View: 1795|Reply: 18
|
[Tempatan]
Peminat masakan mamak. Diam tak diam kedai nasi kandar tertua, Restoran Hameediy
[Copy link]
|
|
Rahsia rempah ratus menjadikan ia kedai nasi kandar tertua di negara
4-5 minutes
Pemilik kedai nasi kandar Pulau Pinang tertua di negara ini hari ini mendedahkan rahsia turun temurun yang digunakan sehingga membuatkan karinya terkenal di Pulau Pinang.
Rahsianya? Sudah tentu rempah yang dipakai.
Setiap hidangan di restoran Hameediyah diadun dengan cermat hasil pilihan rempah-rempah dari negara-negara seperti Turki, Pakistan, India dan Sepanyol.
Restoran yang berusia 114 tahun ini, tidak pernah menggunakan rempah yang dipasarkan secara komersial.
Sebaliknya, rempah-rempah kelas A ini ditumbuk atau digiling dalam kadar yang tepat bagi memastikan rasanya kekal sama.
Ahamad Seeni Pakir Abdul Sukkor, 65, berkata, campuran rempah untuk rendang daging lembu, biryani, murtabak, kari ayam, ayam kapitan dan kari dhal tetap tidak berubah sejak 100 tahun lalu.
“Pelanggan kami sering memberitahu kami rasa tidak pernah berubah, sejak mereka masih kecil hingga mereka mempunyai anak.
“Setiap rempah dan garam yang digunakan diukur dengan betul bagi memastikan konsistensinya,” katanya kepada FMT ketika ditemui di restorannya.
Hameediyah hari ini mencipta rekodnya tersendiri dalam “Malaysia Book of Records” sebagai restoran nasi kandar tertua di negara ini.
Setiap hari, pelanggan sanggup beratur panjang menunggu dengan sabar semata-mata mahu menikmati kelazatan rempah ratus yang terdapat dalam karinya.
Siapa sangka, perniagaan keluarga Seeni yang bermula dengan cara sederhana dengan hanya menggunakan 2 bekas yang disangkut pada dahan pokok kini menjadi terkenal.
“Makanan yang dimasak diberikan kepada pekerja di ladang, dan ketika itu beratus orang akan datang termasuk tentera Inggeris,” cerita Seeni mengenangkan di awal permulaan perniagaan keluarganya.
Untuk makluman Seeni merupakan generasi ke-7 dinasti nasi kandar Hameediyah.
Katanya, semua bermula ketika seorang peniaga rempah ratus bernama Mohamed Thamby Rawther dari Tamil Nadu datang ke Pulau Pinang pada awal tahun 1900-an.
Dia dan keluarganya menyewa sebuah kedai di Campbell Street untuk menjual rempah mereka.
Kemudian, mereka mula menjual makanan dari pintu ke pintu dan dari situlah maksud asal “kandar”.
Apabila perniagaan mereka bertambah baik, mereka membeli sebuah kedai dan ia sudah beroperasi sejak tahun 1907.
Untuk pengetahuan nama Hameediyah adalah gabungan daripada nama nenek moyang India mereka.
Dan pada tahun 2014, restoran ini menjalani pengubahsuaian besar namun tetap mengekalkan asal usul rekaan abad ke-19, iaitu dengan mengekalkan warna kuning-hijau.
Malah mereka juga menambahkan sistem pengudaraan dengan pemasangan kipas dapur serta penghawa dingin bagi mengelakkan bau hasil masakan.
Salah satu hidangan yang terkenal di Hameediyah adalah murtabak-nya yang dimasak di depan pintu masuk restoran sekaligus pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terliur melihatnya.
Dan bagi menampung kepadatan pelanggan, restoran ini juga menambah kapasiti ruang makan dengan membeli 3 lagi kedai bersebelahan.
Sudah pasti Hameediyah terkenal dengan nasi kandar namun hidangan khas lain yang tidak seharusnya dilepaskan termasuklah daging kambing mysore, kurma kambing, kari daging lembu, ayam kapitan dan roe ikan.
Mengenai murtabak legendarisnya, Hameediyah menjual rata-rata 15,000 keping setahun.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya ayam bawang hameediyah |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka murtabak dia.. Yum2..dan beriani.. Lama tak pi penang. |
|
|
|
|
|
|
|
mana-mana kedai mamak guna trick sama
kaunter bukak cuma satu
semestinya baris panjang
org luar pun teruja
kedai air tangan mamak sedap, jadi tumpuan etc
maka ambik la gambar selfie |
|
|
|
|
|
|
|
ada cawangan di kota damansara, PJ. |
|
|
|
|
|
|
|
Okay...tpi kulit murtabak dia nipis..kalau tebal sikit perfect. Tapi still sedap kedai2 lain bawang je lebih isi tarak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat ampang point pun ade.. aku pernah makan kt penang.. balik hotel cirit birit 2 hari..
Nasi kandar yg aku rasa sedap ialah nasi royale |
|
|
|
|
|
|
|
BicaraHatiku replied at 8-7-2020 11:03 AM
Okay...tpi kulit murtabak dia nipis..kalau tebal sikit perfect. Tapi still sedap kedai2 lain bawan ...
Hahaha.. Betul.. Lagi satu kapitan.. Tapi tak lalu dah nak pi kapitan sebab kes tahu tikus.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 senang nak mkn sini, tp sejak dah ramai yg tau, byk kali gak cancel plan bila tgk Q pjg sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kedai mamak, i makan roti telur + kari kambing + sambal
Ataupun naan cheese leleh
Itu jee |
|
|
|
|
|
|
|
terus lapar... sup kambing dia wooii!!! superb!! |
|
|
|
|
|
|
|
biasa kalo nasik kandar ni, org tempatan tak ramai..ramai org luar |
|
|
|
|
|
|
|
aku kalau p penang mmg yg ni ja aku p mkn..
sbb kedai bersih..yg lain i is seram hahah |
|
|
|
|
|
|
|
pernah sekali jah makan sini
kuah banjirrrr
tgn bau kari 2 hari
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau masuk mana-mana kedai makan
jgn korang duduk hadap tandas
percaya la
korang akan nampak
pekerja kedai makan
tak kisah la mana bangsa kedai pun
bukan semua lepas keluar tandas, basuh tangan
sebabnya ada sesetengah tandas
sabun tak ada dlm tandas
disediakan di sinki shj
so kalau lepas keluar tandas terus sambung kerja
apa maknanya tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Ok saja makanan di hamadeyah ... I selalu pergi kedai lain yang bagi I lagi sedap dekat lebuh Campbell juga ... Atau I pergi makan kari Capitan di art street.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya beriyani hameediyah
aku tak berapa in dengan mamak food, tapi pekena beriyani hameediyah ni, sedapnya lahai |
|
|
|
|
|
|
|
so, restoran ni dah ada since 1906? |
|
|
|
|
|
|
| |
|