CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2935|Reply: 27

[Tempatan] Fenomena swafoto dikaitkan gangguan mental. Sambil buat muka muncung itik. Kemar

[Copy link]
Post time 8-7-2020 07:54 AM | Show all posts |Read mode
Fenomena swafoto dikaitkan gangguan mental


FENOMENA swafoto berlaku di seluruh dunia pada semua peringkat umur. Pakar psikiatri seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu 'gangguan mental' terutama yang mendatangkan kemudaratan.

Fenomena swafoto sering dikaitkan dengan mereka yang sering berkongsi 'gambar atau foto' mereka melalui media sosial. Ada perkongsian menarik dan ada juga tidak masuk akal.

Apabila perkongsian lebih kepada menunjuk-nunjuk sehingga terkesan kepada pengguna media sosial lain, ia dikira sebagai mereka yang boleh dikatakan mengalami 'gangguan mental'.

Kajian terbaru diterbitkan Psychology of Popular Media menimbulkan keraguan mengenai hubungan antara swafoto dan narsisisme.

Kajian itu mendapati pelajar kolej yang mendapat markah rendah pada tahap narsisisme, cenderung menyiarkan swafoto sama seperti mereka mendapat markah tinggi.

Erin A Koterba, seorang profesor bersekutu di University of Tampa, menjalankan kajian swafoto kerana minat beliau mempelajari perbuatan itu dan kaitannya dengan fungsi psikologi.

Puncanya, ia menjadi ciri utama masyarakat, sedangkan penyelidikan ketinggalan dalam usaha memahami mengapa orang melakukannya dan apakah sebenarnya dimahukan mereka yang disifatkan mental terganggu ini.

Kajian terhadap 276 pelajar kolej mendapati tidak ada perbezaan signifikan dilaporkan antara berapa banyak perkongsian swafoto oleh mereka yang tinggi tahap narsisisme dan mereka yang bertahap rendah.

Narsisisme nampaknya mempengaruhi jenis swafoto diambil. Pelajar tinggi narsisisme cenderung mengambil gambar swafoto yang hanya menampilkan diri mereka sendiri. Sungguhpun, ramai responden pelajar menawarkan alasan narsisis untuk berkongsi swafoto, penyelidik mendapati keinginan berkongsi dan berhubung dengan orang lain adalah motivasi yang kerap.

Ramai pelajar menyatakan berkongsi gambar swafoto sebahagian tugas mereka (misalnya, atlit yang ditaja) atau digunakan untuk meningkatkan harga diri.

Ramai cenderung berswafoto dengan kerap dan pelbagai jenis orang turut mengambilnya.

Ada menyatakan mereka yang mengambil swafoto mungkin lebih narsisis, tetapi kajian dijalankan Koterba menunjukkan itu tidak semestinya keseluruhan cerita.

Mereka yang tidak mendapat markah tinggi dalam ujian narsisisme, didapati mengambil swafoto. Menariknya, walaupun mereka cenderung menyenaraikan motif narsisis untuk mengambil gambar diri ketika ditanya contohnya: "Saya mengambil gambar swafoto kerana saya ingin menunjukkan bagaimana penampilan saya," terdengar cukup narsis.

Tafsiran terkini adalah swafoto hanya fenomena budaya baharu dan itu mungkin mekanisme untuk memudahkan penerokaan diri. Itu tidak semestinya bermaksud cara yang buruk atau tidak sesuai untuk fokus pada diri.

Koterba dan rakan penyelidik juga menemui perbezaan penting antara bagaimana wanita dan lelaki mengambil swafoto, kerana wanita lebih cenderung mengambil gambar dalam kumpulan berbanding bersendirian, sedangkan lelaki lebih cenderung mengambilnya secara sendirian.

Mereka percaya kemungkinan besar mencerminkan peranan gender yang mendalam. Kajian ini, seperti lain-lain penyelidikan, turut mempunyai batasan.

Sebahagian projek ini bersifat eksplorasi, termasuk penyelidikan motif individu untuk mengambil gambar diri sendiri.

Oleh itu, aspek ini memerlukan perhatian susulan. Cubaan untuk membongkar perbezaan jantina yang disebutkan di atas juga menjadi kajian penting untuk diteruskan.

