CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6158|Reply: 56

[Dunia] Sukakan Perhatian, Kucing Ini Kerap ‘Prank’ Jiran, Terbaring Kaku Dengan Lidah T

  [Copy link]
Post time 9-7-2020 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 9-7-2020 11:09 PM

Seorang pemilik kucing terpaksa menghantar nota kepada jiran-jirannya  untuk meyakinkan mereka bahawa mereka tidak membunuh kucingnya yang berterusan melakukan ‘prank’ kerana inginkan perhatian.

Kucing yang diberi nama Lolly itu dikatakan sangat suka untuk berbaring kaku di jalan dengan matanya yang tertutup dan lidah terkeluar. Aksinya itu terkadang berjaya memperdaya pemandu kenderaan yang menyangka bahawa haiwan itu telah mati akibat kemalangan tragis.

Pemilik haiwan tersebut, Lesley Southam mengatakan bahawa haiwan peliharaannya yang nakal itu mendapat perhatian sehingga menyebabkannya mencipta risalah yang dihantar melalui kotak surat untuk memberi amaran kepada orang ramai ketika berada di jalan di Banbury mengenai keletah kucingnya itu.

Dia hanya suka orang ramai dan perhatian. Dia boleh berbaring tanpa bergerak sehingga membuatkan orang ramai berhenti untuk memeriksa sama ada dia masih hidup,” kata Lesley.

“Dia benar-benar terkenal di bandar ini. Semua orang mengenali Lolly,” tambahnya lagi.

Bukan hanya melakukan ‘prank’ sebegitu, Lolly yang berumur 14 tahun itu juga gemar untuk melompat di atas kereta orang yang tidak dikenali.

Nota yang dihantar kepada jiran-jirannya mengandungi gambar kucing tersebut dan tulisan iaitu:

“Hai, nama saya Lolly, perkara kegemaran saya ialah orang dan berpura-pura saya mati di tepi jalan.

“Saya juga tidak tahu apa-apa dan agak tua. Mohon jangan risaukan saya. Semua peniaga tempatan dan doktor haiwan mengenali tuan saya. Jika anda betul-betul risau, hubungi ibu saya,” ujar nota tersebut.

Lesley juga memasukkan nombor telefonnya untuk memudahkan orang ramai menghubunginya jika ada sebarang permasalahan.

https://www.mirror.co.uk/news/weird-news/attention-seeking-cat-wont-stop-22321927?utm_source=twitter.com&utm_medium=social&utm_campaign=sharebar&fbclid=IwAR1BdajK1O9cNYJGJN-cm3umxXUiYKqGkmQ0UcPkc9XilJx_3t9a8QmM5F0

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2020 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dah lah tu buat orang terkejut cik meow oi!
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kucing hitam putih memang sewel kadang2
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoii.... perangai ape gini....

Kucing2 ni mmg ade perangai pelik... kalau dah biasa bela byk ekor akan perasan sekor2 ada perangai pelik masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hihi mesti dia terhibur orang terpedaya dengan prank dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2020 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahla comel, nakal lak tu. Geram je eiiiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2020 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk je aku dah tergelak
You're so funny!
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap Lolly tak buat-buat mati ditengah-tengah jalan raya dah la, takut orang lenyek jer ingat dah jadi bangkai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 12:04 AM | Show all posts
drama cat  
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Lolly..lolly...spin dlm mesin basuh nakkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 10:07 AM | Show all posts
attention seeker mcm alip sukri la kau ni cing..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 10:14 AM | Show all posts
hik hik hik....drama sangatzzzzssss
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel je...babap kang....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 10:27 AM | Show all posts
aku ingt kucing oren je byk akai....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandai ko tipu manusia cing ye
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Nakal nye lolly
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
cubit kang...nakal sgt neh
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 10:58 AM | Show all posts
Drama queen sangat kau cing.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 11:08 AM | Show all posts
kucingitam replied at 10-7-2020 10:07 AM
attention seeker mcm alip sukri la kau ni cing..

jgn nnt yg sorang tu ikut perangai kucing ni dh lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi...naseb la dpt kucing ting tong mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.083928 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list