CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3629|Reply: 41

[Tempatan] NSK didenda RM340,000 ambil PTI bekerja

  [Copy link]
Post time 10-7-2020 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah NSK Holdings Sdn. Bhd didenda RM340,000 ambil PTI bekerja
6 Less than a minute

SEORANG pengarah syarikat yang bergelar Datuk dan bekas Senator didenda RM340,000 atau penjara 68 bulan oleh Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka hari ini atas kesalahan membenarkan 68 pendatang tanpa izin (PTI) masuk ke dalam premisnya, Januari lepas.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Pengarah NSK Holdings Sdn. Bhd., Datuk Chiew Lian Keng mengaku melakukan kesalahan itu di sebuah pasar raya borong NSK Trade City beralamat No 19395, Jalan TTC 26, Taman Teknologi Cheng.

Lian Keng, 56, yang juga bekas senator dituduh membenarkan 68 pendatang tanpa izin terdiri daripada 51 lelaki warganegara India, 11 lelaki (Pakistan), tiga lelaki (Myanmar), dua lelaki (Bangladesh) dan seorang lelaki (Nepal) memasuki premisnya kira-kira pukul 4 petang, pada 22 Januari lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 55E (2) akta sama, yang membawa hukuman denda RM5,000 hingga RM30,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap pendatang tanpa izin ditemukan di premis.

Ahmad Sazali dalam penghakimannya mendenda tertuduh sebanyak RM5,000 atau sebulan penjara bagi setiap pendatang tanpa izin atau keseluruhan RM340,000 atau 68 bulan penjara.

Hakim berkata, sebagai seorang pengarah syarikat tertuduh perlu mengambil tahu tentang pengambilan pekerja syarikatnya dan memastikan proses itu diurus dengan baik supaya perkara seperti ini tidak berlaku.

Beliau berkata, terdapat banyak kesan akibat pengambilan pekerja tanpa dokumen disahkan terutama melibatkan faktor kesihatan dan sebagainya.

Pertuduhan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Malaysia, Nuratika Aman manakala tertuduh diwakili peguam Zaflee Pakwanteh. – BERNAMA

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 03:38 PM | Show all posts
tu baru satu cawangan.. mohon semak semua cawangan ni..

saman dorg punya HR.. agaknye dorg ni la faktor or punca penyeludupan PATI...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka..tokey2 ni nk byr gaji semurah yg mungkin..xyah byr permit, xyah byr levi...nah rasakan
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
X pernah beli barang kat NSK...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 10-7-2020 03:40 PM
Padan muka..tokey2 ni nk byr gaji semurah yg mungkin..xyah byr permit, xyah byr levi...nah rasakan

Rakyat malaysia pemalas konon. Rupanya nak perah PATI.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh bukan ker tokey2 cina2 semua jujur?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2020 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Adan ukeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut le kt mydin dah tak ramai pendatang....
Budak melayu pulak jd supervisor....selalunya paki yg dok mnyibuk kat situ ngarahkn org pi kaunter mana....

Cer check jakel pulak....

Aku suka hero....utamakn warga tempatan dulu...dah tak de, baru amik nepal....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 04:05 PM | Show all posts
takat rm340k tu celah gigi dia je..
tak check yang kl selangor punya lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nsk je.. semua sekali pun patut kena denda... nk untung je lebih
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau semak semua cawangan NSK.. Mau meroyan geng2 NGO sebab tokey3 kena kacau maaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 04:26 PM | Show all posts
sebenarnye senng je gomen nak dpt revenue.. agensi2 penguatkuasa ni buat kerja... in return gomen kene la provide sufficient fund untuk cater cost dorg wat operasi...

so agensi penguatkuasa ni ada la halatuju dan kpi.... so akan bersih la malaysia ni dri PATI2 ni.. termasuk peniagaan serta isu2 berkaitan pati ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu kena tangkap januari..sblm pkp,kalau waktu sekarang ia pasti lebih hangat.klau pihak berkuasa menawarkan ganjaran utk laporan sehingga tertangkap PATI..ramai melaporkan
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
selama ini pon kita meme tau mengapa 'golongan tertentu' membela PATI. kes ini buktinya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasar segi area rumah i aman je semua pekerja asing sampai sekarang. Dari timbang sayur sampai kaunter,semua warga asing. Yg jadi supervisor ada la dua tiga orang yang orang tempatan. Area rumah i ni dari nigga, acheh, myanmar, rohingya semua ada. Rasa macam dok oversea
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengkhianat......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 05:10 PM | Show all posts
Baguslah periksa semua outlet tak kira kedai runcit hingga ke pasaraya.  Pasti yang lain pun ramai mengajikan pati untuk berkerja di permis mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 10-7-2020 04:14 PM
Kalau semak semua cawangan NSK.. Mau meroyan geng2 NGO sebab tokey3 kena kacau maaaa

sb tu apa saja isu babitkan warga asing la ni....ada jer 'pihak tertentu' buat isu dan kecohkan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 05:16 PM | Show all posts
lenkali amik la bekas pemain bola sepak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 10-7-2020 05:16 PM
sb tu apa saja isu babitkan warga asing la ni....ada jer 'pihak tertentu' buat isu dan kecohkan.

Yap.. Dari dulu aku suspek NGOK2 ni saka belaan tokey2 besar.

Kat malaysia... Nak bg tikus2 dengar kata kerajan.. Adalah pegang "balls" tokey2 besar.. Mslhnya kerajaan malaysia tak berani buat kerja gila mcm tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.080773 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list