CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13074|Reply: 21

Honda Civic Kekalkan Gelaran Raja Segmen-C Di Malaysia

[Copy link]
Post time 9-7-2020 03:32 PM | Show all posts |Read mode


Beberapa hari lalu, Honda Malaysia meraikan kejayaannya apabila mengumumkan Honda Civic kekal sebagai "Raja Segmen-C" di negara ini melalui model baharu facelift 2020 dilancarkan secara rasmi Februari lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya Toichi Ishiyama, Honda Civic berjaya menguasai 70 peratus pasaran segmen itu dan menerima tempahan lebih 6,500 unit sehingga Jun 2020. Ia juga model ketiga terlaris oleh Honda Malaysia selepas Honda City dan HR-V.


Selain beberapa pembaharuan mengenai Honda Civic baharu yang bakal penulis kongsikan, apa yang paling membuatkan peneraju segmen C di Malaysia ini menjadi bualan ramai adalah kerana ia kini dilengkapi Teknologi Keselamatan Termaju Generasi Seterusnya, Honda SENSING.




APA ITU HONDA SENSING, HEBAT SANGAT KE?


Honda Sensing ialah ciri bantuan pemanduan pertama diperkenalkan oleh Honda yang juga terdapat pada Accord dan CR-V. Secara ringkasnya, teknologi ini membolehkan kenderaan mengawal secara bersama dengan pemandu terutama membabitkan situasi diluar jangka.

Teknologi ini merangkumi ciri seperti Kawalan Pemanduan Adaptif (ACC) dengan Kemampuan Mengikut Kelajuan Rendah (LSF), Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Sistem Bantuan Kekal Laluan (LKAS), Sistem Mitigasi Keluar Jalan (RDM), Amaran Penukaran Laluan (LDW), Bantuan Suluh Tinggi Automatik (AHB) dan sistem kamera Honda LaneWatch.



Jadi sudah tentulah dengan adanya teknologi canggih ini pemandu akan merasa lebih selamat semasa memandu.


JADI APA LAGI PEMBAHARUAN YANG ADA PADA CIVIC BAHARU SELAIN HONDA SENSING?



Dari segi penampilan luarannya, Honda Civic baharu dilengkapi kemasan hitam di bahagian gril hadapan berbanding krom pada model sebelumnya.

Di bahagian belakang pula, terdapat spoiler dan kemasan bampar baharu yang juga berwarna hitam. Unik kepada varian 1.5 TC-P ialah rim aloi 18-inci baharu.



Ruang dalaman pula merangkumi tempat duduk kulit, penggilap cermin depan automatik, tempat duduk pemandu berkuasa dengan 8-pelarasan, dan penampilan suis stereng yang dikemaskini.



Untuk varian 1.5TC-P dan 1.5TC, ia dikuasakan oleh enjin 1.5-liter VTEC Turbo L15B7 yang menjana 173hp dan 220Nm tork. Manakala varian 1.8S pula menggunakan enjin 1.8-liter naturally-aspirated ini menghasilkan 141hp dan 174Nm tork. Tidak kira enjin mana pun, transmisi adalah sama iaitu CVT Earth Dreams.


Ciri standard lain adalah brek parkir elektrik, butang hidup enjin kawalan jauh, unit infotainmen dengan paparan 7-inci, 6 beg udara, pengesan parkir depan, Vehicle Stability Assist, Agile Handle Assist, ABS, EBD, Brake Assist, Emergency Stop Signal, Hill Start Assist dan kamera undur.  

Menarik kan! Oh ya berapa pula harganya? Honda Civic baharu ini ditawarkan melalui tiga varian iaitu 1.8S, 1.5 TC dan 1.5 TC-P yang dijual pada harga bermula RM109,326 sehingga RM134,934. - CARI








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 04:16 PM | Show all posts

merecik memang merecik tapi tak mampu

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 04:20 PM | Show all posts

rim dia kacak

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 06:44 PM | Show all posts
Honda Civic price starts at Rs 17.93 Lakh in New Delhi (ex-showroom). Read Civic ... Honda Civic Price & Variants: The petrol variant is available in three variants: V, VX, and ZX. ... This car is best in comparison to other cars in its segment.
dicks sporting goods survey
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 12:28 PM | Show all posts
model cantik mata ketam..tapi syg duh duit tgok harga..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 10:17 AM | Show all posts
nak beli tapi depan2 lah sekarang loyal kat kancil aku. pegi keja naik moto, dating naik kancil jimat minyak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2021 11:33 PM | Show all posts
dinish92 replied at 8-4-2021 10:17 AM
nak beli tapi depan2 lah sekarang loyal kat kancil aku. pegi keja naik moto, dating naik kancil jima ...

