Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
520
View
7
Reply

[Tempatan] Tempahan hotel mula melonjak

 Close [Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 9-7-2020 03:53 AM | Show all posts |Read mode


Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri. - Foto NSTP








Tempahan hotel mula melonjak







KUALA LUMPUR: Sektor pelancongan kini kembali melonjak dengan tempahan hotel di seluruh negara menunjukkan peningkatan sehingga 30.74 peratus, setakat bulan lalu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata hotel mula dipenuhi pelancong domestik, sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara yang dilanda pandemik COVID-19.

"Kadar tempahan hotel pada Mac lalu ialah 18.29 peratus, dan kemudiannya menurun pada April kerana kemuncak (COVID-19 di Malaysia) 8.86 peratus manakala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Mei pula 9.63 peratus.

"Tetapi sehingga 30 Jun, (tempahan) melonjak kepada 30.74 peratus. Ini menandakan rakyat kita berani keluar kerana keadaan di negara agak selamat," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihak kementerian sentiasa bekerjasama dengan pemain industri dalam sektor pelancongan bagi menangani kesan COVID-19.

"Kami sentiasa mengadakan sesi libat urus, berbincang dengan penggiat industri pelancongan dan mereka memberi idea, dan kita guna juga sebagai maklum balas untuk kita serahkan kepada kerajaan," katanya.

Sementara itu, ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi, beliau memaklumkan kementeriannya akan mendapatkan panduan daripada Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar bagi membantu mengenal pasti zon hijau di negara luar yang boleh dilaksanakan langkah gelembung perjalanan.

"Sebagai contoh, kita tidak merujuk negara Australia secara menyeluruh, mungkin Perth sahaja," katanya.

Konsep 'Green Bubble' atau 'laluan hijau' membabitkan pelonggaran sekatan perjalanan antara dua atau lebih negara yang mana jangkitan dan kes tempatan COVID-19 adalah rendah.

Nancy juga berkata, kementeriannya juga akan berbincang dengan syarikat penerbangan bagi tujuan itu. C BERNAMA










Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 9-7-2020 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Harga murmur... Huntongla sapa byk cuti
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Harga pun dah naik sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 08:33 AM | Show all posts
dah permintaan tinggi dr pelancong tempatan, hotel2 jgn plak take advantage sbb nak cover blk lost utk 3 bln dulu.....hargai dan berterima kasihlah pd rakyat tempatan
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
tempat aku org dh buat promosi gie mabul, hri tu kawan gie rm250 full package satu malam, diaorg ckp jika dh open kt china sampai tahun depan tiada kosong
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
terlalu awl nk buka melancong luar negara....mcm org gila dlm pkp nk trnkan kes, snang2 nk buka2 luar negara? knp xtekankan melancong dln negara jer. bntu ekonomi peniaga dlm negara dulu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:39 AM | Show all posts
teringin nk travel tp keadaan x mengizinkan lagi huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 10:14 AM | Show all posts
Thread dah ada
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1206895

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list