CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1278|Reply: 9

[Tempatan] Selepas hampir 30 tahun, khazanah fauna paling berharga negara dikesan semula

[Copy link]
Post time 12-7-2020 01:23 PM | Show all posts |Read mode
Kemunculan rare
MyMetro Mutakhir


GAMBAR kuang gunung dirakam kamera dipasang dalam belantara Malaysia.

Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

Putrajaya: Kali terakhir dikesan wujud dalam hutan Malaysia sekitar tahun 90-an. Namun burung kuang gunung atau digelar burung kayangan dikesan masih wujud di pergunungan Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Selaku pemegang rekod dunia kerana memiliki bulu ekor terpanjang, spesies burung dilindungi ini dianggap antara khazanah fauna paling berharga negara.

Penemuan terbaru spesies burung itu didedahkan hasil kajian terbaru diterbitkan dalam jurnal ornitologi Forktail membabitkan penyelidikan oleh Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia (Pelindung), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Rimba, Universiti Sunway, BirdLife International dan Viet Nature Conservation Centre bagi meninjau populasi kuang gunung di Malaysia.

Pengarah Pertubuhan Pelindung, Liang Song Horn berkata, terdapat dua spesies burung kuang yang turut digelar pheonix didapati wujud di hutan Semenanjung Malaysia ketika ini.

Menurutnya, burung kuang raya atau Great Argus Pheasant adalah spesies paling dikenali antara keduanya dan mempunyai bunyi panggilan lantang.



"Bagaimanapun, hanya segelintir rakyat Malaysia yang pernah mendengar mengenai spesies kuang gunung atau Crested Argus Pheasant. Spesies ini memegang rekod dunia kerana memiliki bulu ekor terpanjang.

"Ia diklasifikasikan sebagai spesies terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) pada 2018," katanya.

Menurutnya, mereka menggunakan ratusan perangkap kamera bagi mengesan spesies burung ini di Taman Negara dan kawasan pergunungan.

"Tinjauan mengesahkan bahawa burung kuang gunung masih wujud di kawasan yang dahulunya dikenal pasti berdasarkan kajian pada tahun 1990-an.

"Spesies ini buat pertama kalinya ditemui di kawasan mencecah hampir 1,400 meter dari aras laut. Penemuan ini menunjukkan perangkap kamera dipasang bagi pemantauan mamalia besar membantu mengumpul data penting berkaitan burung darat yang kebanyakannya masih kurang diberi perhatian oleh saintis," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perhilitan Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim mengakui spesies burung itu turut menghadapi ancaman jerat dipasang pemburu haram untuk mamalia besar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 12:19 PM



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2020 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah

usaha selamatkan sebelum pupus seperti badak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 01:37 PM | Show all posts
Datuk Abdul Kadir Abu Hashim mengakui spesies burung itu turut menghadapi ancaman jerat dipasang pemburu haram untuk mamalia besar.


kalau di China, bunuh khazanah dunia seperti panda tak silap macam bunuh orang.

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 01:41 PM | Show all posts
i think fauna fauna yg diancam kepupusan dunia ni - kena bebetul diselamatkan , dari pemburu haram dan pasaran gelap. apa yg terjadi di Wuhan dan pasar makanan berasaskan binatang tu membuka mata banyak pihak.

memang kene ada undang2 yg ketat, i think NGO PATI patut fokus benda ni la dari dok latch on soal PATI lah ape lah yg mengkritik kerajaan kononnya tak berperikemanusiaan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tau diam diam.jangan hebohkan.bersuka ria pemburu Haram dengar Berita ni .lumayan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2020 02:20 PM | Show all posts
angelofish replied at 12-7-2020 01:47 PM
dah tau diam diam.jangan hebohkan.bersuka ria pemburu Haram dengar Berita ni .lumayan

tak bising pun pemburu haram lagi tahu kerja dia.

pasaran species terancam ni bukan kaleng2

perkongsian begini elok untuk create public awareness. entah kat belakang rumah mak cik kiah pun ada bela sekor mana tau. Bila public tau burung ni rare, susahlah sikit pemburu haram ni nak bergerak.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2020 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
habislaa..semue pemburu2 dtg masuk hutan cari burung ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 12:32 PM | Show all posts
Alhamdulillah.

Jangan dah diwar-warkan finding ni, sibuk pulak masing-masing nak perangkap.  Mesti mahal ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nahnukutu replied at 12-7-2020 02:20 PM
tak bising pun pemburu haram lagi tahu kerja dia.

pasaran species terancam ni bukan kaleng2

Betul tu. Pemburu haram ni level professional dah keje diorg. Masuk hutan bukan sehari dua. Sekali masuk paling kurang seminggu dlm hutan siap ada base camp lagi. Diorg pun ada hire org kg atau org asli jadi guide diorg.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 12:45 PM | Show all posts
Bulu burung kuang ni Bnyk disimpan dulu kat rumah2 kg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.225450 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list