CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2084|Reply: 10

[Dunia] Datuk Bandar Seoul ditemui maut selepas dakwaan gangguan seksual

  [Copy link]
Post time 10-7-2020 07:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-7-2020 03:19 PM



PASUKAN forensik membawa mayat Datuk Bandar Seoul, Park Won-soon yang ditemui maut di sebuah gunung di utara Seoul. - Foto AFP


Datuk Bandar Seoul ditemui maut selepas dakwaan gangguan seksual





SEOUL: Datuk Bandar Seoul, Park Won-soon, yang selama ini dilihat berpotensi menjadi calon Presiden Korea Selatan, ditemui maut hari ini, kata pihak polis.

Rabu lalu, bekas kakitangan Bandar Seoul membuat laporan polis dengan dakwaan membabitkan gangguan seksual terhadap Won-soon, 64.

Pihak polis memaklumkan mayat Won-soon ditemui di sebuah gunung di utara Seoul selepas pencarian dilakukan ratusan pegawai.

Wartawan AFP yang berada di lokasi melihat anggota kecemasan membawa mayatnya turun ke bawah awal pagi ini, sebelum dibawa ke hospital.

Pihak polis turut memaklumkan bahawa tiada nota bunuh diri ditemui di lokasi mayat itu ditemui, namun agensi berita Yonhap melaporkan yang Won-soon 'dianggap membunuh diri'.

Jika terbukti membunuh diri, Won-soon akan menjadi individu berprofail paling tinggi berbuat demikian sejak bekas presiden, Roh Moo-hyun, terjun daripada tebing pada 2009, selepas disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan ahli keluarganya.

Anak perempuan Won-soon membuat laporan kehilangannya tengah hari semalam, apabila bapanya itu tidak dapat dihubungi untuk tempoh beberapa jam, kata pihak polis.

Won-soon meninggalkan mesej yang seolah-olah seperti kata-kata terakhirnya, dan telefon bimbitnya turut dimatikan, lapor anak perempuannya kepada polis.

Won-soon yang juga antara pemimpin kanan dalam parti Demokratik, mentadbir Seoul sejak hampir 10 tahun lalu.

Beliau secara konsisten disebut sebagai calon berpotensi menggantikan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, dan tidak menafikan matlamat politiknya ke arah itu ketika ditanya AFP awal tahun ini.

Won-soon memiliki latar belakang yang sama dengan Jae-in, isitu sebagai aktivis pelajar ketika era pemerintahan diktator oleh tentera, sebelum menjadi peguam hak asasi manusia. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2020/07/709148/datuk-bandar-seoul-ditemui-maut-selepas-dakwaan-gangguan-seksual

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 07:41 AM | Show all posts
bagus depa ni time bersedap sampai lupa anak bini
tapi bila kantoi mati
entah bunuh diri entah dibunuh
sama juga kalau ada kes rasuah ke masalah politik ke
sanggup letak jawatan blah
bukan macam kita stay buat muka seposen hahaaha
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
WeAiNe replied at 10-7-2020 07:41 AM
bagus depa ni time bersedap sampai lupa anak bini
tapi bila kantoi mati
entah bunuh diri entah dib ...

Malaysia kan Boleh. Korea tak Boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
selayaknyalah kalau betul ko buat
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kiranya dia mati dalam apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
WeAiNe replied at 10-7-2020 07:41 AM
bagus depa ni time bersedap sampai lupa anak bini
tapi bila kantoi mati
entah bunuh diri entah dib ...

Semburit pun relax jer jd menteri kanan. Cam sial.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak dinafikan bekas2 menteri n menteri2 kat malaysia ni muke tembok,kulit setebal biawak je teruskan hidup kalau ade skandal2 n tuduhan2 cmni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 10-7-2020 09:48 AM
Kiranya dia mati dalam apa ni?

mati dlm iman rasenye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 11:42 AM | Show all posts
WeAiNe replied at 10-7-2020 07:41 AM
bagus depa ni time bersedap sampai lupa anak bini
tapi bila kantoi mati
entah bunuh diri entah dib ...

setujuuuu
yg langgar MCO pun ada yg letak jawatan
sini aman2 berebut jawatan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 02:15 PM | Show all posts
Berbeza dengan pemimpin kita
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooooo yang smalam or dua hari lepas hilangkan diri tu. RIP, dah agak dah. So tak dapat bela diri lah, as good as he did it!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.064242 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list