View: 1193|Reply: 4
|
[Dunia]
Hospital Panama hampir lumpuh akibat peningkatan jumlah kes dan pesakit yang dij
[Copy link]
|
|
COVID-19: Hospital Panama hampir lumpuh
https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/07/709596/covid-19-hospital-panama-hampir-lumpuh
Sabtu, 11 Julai 2020 | 2:49pm
PETUGAS di hospital sedang merawat pesakit di ICU yang dijangkiti COVID-19.- Foto/AFP
PANAMA CITY: Hospital di Panama hampir lumpuh berikutan peningkatan jumlah kes dan pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19 sehingga menyebabkan doktor keletihan.
Menurut Ketua Unit Rawatan Rapi Arnulfo Arias Madrid Hospital di Panama City, David Villalobos, berkata dengan populasi hampir empat juta, Panama menerima 200 kes sehari dan meningkat kepada 1,100 kes pada minggu lalu.
Peningkatan jumlah itu memaksa pihak berkuasa mencari tempat lain, selain hospital untuk dijadikan pusat rawatan.
"Ketakutan terhadap kejatuhan sistem awam di negara kita menjadi bukti jika bilangan kes tetap sama.
"Dalam tempoh dua minggu, kita tidak tahu di mana lagi mahu meletakkan katil ini," kata penyelaras gabungan kesatuan pekerja kesihatan, Domingo Moreno.
Sehingga kini, 42,000 kes dan 839 kematian dicatatkan di Panama, dengan hampir 20,000 melakukan pengasingan diri di rumah atau hotel, selain 1,000 pesakit mendapat rawatan di hospital serta 159 lagi di Unit Rawatan Rapu (ICU).
"Sangat memenatkan, kadang-kadang kami harus uruskan kemasukan pesakit pada waktu malam," kata doktor, Giselle Sanchez.
Sementara itu, doktor dan jururawat di seluruh negara melakukan protes dalam beberapa minggu terakhir menuntut bekalan perubatan dan peralatan pelindung.
Presidennya, Laurentino Cortizo berjanji untuk mengadakan ujian terhadap 4,000 orang sehari untuk mencari dan mengasing individu dijangkiti, namun ramai yang tetap bimbang jika disahkan positif COVID-19.
Menteri Kesihatannya, Francisco Sucre, berkata beliau sedar mengenai kegusaran sebilangan orang ramai, menjadikan keadaan bertambah sukar untuk mengawal penularan wabak itu.
"Kami bergantung kepada apa yang orang ramai boleh lakukan untuk mencegah daripada merebak. Mereka perlu tahu kita hampir lumpuh akibat pandemik ini," kata pasukan koordinasi COVID-19, Arnulfo Arias Madrid Hospital, Malena Urrutia.- AFP
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau populasi hampir 4 juta tak patut sampai Hospital collapsed, sikit jer tu.....tapi disebabkan Latin ni pun negara 3rd world juga jadi kita faham la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Panama - 40k kes, 900 kematian
Singaporn - 41k kes, 26 kematian
Gomen PN - 8k kes, 121 kematian ..... |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik tukar gomen ke PN... march terus lockdown.... kalo harap PH memang hancurrrrr.... kes byk pun sbb PN tiada tindakan awal |
|
|
|
|
|
|
|
abis kita mahu letak pelancong di kandang lembu??
|
|
|
|
|
|
|
| |
|