CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1632|Reply: 7

[Tempatan] Giliran Bekas penjaga gol selangor mele long pingat

  [Copy link]
Post time 10-7-2020 04:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-7-2020 12:25 PM



Bekas penjaga gol Selangor, Jamsari Sabian. - Foto fail NSTP








Giliran Jamsari 'lelong' pingatOleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my







KUALA LUMPUR: Bukan isu kewangan, sebaliknya bekas penjaga gol Selangor, Jamsari Sabian 'mengorbankan' tiga koleksi pingat yang dimenanginya bersama Selangor pada 2005 atas dasar kekecewaan.

Jamsari menjelaskan, dia membuat keputusan melepaskan koleksi berharganya itu selepas tawar hati apabila menunggu janji yang tidak kunjung tiba daripada pihak yang sebelum ini pernah menawarkan 'sesuatu', 12 tahun lalu.

Peristiwa terbabit jelas menjadi pengajaran buat dirinya supaya tidak mudah percaya dengan janji mulut apabila sehingga kini, tiada sebarang perkembangan mengenai janji itu kepada dia dan beberapa bekas rakan sepasukannya.

"Jangan salah faham, ini tidak sama dengan itu (kes Khalid Jamlus).Masalah kewangan itu memanglah ada tapi untuk jual pingat ini, ia lebih kepada menyuarakan kekecewaan saya kepada pihak tertentu yang saya tidak mahu sebutkan siapa.


Pingat yang dilelong Jamsari selepas kecewa menunggu janji. - Foto Jamsari Sabian


"Lama-lama simpan pun, tidak dapat apa. Tinggal ini sahaja koleksi yang saya yang ada daripada simpan, lebih baik saya jualkan sahaja kepada mana-mana pihak yang berminat.

"Cuma, saya mahu ingatkan pemain muda kita, kalau mahu buat buat apa-apa, tolonglah buat secara hitam putih dan tidak sekadar berjanji mulut semata-mata. Itulah yang terjadi pada saya dan beberapa rakan sepasukan yang lain.

"Kalaulah dapat janji itu, saya kira boleh melegakan sikit keluarga saya dan kita pun tidak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, sekurang-kurangnya dapatlah beri peluang mencari rezeki dalam bidang lain selepas ini," katanya.

Sebelum ini, Jamsari menerusi akaun Facebooknya mengumumkan mahu melelong koleksi tiga pingat iaitu pingat juara Liga Perdana 2005, Piala FA 2005 dan Piala Malaysia 2005 selepas jualan pingat sebelum ini didermakan untuk Palestin dan Syria.

Dia menyatakan jualan pingat itu untuk 'menderma' kepada diri sendiri sekali gus menimbulkan persoalan memandangkan ia dibuat hanya beberapa hari selepas Khalid Jamlus melelong koleksi peribadinya termasuk Anugerah Kasut Emas.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/07/708962/giliran-jamsari-lelong-pingat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2020 04:28 AM | Show all posts
Ada harga ke untuk di lelong?

Kecuali hanya sentimental value untuk setengah orang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dapat beli, nanti boleh sembang dgn anak,"bapak masa muda2 dulu atlet main bola sampai menang piala malaysia tau "
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 08:55 AM | Show all posts
Janji2 dari Khir Toyo kah yg dicapatikan itu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 02:55 PM | Show all posts
bagus nasihat pakcik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 02:59 PM | Show all posts
janji nak kasi datuk ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2020 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
janji apa lah tu..tanah ke?..well,lelong pingat so that ada pihak dtg korek hal yg lepas, then dapat lah ditunaikan janji terdahulu atau bantuan apa2?...sorry, I kurang berkenan lah cara macam ni..pingat2 ni dpt masa diorg  mmg tengah jadi yg terbaik kan? dan deserve pingat2 tu semua..semestinya masa tu pun diorg dah dpt gaji yg setimpal..kenapa skrg nak lelong pingat yg dpt semata2 sbb ada pihak x tunai janji?..so fishy..(at least khalid jamlus tu kalu btol2 takde duit, I faham lah jgk)..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia menyatakan jualan pingat itu untuk 'menderma' kepada diri sendiri sekali gus menimbulkan persoalan

musim player bolasepak lelong pingat

sendiri malas sengkek nak salahkan org lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.310722 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list