CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: TommasoCiampa

[Jenayah] Setpol bekas menteri direman terima suapan jutaan ringgit

  [Copy link]
Post time 8-7-2020 11:50 PM | Show all posts
Amanah bidas SPRM selepas bekas setpol Mat Sabu ditahan
July 8, 2020 4:39 PM


PETALING JAYA: Amanah membidas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak “keterlaluan” ketika menggeledah ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur awal pagi tadi, susulan penahanan bekas setiausaha politik kepada Presidennya, Mohamad Sabu.

Setiausaha Agungnya, Dr Hatta Ramli berkata, agensi anti-rasuah itu menggeledah Wisma Amanah tanpa mengemukakan waran geledah kepada pegawai keselamatan.

“Apabila ditanya, mereka menjawab waran itu akan diserahkan kepada Azhar (Mat Dali, setiausaha politik presiden Amanah) yang telah dibawa bersama,” kata dalam kenyataan hari ini.

Azhar ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 8 malam Selasa, selepas hadir memberi keterangan dalam siasatan membabitkan projek penyelenggaraan sistem keselamatan negara bernilai lebih RM56 juta.

Susulan itu, Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman 6 hari sehingga 13 Julai ini ke atas Azhar.

FMT melaporkan SPRM turut menyita pelbagai mata wang tunai dianggarkan berjumlah RM71,729 dan dokumen berkaitan projek itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM.

Siasatan dipercayai tertumpu ke atas dakwaan suspek menerima jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan kontrak pertahanan secara rundingan terus pada Ogos 2019.

Hatta turut mempertikaikan keperluan mereman Azhar kerana beliau mampu memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan SPRM.

“Hanya sekiranya beliau tidak hadir bila dipanggil dan tidak memberi kerjasama kepada SPRM, mungkin ada alasan untuk dia direman.”

Katanya, Amanah menuntut SPRM bersikap profesional dalam menjalankan siasatan mengikut lunas perundangan dan prosedur.

“Kegagalan SPRM menjalankan siasatan secara adil dan telus boleh menimbulkan tanggapan tindakan SPRM bermotif politik dan boleh menjejaskan imejnya.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 8-7-2020 06:56 PM
rambut sama hitam hati lain2. walaupon majoriti pemimpin bersungguh dlm tanggungjawab.
ada je se ...

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersihnya Pakatan Haram. Iols tersentuh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 09:08 AM | Show all posts
wow rundingan terus
projek juta2 tak buka tender
tak ikut SOP perolehan kerajaan

tu paperwork ada present ke jawatankuasa pemandu ICT Sektor Awam (JTISA) MAMPU
untuk kelulusan x?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 10:41 PM | Show all posts
orgsepang replied at 8-7-2020 02:07 PM
Sebahagian besar orang jadi ahli politik sebab nak cari peluang jadi kaya cepat bukan sekadar untuk  ...

patut kesalahan rasuah dan keamanan negara ada kaitan dengan org politik kena tembak sampai mampussss
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.067277 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list