CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20657|Reply: 122

Fazley Yaacob tutup Suka Sucre Bistro

  [Copy link]
Post time 12-7-2020 07:52 AM | Show all posts |Read mode
BIARPUN Suka Sucre Bistro disifatkan cukup istimewa buatnya, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaacob mengumumkan penutupan operasi restoran miliknya yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

Selepas tujuh tahun beroperasi, restoran tersebut dibuka buat kali terakhir kepada orang ramai pada Jumaat.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Fazley berkata, penutupan tersebut hanyalah buat sementara, sebelum kembali beroperasi di lokasi baharu yang akan diumumkan kelak.

“Hari ini merupakan hari terakhir restoran saya beroperasi di Taman Pertama, Cheras. Kami akan berpindah ke tempat baharu tidak lama lagi.

“Tapi buat masa ini kami akan tutup buat sementara, sambil menunggu kerja-kerja renovasi di tempat baharu,” jelas Fazley.


Juara MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama itu turut mengimbau kembali bagaimana dia membina jenama menerusi restoran miliknya itu.

“Apabila saya menjadi juara untuk pertandingan memasak di televisyen pada tahun 2012, saya tidak sangka bahawa perjalanan hidup saya yang selama ini sebagai seorang artis dan usahawan, akan juga bertambah ceritanya sebagai seorang cef.

“Dengan restu dan izin arwah bapak dan ibu tersayang pada masa itu, kami mulakan Suka Sucre Bistro.

“Tujuh tahun kemudian, setelah beberapa ratus artikel di media, berpuluh-puluh anugerah kami terima dan juga pengiktirafan dari dalam dan luar negara, kami kini bersedia untuk berpindah ke tempat baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Fazley, 42, juga menzahirkan rasa terima kasihnya kepada orang ramai yang memberikan sokongan dan kakitangan yang setia berkhidmat bersamanya di Suka Sucre Bistro sepanjang beroperasi.

“Terima kasih kepada semua yang pernah melanggani restoran kami, baik yang datang dari dekat dan juga jauh.

“Salam sayang kepada semua yang pernah berkhidmat di bawah naungan syarikat ini, baik sebagai anggota dapur, pengurusan, ataupun helpers serta cleaners.

“Jasa mu sentiasa dikenang. Banyak kenangan kita bersama di sini. Terima kasih kepada mentor-mentor saya Chef Wan, Chef Joe dan mentor-mentor dari @mylecordonbleu dan @lecordonbleuparis atas tunjuk ajar dan panduan selama ini,” katanya.

Pada perkongsian yang sama, penyanyi lagu Asmara Ini itu turut memberitahu bakal membuka semula sebuah lagi restoran miliknya, Minang Tapau yang akan beroperasi di Bukit Damansara pada minggu depan.

“Minggu depan Minang Tapau mula beroperasi semula di Bukit Damansara.

“Suka Sucre Bistro pula akan dibuka juga tidak lama lagi di lokasi yang belum diumumkan lagi,” katanya.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
oooooo dh tu kita kat sini nk kena mmggelabah tetkssss ke tak dgn berita ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
btw, geli sungguh tgk muka dia ni.. dgn kening cantas, dress up acah2 bbnu, yewwww
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbenanya tutup terus ke sementara?lokasi baru blm ada..tp keje2 reno sdg dijalankan..karg gah2 sendu plak cafe nya
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah pernah makam kt sini biasa2 je sendu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 08:19 AM | Show all posts
tutup sementara jer..igtkan tutup terus..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2020 08:26 AM | Show all posts
Ayat mcm nk cover dh x laku je.
BTW, aku still x gemo ngn die nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 08:39 AM | Show all posts
poyo laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedai tak sedap langsung walaupun harga mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 je la
Aku mmg xleh pi dgn dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Cakap x pernah nak tunduk...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Cakap je la tak laku.... Acah2 renovate tempat baru konon...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah mkn sekali kat sini.. Datuk pun great kitorang elok.. Makan ok sedap kat tekak weols.. Tp mmg location tak strategik walaupun ada ample parking spaces
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tempat baru belom pasti kat mana, akan diumumkan kelak. Tapi tengah renovate.

Cakap je la x laku, bungkus. So tutup terus.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 10:05 AM | Show all posts
Kaki sembang ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 10:53 AM | Show all posts
menyampah tengok mulut senget dia tu  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejenis taktau nak jadi apa dlm hidup. Kejap penyanyi kejap chef. Sib baik Tokti tak menikah ngn dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
nnt jgn bg alasan ade 10 kerja nk buat...kalau kt tmpt baru pn x dpt sambutan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 11:46 AM | Show all posts
ooo igt ke dah bangkrap td
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 12:09 PM | Show all posts
makanan dia boleh tahan..jaranglah aku nak memuji makanan retis...tapi dia punya okay...ruginya kalau terkubur terus...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.084813 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list