CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8910|Reply: 86

[Tempatan] Edisi Serambi-Roti canai bentuk ular dapat sambutan ramai

  [Copy link]
Post time 9-7-2020 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 9-7-2020 05:04 PM

Roti canai ular dapat sambutan

KOTA BHARU - Keunikan seorang pengusaha roti canai mencipta roti canai berbentuk ular membuka ‘pintu rezeki’ berganda baginya apabila roti canai yang unik itu kini mendapat sambutan ramai.

Che Harun Ali, 46, dari Kampung Kubur Kuda di sini berkata, idea mencipta roti canai ular itu timbul selepas beliau sekadar mencubanya secara suka-suka untuk dimakan sendiri sebelum mula memperkenalkannya kepada pelanggan sejak setahun lalu.

“Pada awalnya, saya hanya mencuba sekadar suka-suka untuk dimakan sendiri, namun tidak menyangka ketika itu ia dilihat seorang pelanggan dan terus meminta untuk membuat kepadanya juga.

“Daripada situ saya terdetik untuk menjadikan roti canai berbentuk ular ini sebagai menu pilihan pelanggan di kedai, dan sehingga ke hari ini ia semakin mendapat permintaan ramai dalam kalangan pelanggan,” katanya ketika ditemui pemberita di kedai miliknya di Kampung Kubur Kuda di sini hari ini.

Che Harun yang berpengalaman lebih 30 tahun berniaga roti canai berkata, pelanggan mempunyai beberapa pilihan roti canai ular termasuk perisa milo, nestum, milo dan keju, serta planta dan susu, yang dijual pada harga RM1.20 hingga RM3 sebiji.

“Selain roti canai ular, pelanggan turut mempunyai pilihan lain antaranya roti hamlet, roti tisu, roti pisang dan saya akan menyediakan hampir sepuluh kilogram (kg) adunan roti canai setiap hari, untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Malah, tidak dinafikan ada di antara pelanggan yang merasa geli dan gerun untuk memakan roti canai berbentuk ular ini, namun mereka masih tetap mempunyai pilihan lain.

“Ada juga di antara mereka yang gerun namun tetap ingin mencuba kerana merasakan ia unik dan tidak pernah ditemukan di tempat lain,” katanya yang turut dibantu isteri Nor Azlina Husin, 39, dan kedainya dibuka setiap hari bermula 8 pagi hingga 11 malam.

Sementara itu, seorang pelanggan, Afdalila Abas, 34, dari Kubang Kerian berkata, beliau sekeluarga terdetik untuk mencuba roti canai ular tersebut selepas ia tular di laman media sosial dan mengakui ia satu idea yang kreatif.

“Pada awalnya ada perasaan gerun untuk memakan roti canai berbentuk ular ini, namun selepas mencuba menikmati roti canai ular ini, perasaan itu terus hilang kerana ia sangat sedap dan rangup,” katanya.

Terdahulu, roti canai ular yang dihasilkan oleh Che Harun tular di laman media sosial serta aplikasi WhatsApp, dan mendapat perkongsian ramai. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/a ... ular-dapat-sambutan


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbaloi?           
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 05:17 PM | Show all posts
nmpak dap...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 05:20 PM | Show all posts
tak jatuh haram ke buat makanan menyerupai binatang

bagi free pun aku tak nak makan geli
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Okla tu..cuba pelbagaikan 'saiz ulau' tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Erkk tp skrg viral roti korea tu
Cream cheese garlic bread kot namanya
Nampak dap je roti tu


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2020 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kreatif. Org masia ni suka bnda2 viral. So rezeki pakcik ni la.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dah la dia panggil roti canai tu 'ekor', semlm aku dgr adik aku bukak video org buat live fb kot interview tokey roti canai ni terdengar "ada 30 ekor" kembang tekak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kembang weh....i stick to roti canai biasa
x rugi pun klau x try
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Menakutkan je. Aku dah lah fobia binatang tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 9-7-2020 06:23 PM
dah la dia panggil roti canai tu 'ekor', semlm aku dgr adik aku bukak video org buat live fb kot int ...

Roti canai sekor kuah banjir
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 06:33 PM | Show all posts
roti canai mcm ni x sedap.. luar je masak... dlm x masak... mcm roti planta tu... luar sedap... dlm tepung mentah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah ini bukan architect ker so Afdal ni huhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
anak kau muka terseksa macam tak suka jah roti canai ular tu. ko jah yang syok sendiri senyum kata sedap dan rangup khuens?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap2 xsedap heshe dah buat duit atas hype bodoh ummat..why bother sis? Get thois coins!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 07:09 PM | Show all posts
miss_white replied at 9-7-2020 05:20 PM
tak jatuh haram ke buat makanan menyerupai binatang

bagi free pun aku tak nak makan geli

kueh baulu dh lama buat...

tp tk de la bentuk ulo....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Isi sama je kan mcm roti canai konvensional tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ular mmg big no no untuk aku gelinyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ol skul roti jugak pojaan hatiku.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pernah duduk kg kubur kuda ni sekitar 1990-1994
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.658004 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list