risau ape kereta civic ni kan jimat minyak
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 11:37 PM | Show all posts
milooaiss replied at 9-4-2021 11:33 PM
risau ape kereta civic ni kan jimat minyak

yeke? kereta besar kot...badan besar mana boleh jimat minyak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2021 06:32 AM | Show all posts
milooaiss replied at 9-4-2021 11:33 PM
risau ape kereta civic ni kan jimat minyak

mana ko dgr civic ni jimat minyak..cc besar mcm ni mmg tdak la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 06:52 AM | Show all posts
milooaiss replied at 9-4-2021 11:33 PM
risau ape kereta civic ni kan jimat minyak

cousin aku pakai civic jugak bro..jwpnnya bertentangan bro..tiap bln siap duit utk minyak saja..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:28 AM | Show all posts
milooaiss replied at 9-4-2021 11:33 PM
risau ape kereta civic ni kan jimat minyak

ada apa2 function ke yg ada kat civic dpt kurgkan pengunaan minyak. kalau ada bestlah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:31 AM | Show all posts
satriamisae replied at 10-4-2021 06:52 AM
cousin aku pakai civic jugak bro..jwpnnya bertentangan bro..tiap bln siap duit utk minyak saja..

mana satu betul jimat ke tidak? hahha kalau mcm tu baik aku adore kancil aku lg dh la comel, minyak pun save teruk. tp tu la dh makin nazak dh ingat nak angkat baru tapi kereta bese2 je lah civic belum mmpu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 09:53 PM | Show all posts
dinish92 replied at 11-4-2021 10:31 AM
mana satu betul jimat ke tidak? hahha kalau mcm tu baik aku adore kancil aku lg dh la comel, minya ...

ahaha pakai ja apa keta pun bro..klau bnyk guna bnyak la minyaknya ye dok..klau guna kancil pun tp 24 jam jalan ja, 40-50 jugak la seminggu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 10:40 PM | Show all posts
satriamisae replied at 11-4-2021 09:53 PM
ahaha pakai ja apa keta pun bro..klau bnyk guna bnyak la minyaknya ye dok..klau guna kancil pun tp ...

setuju susah kalau nanti beli tak puas hati pulak kan..ambil ja lah mana kenan kereta apa..pengunaan minyak tu boleh pikir lain..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 11:30 PM | Show all posts
doubledecker89 replied at 10-4-2021 06:32 AM
mana ko dgr civic ni jimat minyak..cc besar mcm ni mmg tdak la..

Honda Civic mendapat rating 6 untuk ekonomi bahan api, kerana semuanya bukan hanya pilihan utama mereka mendapat penarafan EPA di atas purata.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2021 11:32 PM | Show all posts
milooaiss replied at 11-4-2021 11:30 PM
Honda Civic mendapat rating 6 untuk ekonomi bahan api, kerana semuanya bukan hanya pilihan utama m ...

boleh tahan jugak rating 6
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2021 11:57 PM | Show all posts
migujem replied at 11-4-2021 11:32 PM
boleh tahan jugak rating 6

kann, tapi lagi jimat jika guna fuelsave 95
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 12:04 AM | Show all posts
Edited by migujem at 14-4-2021 11:13 AM
milooaiss replied at 13-4-2021 11:57 PM
kann, tapi lagi jimat jika guna fuelsave 95

Kalau shell aku setuju... bawak kat kereta lama macam proton wira pun sedap je bawak. Aku rasa sebab petrol dia bagi enjin jalan lancar kot.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 05:03 PM | Show all posts
migujem replied at 14-4-2021 12:04 AM
Kalau shell aku setuju... bawak kat kereta lama macam proton wira pun sedap je bawak. Aku rasa seb ...

yelahh kan mnyak shell boleh guna kat enjin lama dan baru. Dia mmg lancar sbb minyak shell bantu dlm mengurangkan pembentukan sisa minyak terhasil dlm enjin
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2021 05:06 PM | Show all posts
milooaiss replied at 14-4-2021 05:03 PM
yelahh kan mnyak shell boleh guna kat enjin lama dan baru. Dia mmg lancar sbb minyak shell bantu d ...

ohh dia ada fungsi mcm ni rupanya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 1.047785 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list