola di sini.
itulah di Malaysia , pihak polis semak status warga negara ahli politik mahupun warga malaysia atau PR kita yg suka memburukkan dan menjaja fitnah di luar apaila sesuatu isu bersifat begini muncul. ni saya rasa dah melampau la.
sering sahaja sentimen ttg Malaysia yg negatif senang dijaja oleh pihak tertentu, guna pengaruh asing apabila perubahan politik berlaku.
aaupun sendiri burukkan malaysia di luar negara, saya belum melihat politician di UK ke burukkan negara sendiri di media a/bangsa bial tak setuju dengan the gment of the day .
tapi ni pelik sangat ni - kita berjaya reduced penularan tapi yg dihighlight bukan itu tapi kes kes bersifat hak asasi.
pelik, kan?
kes palestin
kes kesasasi lain tak nak pulak champion
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 8-7-2020 12:27 AM
Aku kagum sebab depa kan kata kebebasan bersuara.. Sekali kena kat depa.. Choi sangat
Yb L.pantai tak nak bagi sepatah dia kata ke pasal isu ni.
Kan kebebasan bersuara dia cakap |
|
|
|
|
|
|
| |
|