CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4321|Reply: 24

[Jenayah] Setpol bekas menteri direman terima suapan jutaan ringgit

  [Copy link]
Post time 8-7-2020 01:34 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA - Seorang bekas setiausaha politik (Setpol) kepada bekas menteri direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes menerima suapan bagi projek selenggaraan sistem keselamatan negara yang dianggarkan bernilai lebih RM56 juta.


Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap lelaki itu bermula hari ini sehingga 13 Julai ini, selepas mendengar permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, bekas setiausaha politik berusia 49 tahun tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 8 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

"Siasatan awal mendapati suspek dikatakan telah menerima wang rasuah bernilai jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek sistem tersebut secara rundingan terus dengan sebuah kementerian pada Ogos 2019.

Katanya, SPRM turut menyita pelbagai mata wang tunai yang dianggarkan bernilai lebih RM70,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... apan-jutaan-ringgit
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2020 01:36 PM | Show all posts
https://www.freemalaysiatoday.co ... ek-lebih-rm56-juta/

SPRM tahan bekas setpol Mat Sabu berkait projek lebih RM56 juta

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu dalam siasatan membabitkan projek selenggaraan sistem keselamatan negara bernilai lebih RM56 juta.

Majistret Shah Wira Abdul Halim, mengeluarkan perintah reman selama 6 hari terhadap lelaki berusia 49 tahun itu, bermula hari ini sehingga 13 Julai, selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, bekas setiausaha politik tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 8 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.



Katanya lagi, siasatan awal mendapati suspek kes itu menerima wang jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek sistem tersebut secara rundingan terus dengan sebuah kementerian sekitar Ogos 2019.

“SPRM turut menyita pelbagai mata wang tunai yang dianggarkan bernilai lebih RM70,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan”.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM, menurut kenyataan badan anti-rasuah itu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 01:49 PM | Show all posts
tu baru 22 bulan
PH (bukan nama sebenar)
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersih konon

taik kucing la bersih

main selet dengan tisu lepas berak, ada hati nak kata bersih
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 01:59 PM | Show all posts
Baru 22 bulan dah buat hal gitu. Pakatan Hancur Harapan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 02:04 PM | Show all posts
baru 22 bulan
ke hulu ke hilir
abu komunis
graduan biadap
back-up anjing liar
LTTE
UEC
anti-Jawi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2020 02:04 PM | Show all posts
hmmmm....kalau abe mat, memang tak mustahil ada staf gini

malas nak ingat orang2 abe mat memerah kontraktor2 dulu, sakit hati bila pikir
syukurlah 22 bulan jer
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebahagian besar orang jadi ahli politik sebab nak cari peluang jadi kaya cepat bukan sekadar untuk berkhidmat pada rakyat pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 02:08 PM | Show all posts
ayam ph tak nak mencemar duli ke sini?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurmmmmm...setpol mat sabu..menterinya xtau apa...setpol la yg overdose cargas cr duit..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:50 PM | Show all posts
'bersih' sgt ph ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:56 PM | Show all posts
R2D2 replied at 8-7-2020 02:04 PM
baru 22 bulan
ke hulu ke hilir
abu komunis

rambut sama hitam hati lain2. walaupon majoriti pemimpin bersungguh dlm tanggungjawab.
ada je segelintir hati hitam yg khianat amanah rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
orgsepang replied at 8-7-2020 02:07 PM
Sebahagian besar orang jadi ahli politik sebab nak cari peluang jadi kaya cepat bukan sekadar untuk  ...

Kalau takder rasuah salah laku pecah amanah malaysia mesti lebih hebat dan membangun.......rakyat mesti dapat macam2 faedah n ader kehidupan yang lebih baik
Sesaper yang salah guna duit rakyat aku harap dapat balasan yang setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:15 PM | Show all posts
belesih la sgt
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
takleh reveal nama ke si setpol nya, tgk sikit pegang jawatan apo dlm PAN
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat kan nama org tu Setpol
Dorg ni di panggil Supol.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal2 haritu sapa yang kantoi pasal jam mewah?

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:15 PM | Show all posts
masa 22 bulan porn hub berkuasa
kes air kencing pun jadi rumit
mujur la dh tumbang
so kes setpol ni mudah la nk siasat
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dah kenapa dgn mat sabu ni, org sekeliling dia ni , dr anak ke setpol mcm bermasalah je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 8-7-2020 06:08 AM
ayam ph tak nak mencemar duli ke sini?

Memang takla, thread sendiri je berani gebang..
Ye tak @i.am.PH, @Knights
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.076010 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list