CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1376|Reply: 7

[Dunia] Kembar siam tertua dunia meninggal dunia

[Copy link]
Post time 9-7-2020 04:38 AM | Show all posts |Read mode
Kembar siam tertua dunia meninggal dunia

KEMBAR siam berkenaan. FOTO Agensi










Agensi



Washington: Kembar siam tertua di dunia, Ronnie dan Donnie Gaylon meninggal pada usia 68 tahun di Hospital Dayton, Ohio, Sabtu lalu.
Sky News melaporkan pasangan yang bercantum pada pangkal paha hingga perut itu, meninggal dunia selepas menerima rawatan intensif di hospital berkenaan.
Keadaan kesihatan mereka dilaporkan sudah merosot sejak 10 tahun lalu.
Pasangan itu yang lahir di Beavercreek, Ohio, pada 25 Oktober 1951 itu diisytiharkan sebagai kembar siam tertua pada 2014.
Ia selepas kematian kembar siam dari China, Chang dan Eng Bunker, yang meninggal pada usia 63 tahun.
Media tempatan melaporkan ahli keluarga menempah keranda khas bagi memuatkan pasangan itu yang akan dikebumikan pada minggu depan.
Dalam pada itu, Daily Mirror melaporkan selepas dilahirkan, ibu bapa kembar itu, Eileen dan Wesley Gaylon menolak tawaran untuk memisahkan kembar berkenaan.
Ia memandangkan prosedur itu amat berisiko tinggi kerana mereka berkongsi organ pencernaan dan reproduksi.
Tiada jaminan dapat diberikan ke atas keselamatan kembar berkenaan sekiranya pembedahan itu tidak berjaya.
Sebelum itu, Ronnie dan Donnie pernah digabungkan dalam kumpulan persembahan King of The Sideshow Ward Hall dan mengikuti jelajah karnival World of Wonders.
Aksi mereka sangat sederhana dengan hanya duduk di depan televisyen dan pengunjung perlu membeli tiket untuk melihat mereka dari ruang tingkap.
Dalam kehidupan seharian, Ronnie dan Donnie bekerjasama untuk menyelesaikan tugas serta melakukan aktiviti bersama-sama.
Mereka dijaga adik lelakinya Jim sehingga menghembuskan nafas terakhir.
Namun, mereka tidak menerima pendidikan formal kerana pihak sekolah bimbang pasangan itu akan diganggu pelajar lain.
Sehingga akhir hayat, kembar ini tidak berkahwin dan berjanji akan tetap bersama walaupun sering bertengkar terutama ketika remaja.




Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 12:03 PM






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 08:36 AM | Show all posts
takziah.. kenapa depa tak berpakaian?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
lama juga umur dorang ya, tabahnya ahli keluarga yg menjaga makan minum dan keperluan dorang.
Boleh bergerak tak ye dorang ni?

Kembar siam pertama di dunia yg org thailand tu siap kawen dan beranak pinak. Anak pun berderet masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Paling lama lah kembar siam hidup yg ni... 68 tahun. Rekod sblm ni 63 tahun.


pernah tak... ada kembar siam yg sorang idup sorang mati. so camne kalau benda ni berlaku. adoi. sorry soalan aku macam soalan bodoh pulak
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 9-7-2020 09:07 AM
Paling lama lah kembar siam hidup yg ni... 68 tahun. Rekod sblm ni 63 tahun.



Ada.. Chang dan Eng.. Tapi sejam selepas Chang mati.. Eng pun mati.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 9-7-2020 09:07 AM
Paling lama lah kembar siam hidup yg ni... 68 tahun. Rekod sblm ni 63 tahun.



Aku pnh terbaca somewhere psl kembar siam yg kalo salah sorang tu mati, sorang lagi tu lambat laun akan mati juga sbb some of them share vital organs, blood circulation & sepsis darah bole sebabkn kematian.
Ada gak kembar siam yg ada separate vital organs & heart cuma & masing2 bole hidup independently walopon melekat. Kalo jenis camni if yg sorang mati dulu, ada chances utk surviving twin utk hidup thru operation.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2020 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
djzara81 replied at 9-7-2020 09:21 AM
Aku pnh terbaca somewhere psl kembar siam yg kalo salah sorang tu mati, sorang lagi tu lambat laun ...

owh.. kalau camtu.. baik ler dia pisahkan drp baby

macam kes kembar siam yg ni.. parents dia tknk buat procedure pisahkan sbb risiko (nyawa) tinggi... so dia rela anak2 dia & org sekeliling jaga si kembar dgn keadaan melekat drp risiko .


well.. doa parents dia termakbul. Memang akhirnya kembar siam yg survive paling lama
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang la tetap bersama kalau bertengkar.. nak pergi mana lagi..
Tapi pasangan kembar siam ni bukan salah sorang tu gay ke....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.247292 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list