Azizi Ahmad,
Pendidik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 08:14 AM | Show all posts
jantan kalo buat duck face cam haroommm aku tgk

eerrghhhh rasa nak pijak muka

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:18 AM | Show all posts
Edited by BicaraHatiku at 8-7-2020 08:20 AM
saviour_09 replied at 8-7-2020 08:14 AM
jantan kalo buat duck face cam haroommm aku tgk

eerrghhhh rasa nak pijak muka


kan..lagi satu akak2 tudung yg acah2 sweet ala minah kpop...  euww.


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:23 AM | Show all posts
BicaraHatiku replied at 8-7-2020 08:18 AM
kan..lagi satu akak2 tudung yg acah2 sweet ala minah kpop...  euww.

aiyooo kenot brain la spesis camni
demi secebis like
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:32 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:33 AM | Show all posts
ada sorg kakak ni fren no so so..dh senior  kt bank. melaram kemahen..pastu belek belek tudung tacap lencu..snap snap..dgn aku aku yg duk sebelah dia selfie sekali..haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2020 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yg jenis xsuka selfie or bergambar tu cemana pula?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 8-7-2020 08:34 AM
Kalau yg jenis xsuka selfie or bergambar tu cemana pula?

Huhuhu, haah kan. Iols pun tak suka selfie. Sebenarnya tak pandai nk berselfie. Tak jadi sgt, mesti mata tu hala ke mana2 tah.
So lebih suka duk belakang kamera dan shoot gambar org lain je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila xde org like,mula lah bt something stupid..mmg spesis gile selfie n upload kt socmed mmg sakit jiwa..nk attention giler2..choiiiiiiiii~
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo maknanya orang yg tak suka amik gambar cam aku ni normal la ek??
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 8-7-2020 08:14 AM
jantan kalo buat duck face cam haroommm aku tgk

eerrghhhh rasa nak pijak muka

Ade kwn aku sorg mcm ni....masalahnye post kat fb smpai 7keping....tp selfie yg berbeza posing je....last2 aiols unfollow la....unfriend kang obvious sgt plak....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:30 AM | Show all posts

betul2 mcm jack nicholson..

lelaki kena buat stail mcm ni kot, tak sesuailah duck face tu hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:36 AM | Show all posts
Xim replied at 8-7-2020 08:54 AM
Ade kwn aku sorg mcm ni....masalahnye post kat fb smpai 7keping....tp selfie yg berbeza posing je. ...


zaman OOTD katenyerr.. nak mintak dipuji dan dibelai warga alam maya...retis terutamanye.

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
ambik gambar swafoto selpi . pastu masuk dlm socmed... public kan socmed...

bila bukan follower dia screenshot, marah2 ckp haters stalk la tkde life la.. kalau tknk org stalk, private kan lahh... apooooooo soooo simple itu pon tokleh pk
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
BicaraHatiku replied at 8-7-2020 09:36 AM
zaman OOTD katenyerr.. nak mintak dipuji dan dibelai warga alam maya...retis terutamanye.

tak retis pon sama...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 8-7-2020 08:39 AM
Huhuhu, haah kan. Iols pun tak suka selfie. Sebenarnya tak pandai nk berselfie. Tak jadi sgt, mest ...

Sama
Sebab tu la aku bertanya ni hahaha
Problem betul bila nak kena bergambar...aku xselesa, serba xkena gaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju. Aku ada ramai kawan, asal upload gambor depa, 5 mins later, pegi balik semata nak check berapa likes dia dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 12:28 PM | Show all posts
Betul tu sakit mental masaalah kejiwaan gila perhatian kowser melayan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2020 12:31 PM | Show all posts
cuba tgk yg gila selfie
yg dpt LIKES kurang dari 100
agak2 apa dia rasa?
dia akan dan akan upload lagi sampai mampu cecah 100 ke atas
dah mampu cecah 100
next target cecah 1000 LIKES pulak
kalau yg berduit sikit boleh je beli fake LIKES
ala-ala mcm kabinet fake degree la
serupa ja tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 12:55 PM | Show all posts
Xim replied at 8-7-2020 08:54 AM
Ade kwn aku sorg mcm ni....masalahnye post kat fb smpai 7keping....tp selfie yg berbeza posing je. ...

kejam sgt unfollow

snooze la for 30 days
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.077190 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list