CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2210|Reply: 23

[Tempatan] Tak mampu lagi nak move on. Ibu tunggal, 57 tahun hilang saving RM40,450. Percay

[Copy link]
Post time 8-7-2020 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Ibu tunggal rugi RM40,450 diperdaya kekasih baharu
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 8 Julai 2020


KEPALA BATAS - Seorang ibu tunggal kerugian RM40,450 selepas diperdaya teman lelaki yang baharu dikenali di laman sosial Facebook sejak dua bulan lalu.

Wanita berusia 57 tahun itu dikatakan berkenalan dengan lelaki terbabit yang kononnya menetap di London tanpa menyedari dia sebenarnya terjerat dengan sindiket Love Scam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, selepas berkenalan lelaki terbabit meminta mangsa membuka akaun bank kerana mahu meminjam akaun tersebut untuk urusan perniagaan di negara ini.

Menurutnya, mangsa yang percaya dengan kata-kata teman lelaki alam maya itu telah membuka akaun bank dan menghantarkan kad pengeluaran tunai automatik (ATM) ke alamat yang diberi.

"Selepas itu, suspek beritahu mahu menghantar hadiah hari jadi kepada mangsa yang mengandungi beg tangan, telefon bimbit dan wang tunai AS$.

"Mangsa yang teruja untuk terima hadiah tersebut tidak menyedari akan muslihat yang sedang dilakukan suspek sebelum dia menerima panggilan daripada ejen syarikat kurier yang meminta mangsa membuat bayaran ke dalam akaun bank diberi untuk terima hadiah tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa yang masih tidak sedar taktik penipuan tersebut telah membuat empat kali bayaran ke dalam dua akaun bank diberi berjumlah RM40,450.

Katanya, wanita yang juga pesara swasta itu hanya sedar ditipu apabila ejen masih meminta mangsa untuk buat bayaran tambahan lagi.

"Mangsa yang mula curiga terus membuat semakan dengan pihak polis dan sedar mangsa telah ditipu scammer.

"Yakin dirinya sudah terperangkap sindiket penipuan Love Scam terus membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Noorzainy menasihatkan agar orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat serta tipu helah sindiket penipuan dalam talian.

Katanya, jangan sesekali mudah percaya dengan kata-kata dan janji manis daripada individu yang baharu dikenali di laman sosial.

“Kes berkenaan kini dalam siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 03:14 PM | Show all posts
acik2 yg ada saving bebanyak rasa bosan sunyi xtau nk buat apa sila la berporem dalam CI ni acik. saban mggu pasti ada berita tentang scam.... semoga x mudah terpedaya agitchu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 03:47 PM | Show all posts
Kenapa senang sangat ditipu? Ingatlah kalau sudah melibatkan duit memang sangat fishy
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 03:52 PM | Show all posts
macam tau-tau je dah boleh bawak keluar semua epf
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 03:52 PM | Show all posts
Acik2 yang byk duit , yang kesepian rajin2 la masuk fb syed azmi, fb uncle kentang
Byk dorang post2 pasal kesusahan org dan memerlukan bantuan
Derma2 la kat situ
I'm sure hati akan gembira, tak sunyi, rezeki pun berganda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2020 04:17 PM | Show all posts
dgn 40k bole la jgk buat gi holiday
happy2 kan diri
tgk muka ensem begetar tulang rusuk sng2 je dok hulur
rupanya mat itam kepam sajok
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 04:25 PM | Show all posts
Sebab tu yang mana dah 55 dah boleh keluarkan epf tu elok diam2 duduk jangan sibuk bangga bercerita dah boleh keluar epf sebab banyak yang memerhati.  Tak scammer family adik beradik anak sendiri pun kadang jadi scammer minak duit barang sikit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 04:44 PM | Show all posts
Dengan 40k sekiranya tiada komputer, boleh beli komputer, sama ada PC atau  laptop..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 8-7-2020 03:14 PM
acik2 yg ada saving bebanyak rasa bosan sunyi xtau nk buat apa sila la berporem dalam CI ni acik. sa ...

Malangnya acik acik yg berkuntum kat porum ni, bkn acik yg kesunyian.....

Acik kesunyian sibuk cari cinta yg tak kesampaian di luar sanaaaaaa.......
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 8-7-2020 04:44 PM
Dengan 40k sekiranya tiada komputer, boleh beli komputer, sama ada PC atau  laptop..

Blh beli handbag jugak ....

Tak payah hadap nk tunggu hadiah bday dari love scam....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 8-7-2020 06:52 PM
Malangnya acik acik yg berkuntum kat porum ni, bkn acik yg kesunyian.....

Acik kesunyian sibuk  ...

Malangnya acik2 yg kuat berporem semua bermulut hansuang smpai scammer pn x lalu nak scam.......
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu dah nk bg hadiah kita kena byr, baik jgn terima hadiah tu. An expensive lesson learned indeed.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:10 PM | Show all posts
love scam, scammer ... sume terlalu hebat mencari mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 8-7-2020 06:54 PM
Malangnya acik2 yg kuat berporem semua bermulut hansuang smpai scammer pn x lalu nak scam.......

Dgn mulut hangsuang lah acik acik porem terselamat.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 08:18 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 8-7-2020 07:49 PM
Dgn mulut hangsuang lah acik acik porem terselamat.....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2020 08:19 PM | Show all posts
Orix replied at 8-7-2020 06:54 PM
Malangnya acik2 yg kuat berporem semua bermulut hansuang smpai scammer pn x lalu nak scam.......

Scammer gerun terus
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur cenggitu pun nak bercinta ke? Haiyyya
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 11:15 PM | Show all posts
semoga kita semua dijauhi scammers..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu la tayang sgt kehidupan peribadi kat medisoc
Scammer menunggu aje utk menjerat.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.078991 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list