CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1883|Reply: 16

[Tempatan] Terima kasih Najib, semua kerana doakan saya – Tun Mahathir

  [Copy link]
Post time 10-7-2020 08:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kp5x at 10-7-2020 08:31 PM

Terima kasih Najib, semua kerana doakan saya – Tun Mahathir

By Wartawan MalaysiaGazette



Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) melambaikan tangan kepada para media semasa sidang media selepas pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 23 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak dan orang ramai yang menghantar ucapan selamat sempena ulang tahun hari kelahirannya yang ke-95 hari ini.

“Saya nampak Najib pun ada menulis dan saya ingin ucap terima kasih kepada beliau dan terima kasih semua yang mendoakan saya.

“Doa anda semua amat penting kerana saya gembira masih diingati oleh begitu ramai orang,” katanya dalam satu video di sini hari ini.

Mahathir menerima ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-95 hari ini termasuk daripada seterunya iaitu beberapa bulan selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam catatan di Facebook miliknya, Najib yang digantikan oleh Mahathir selepas PH memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei 2018 mendoakan bekas mentornya itu panjang umur dan diberkati selain diberi kesihatan yang baik.

“Semoga Tun Dr Mahathir dilimpahkan rahmat, ketenangan, kesihatan dan dilanjutkan usia.

“Selamat ulang tahun ke-95, tuan,” katanya.

Pada masa sama, ucapan turut diterima di media sosial kepada Mahathir yang merupakan pemimpin tertinggi kerajaan paling lama berkuasa di Malaysia yang pernah memegang jawatan perdana menteri sebanyak dua kali. – MalaysiaGazette

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2020 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
panjang umur dia, 5thn lg cukup 100 thn.. dan sihat pulak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
najib still hormat die... klau aku tak ingin nak wish bday bagai
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 09:50 PM | Show all posts
dia asik sentap.. Najib rilek je..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2020 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
bangun tidur jer dia akan najib... najib...najib
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 03:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah ada bunga nk komplot najib jatuhkn muhyidin tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2020 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak dia happy najib wish kat dia... Dah kantoi anak2 dan kroni dapat projek berbillion so tiba2 nak puji najib skrg. Mengamuk lah gang PHundek...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tentulah. ..sekarang ni dia paling benci TSMY...bukan Najib dah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2020 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Atok bersyukurla pemimpin2 lain masih hormat
dan tak busuk hati berdendam cam atok.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 08:38 AM | Show all posts
azmin ali ada gak wish. pastu dia up pic lama dia dgn tun.

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 11:30 AM | Show all posts
sempena besday atok, atok lak hadiahkan pd kita semua dgn keluar dr ph
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 11-7-2020 11:30 AM
sempena besday atok, atok lak hadiahkan pd kita semua dgn keluar dr ph

Beliau dah bg adiah pra besday (awainyaaa) dgn letak jwtn jd pm pn dah kire satu kesyukuran jua .....wakakakka....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 11:42 AM | Show all posts
Xim replied at 11-7-2020 11:37 AM
Beliau dah bg adiah pra besday (awainyaaa) dgn letak jwtn jd pm pn dah kire satu kesyukuran jua .. ...

satu msia xleh lupa dia punya pra besday yg gemilang tu..kalo ada pra, mesti akan ade post besday jgk kan? jeng jeng..
brape byk sesi besday la org tua ni nak buat agaknya...

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 11-7-2020 11:42 AM
satu msia xleh lupa dia punya pra besday yg gemilang tu..kalo ada pra, mesti akan ade post besday  ...

Dgr2 adiah post besday bln 10 nnt....ayuh kt tggu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 12:39 PM | Show all posts
sya xpatut cakap benda yg sya nk ckap
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 12:52 PM | Show all posts
org lain ok je tok..
kau je yg hati busuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2020 01:34 PM | Show all posts
Xim replied at 11-7-2020 12:13 PM
Dgr2 adiah post besday bln 10 nnt....ayuh kt tggu....

baby tua ni mesti dah plan siap2 nak buat besday of the year gitohh ko mampuu..haha

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.082919 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list