CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3223|Reply: 37

[Tempatan] Nak bakar diri sendiri tapi terbakar dengan adik sekali,dua-dua maut

  [Copy link]
Post time 10-7-2020 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 10-7-2020 05:31 PM

Bakar diri sendiri hingga adik turut terkorban

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my

TERTEKAN dengan penyakit misteri sehingga berat badannya mencecah 180 kilogram (kg) menyebabkan seorang wanita sering bertengkar dengan ahli keluarganya yang akhirnya dia bertindak membakar dirinya sendiri di sebuah rumah di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Nibong Tebal, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, wanita berusia 39 tahun berkenaan dikatakan bertengkar dengan adik perempuannya berusia 33 tahun di bilik utama rumah didiami mereka.

Disebabkan tidak tahan dengan kata-kata kasar yang dikeluarkan adiknya mengakibatkan wanita itu mengambil petrol yang terletak di belakang pintu bilik terbabit lalu menyimbahnya di seluruh anggota badannya sebelum dia menghidupkan pemetik api.

Pada masa sama, petrol berkenaan terkena adik perempuannya yang cuba membantu memadamkan api yang marak pada tubuh kakaknya namun dia pula disambar api hingga kedua-dua mereka dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) akibat melecur 100 peratus.

Kejadian turut menyebabkan pembantu rumah iaitu wanita Myanmar berusia 50 tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia dua dan 12 tahun melecur ketika sama-sama membantu memadamkan api dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, polis mendapat laporan bahawa dua beradik wanita itu meninggal dunia pagi tadi selepas mereka berdua mendapatkan rawatan.

"Adik wanita itu meninggal dunia pada jam 5.34 pagi manakala wanita terbabit pula meninggal dunia pada jam 11.43 pagi.

"Siasatan yang dijalankan di rumah berkenaan mendapati terdapat lima penghuni ketika kejadian yang mana suami wanita terbabit keluar bekerja manakala suami adiknya pula sedang menjalani hukuman penjara.

"Tiga mangsa yang melecur kini dilaporkan stabil dan salah seorang sudah dibenarkan pulang ke rumah," katanya.

Chong Chern berkata, wanita itu dikatakan mempunyai penyakit kaki gajah hingga berat badannya mencecah 180 kg dan disebabkan itu dia selalu berada dalam keadaan kemurungan.

"Wanita berkenaan pernah mendapatkan rawatan ekoran penyakitnya di Chennai, India pada tiga tahun lalu namun tidak mendapatkan sebarang rawatan di hospital negara ini.

"Perkara ini menyebabkan dia sentiasa kemurungan dan selalu bercakap kasar dengan ahli keluarganya kerana tidak boleh menerima hakikat hingga dia bertindak di luar jangka," katanya.

Menurutnya, kes yang sebelum itu disiasat di bawah Seksyen 307/309 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.21 petang semalam berhubung insiden kebakaran yang berlaku.

Insiden itu hanya memusnahkan 15 peratus bahagian bilik utama rumah berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sedehnya citer camni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 06:06 PM | Show all posts
rawatan di Chennai? tau dah rasanya bangsa apa..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 06:06 PM | Show all posts
Dulu2 main minyak gas sekarang main petrol impactnya lebih fatal
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 06:11 PM | Show all posts
tragis tragis
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
petik je chennai dah ku teka leluhur mana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2020 06:31 PM | Show all posts
mengapa orang malayu tidak boleh menerima takdir yang mereka ada kaki seperti gajah?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa Tamil?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 07:43 PM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 10-7-2020 06:06 PM
rawatan di Chennai? tau dah rasanya bangsa apa..

tu la... dan chuolss kena baca dia ada sebut pembantu rumah myanmar...

so the clue is complete
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Jab memang ada orang simpan petrol kat belakang pintu bilik ker? Or simpan petrol kat dalam rumah untuk apa? Serious nak.tau....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 07:57 PM | Show all posts
bangsa kelly ng suka bakar diri, minum clorox
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols terimagine diorg terjaga di alam barzakh. Ingat ke lagi punca kematian
Gitu je life mission memasing
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 08:08 PM | Show all posts
Aduh, sakit tu membakar diri, terkena mintak panas pun dah mengelupur inikan pula seluruh badan
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 10-7-2020 06:23 PM
petik je chennai dah ku teka leluhur mana

Kalau dah ambik petrol tu dah bleh agak dah haha....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 08:53 PM | Show all posts
mcm dah stanby minyak petrol tu siap letak belakang pintu bilik pl tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 10-7-2020 08:06 PM
Iols terimagine diorg terjaga di alam barzakh. Ingat ke lagi punca kematian
Gitu je life mission me ...

Kim, aku pula terimagine diorang sambung gaduh di alam sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 10-7-2020 06:06 PM
rawatan di Chennai? tau dah rasanya bangsa apa..

Tak payah kau baca sampai hujung & jumpa perkataan chennai klu nk tau bangsa apa.....

Baca tajuk je dah blh tau bangsa apa...bakar bakar ni memang bangsa tu suka sgt.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
missbigrockstar replied at 10-7-2020 08:55 PM
Kim, aku pula terimagine diorang sambung gaduh di alam sana

confirm..scary place pastu judgement day lagi. Tengok2 adik yg lepas gi jannah pasal pahala banyakk
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa akhir2 ni banyak kes pelik2 kat penang? Hari tu pasal budak aqil baligh yg bunuh diri, tadi bapak nak pukul anak dgn penukul, ni adik beradik mati terbakar pula.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 10-7-2020 07:28 PM
Bangsa Tamil?

Ssshh...hati2 Sarah nantikan Ada yg sentap mcm dlm thread kuil Tu
Hehehe...kan dtg Serang kat sini plk
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.084124 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list