Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
1799
View
46
Reply

[Tempatan] Pelajar IPT mula pengajian Oktober 2020

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-7-2020 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar IPT mula pengajian pada Oktober 2020 - Noraini
Astro Awani | Diterbitkan pada Julai 08, 2020 17:15 +08

PUTRAJAYA: Pelajar institusi pengajian tinggi akan memulakan pengajian mereka semula pada Oktober 2020.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, IPT dan pelajar kini diminta membuat persediaan yang diperlukan mulai dari sekarang.

KPT berpendapat tempoh hampir tiga bulan yang masih berbaki sehingga semester baharu dimulakan pada Oktober ini adalah mencukupi bagi semua pihak membuat persiapan dan persediaan yang diperlukan.

Bagaimanapun, pihak KPT dan IPT prihatin mengenai  beberapa masalah yang mungkin terpaksa dihadapi oleh sebahagian pelajar, khususnya yang berkaitan dengan isu-isu penginapan dan tiket penerbangan untuk kembali ke kampus.
Justeru, semua usaha dan langkah yang diperlukan sedang diambil bagi menangani isu-isu ini, katanya semasa sidang media pada Rabu.

Dalam pada itu kata Dr Noraini, pelajar boleh menghubungi bahagian hal ehwal pelajar di IPT masing-masing dan diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Semua aktiviti sukan dan riadah perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan aktiviti pelajar dibenarkan dengan syarat aktiviti tersebut tidak melebihi 250 orang tertakluk kepada saiz ruang dan penjarakan sosial, ujarnya.

Tambahnya, empat lagi kategori pelajar IPT akan ke kampus secara berperingkat mulai Julai 2020.

Katanya, kumpulan ini merupakan tambahan kepada lima kategori pelajar yang telah diberi kebenaran sebelum ini.

Empat kategori pelajar yang dimaksudkan itu adalah pelajar tempatan di institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) sebanyak tiga puluh peratus seperti yang dimohon oleh Persatuan Kolej dan Universiti Swasta, Pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat Universiti Awam dalam bidang pengajian yang memerlukan latihan klinikal, latih amal, praktikal, bengkel, makmal, studio atau peralatan khusus, serta mereka yang perlu menduduki peperiksaan Badan Profesional.

Selain itu, pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat Universiti Awam yang tidak mempunyai akses internet atau persekitaran kondusif, seperti ruang belajar yang sempit atau keadaan yang tidak selesa bagi melaksanakan 5 aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian serta pelajar antarabangsa dari kedua-dua Universiti Awam dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta termasuklah pelajar baharu, katanya.

Sementara itu jelasnya, pelajar antarabangsa perlu mendaftar dengan pihak Education Malaysia Global Services sebelum diberikan kebenaran masuk ke dalam negara oleh Jabatan Imigresen.

Kata Noraini, seramai 21,000 pelajar antarabangsa berdaftar di IPT dalam negara dengan sebahagian besar adalah dari Pakistan, Indonesia dan Thailand.

Mereka perlu menjalani ujian PCR atau RTK Antigen dalam tempoh tiga hari sebelum masuk ke Malaysia.

Mereka juga dikehendaki menjalani saringan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di pintu masuk negara ini dan seterusnya menjalani kuarantin diri selama 14 hari di lokasi yang akan ditetapkan oleh IPT masing-masing, ujarnya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 8-7-2020 05:37 PM | Show all posts
menyusahkan.. penuh timeline aku students2 meroyan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 8-7-2020 09:37 AM
menyusahkan.. penuh timeline aku students2 meroyan..

U dah bagi surat cuti sampai december, tetiba KPT pemdekkan ke Oct
Tu bengang tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 05:51 PM | Show all posts
neh semua bermula sbb jaki dgn cikgu2 yg dikatakan bercuti duk saja kat umah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 8-7-2020 05:47 PM
U dah bagi surat cuti sampai december, tetiba KPT pemdekkan ke Oct
Tu bengang tu kot

Tp itulah, ikut keadaan semasa skrg agak terkawal covid kt msia so dh blh buka semester dh kot. Ada 3 bulan lagi nk prepare semua nih. Semoga dpermudahkan utk semuaaaa. Aminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 06:11 PM | Show all posts
blajar on9 bising...
balik kampus bising...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:02 PM | Show all posts
september slalunye mula sem baru kan? so ni kire sambung ke caner
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:04 PM | Show all posts
mesti pelajar ipt x sabar nk timba ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsabar nak memamtat
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
sepupu aku semua xsbr msk kolej sbb study kt rumah byk gile asgmt lecturer bg nk cover final exam yg cancel huhu
tp okla msk sem baru dah..lg sng gitu
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 09:39 PM | Show all posts
anak aku 1st paper exam 6 jam stret...10am to 4pm..
pandai2 la nak adjust masa makan ...toilet break etc...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 10:06 PM | Show all posts
benda ni ikut keadaan semasa kot. Perlu ke setiap benda nak meroyan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi.. sambung perang netizen vs student plk ka.. sudah2 la.. jgn semua bnda nk bperang.. letihla.. bg org politik bperang udah lerr
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
awanysss replied at 8-7-2020 05:37 PM
menyusahkan.. penuh timeline aku students2 meroyan..

Dorg meroyan pasal ape?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 11:12 PM | Show all posts

sbb kena balik blaja...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 8-7-2020 06:11 PM
blajar on9 bising...
balik kampus bising...

Dpt makan bising..
Dpt cuti bising..

Sedey xblh main tiktok and honeymooning lama2 la tuh!
Ntah hape2 bdk zaman skrg..smh
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 10:49 AM | Show all posts
Anak Ngah positive aje.  Online class, assignment & exam.  Result dah keluar pun.

Next semester banyak benda practical kena masuk lab, he looks forward untuk balik college.

Anak-anak ni tak cukup matang, bila dikata Disember terus dah pahat dalam kepala Disember.
Makbapak lah kena guide anak-anak Management of Change, situasi sentiasa berubah, kita patut happy sebab berubah kepada yang lebih baik, wabak dah semakin hilang.

Tekankan pada anak, kita yang mengawal situasi, kena sentiasa positif.  Sentiasa mengeluh tak akan menyelesaikan masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
iols baca kat comment section fb Noraini Ahmad ada yang mengadu pasal rumah sewa untuk budak2 ipt apabila nak masuk ipt balik bulan 10 nanti...hahaha...tak kan la benda gitu pun nak mengadu kat menteri.

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:15 AM | Show all posts
cuti lama bising...suh blk msk belajar bising..abis nk apa
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 12:14 PM | Show all posts

kena balik uni la..
padahal baru je dalam bulan lepas most of uni keluarkan arahan kosongkan kampus..
cousin iols sewa homestay bagai sbb nak amik barang2 ni..
tup tup lepas sebulan kena masuk balik. even masuk bulan 10 nnti pun, tetap gelabah.. yg stay hostel okay lg, yg rumah sewa tu kesian..
kalau budak final year mesti dah cancel tenancy semua kan.. kesian nak start over balik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list