CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1478|Reply: 10

[Tempatan] Tahun 2016 DAP cabar naikkan garis kemiskinan. 22 bulan memerintah goyang kaki j

  [Copy link]
Post time 11-7-2020 10:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kluangman at 11-7-2020 10:45 PM

https://www.sinarharian.com.my/p ... kemiskinan-1.511840

https://www.sinarharian.com.my/a ... s-kemiskinan-baharu

https://www.freemalaysiatoday.co ... gkat-kepada-rm2208/

PETALING JAYA: Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional yang baru adalah RM2,208 berbanding RM980 yang diguna pakai sejak 2005, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pengenalan had baru itu menjadikan jumlah isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin bertambah kepada 405,441 berbanding hanya 16,653 jika menggunakan had sebelum ini.

Begitu juga dengan bilangan isi rumah miskin tegar berdasarkan garis PGK baru ini, berjumlah 27,158 pada 2019, berbanding 1,752 mengikut had lama.

Ketua Perangkawan Uzir Mahidin berkata, berdasarkan metodologi 2019, nilai purata PGK nasional kini ialah RM2,208, iaitu mewakili kelompok 10% terbawah isi rumah.



“Penilaian semula metodologi ini selari dengan perkembangan semasa serta perubahan pembangunan Malaysia ke arah negara maju,” katanya dalam satu kenyataan mengenai Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah 2019 (HES) dan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas hari ini.

Menurut laporan itu, pendapatan penengah tumbuh sederhana sebanyak 3.9% setahun kepada RM5,873 pada 2019 dan pendapatan purata pula meningkat 4.2% setahun kepada RM7,901.

Uzir berkata, 7 negeri mencatatkan pendapatan penengah melepasi paras nasional, sementara Selangor dan Johor merekodkan nilai pendapatan purata lebih tinggi daripada paras nasional, iaitu RM7,901.

Mengenai laporan HES beliau berkata, perbelanjaan purata isi rumah meningkat 3.9% pada 2019.


“Dapatan juga menunjukkan permintaan untuk sektor perkhidmatan oleh isi rumah semakin meningkat.

“Komposisi perbelanjaan bagi komponen perkhidmatan meningkat kepada 52.1% pada 2019.”

Corak perbelanjaan penggunaan isi rumah kekal kepada kumpulan utama, iaitu perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (23.6%); makanan dan minuman bukan alkohol (17.3%); restoran dan hotel (13.9%) dan pengangkutan (13.5%) yang menjadi 4 kumpulan perbelanjaan tertinggi merangkumi 68.3% daripada jumlah perbelanjaan isi rumah di Malaysia pada 2019.

Katanya, selari dengan pembangunan negara, komposisi perbelanjaan bagi kesihatan dan pendidikan menunjukkan peningkatan masing-masing sebanyak 0.2 % pada 2019.

“Perbelanjaan ke atas komunikasi kekal sama iaitu 5.0%. Lain-lain kumpulan utama yang menjurus kepada perbelanjaan pilihan pengguna turut meningkat.

“Perbelanjaan rekreasi dan kebudayaan meningkat masing-masing sebanyak 0.3 dan 0.1%, manakala hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah pula meningkat 0.2 %.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2020 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
woww kerajaan pn terbaik dr kabinet fake degree tu...haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
So dah blh mntk company naikkan gaji lg kan??
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
So basic 2000 boleh apply ekasih ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus kerajaan yg tak stabil buat keje pantas. Dr zaman BN n PH dulu semua bersenang lenang
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 12:07 PM | Show all posts
harap leh review pencen mak aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2020 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang bukan goyang kaki, dorang prioritize uec, clearkan kes ltte, clearkan kes geng2 dia, tukar signboard, settlekan abu komunis haish byk lagi la.sambil2 buat part time jual asset negara.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
misc replied at 13-7-2020 06:28 PM
Dorang bukan goyang kaki, dorang prioritize uec, clearkan kes ltte, clearkan kes geng2 dia, tukar si ...

Wow penting sungguh kerja yg diorg dahulukan...ptut la xsmpat buat keje lain wlaupon pegang 22 bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Hihi.... Banyak rupanya ye kerja dorang
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2020 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 11-7-2020 11:06 PM
woww kerajaan pn terbaik dr kabinet fake degree tu...haha

kalu tunggu lg sepenggal,
kompom pengkhianat naikkan lg garis kemiskinan ke rm15ribu sbb nilai matawang kita dah sama dgn rupiah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2020 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
yg buat BSKL jatuh 50 tingkat tuu ex-kerajaan PH...

Secara tak langsung memberi persepsi buruk terhadap keupayaan ekonomi negara...

Di bawah PN yg super haibat ni, time covid-19 pon masih lg rancak kenaikan pasaran saham BSKL...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.081503 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list